Followers

Friday, February 17, 2012

Europe Trip - Big Ben-House of Parliament-London Eye-Thames River-Waterloo-IBM UK-London Bridge-Tower of London

Salam Jumaat you alls... aku cuti hari ni.. ada agenda tersendiri.. so hari ni hari santai, hari cuti so kita sambung trip to London.. tak habis lagik ni.


Bersambung dari kisah Cavalry tadik, kita orang berjalan menuju ke Big Ben, sampai je kat Big Ben tu, perasaan tu selalu camtu "ok dah nampak dah depan mata" pastu husband aku yang excited suruh aku bergambar, Darin memang tak keluar pun dari stroller, so we all bergambar berdua and kebetulan ada orang Indonesia kat situ, dia yang tolong kita orang amik gambar.. thank you..



Rasa macam nak masuk je Big Ben tu tapi mana boleh, so we all jalan terus di persisiran kaki lama, menyusur ke House of Parliamente.. kat sini boleh masuk, tapi we all pulak tak nak masuk. Just amik gambar dekat luar je. Ramai jugak yang keluar masuk dari bangunan tu. Uniknya kedua - dua bangunan tu, catnya kuning keemasan.. cantik sangat, patutlah gambarnya sentiasa berkilau... "Ong.. adik dah sampai".. heheh nak cakap kat abang aku jugak..




Sebelah dari House of Parliament tu ada taman.. Nama taman tu Victoria Tower Garden.. see, ada sangat banyak taman kat tengah - tengah kota London ni, dan sememangnya taman ni mengadap Thames River. We all santai sekejap je kat sini sebab macam dah nampak kelibat London Eye. Jam pun dah pukul 12 dah, kena rush ke sana, we all patah balik jalan nak menghala ke Big Ben nak cross jalan.. sekali nampak TESCO da.. terus masuk beli air sikit and makanan, boleh beli vegetarian sandwich, siap tulis "no mayonnaise" lagik... so memang boleh makan, dia orang mmg hormat pada mereka yang vegetarian, so senang jugaklah...




Lepas rembat makana, and makan laju - laju terus menuju ke London Eye.. hoyeehh, tak sabar rasanya nak naik London Eye.. Melalui Westminster Bridge, menyeberangi  Thames River, dan terus susur tepi sungai tu jugak, siap ada Mc Donalds, Darin macam biasa lah nak beli, nan ado, bertekaklah kat situ, tak mo masuk jugak... Masa beli tiket kena beratur panjang. Actually boleh beli online, siap ada discount 10% kalau x silap, tapi we all takut masa tu tak kena, takut tak sempat sampai pada masa yang ditetapkan, so bayarlah mahal sikit. Naik naik London Eye, stroller kena tinggal bawah, bahaya bawak naik atas. Gondola tu bergerak sangat perlahan, platform pulak bebetul atas air, naik pun kena laju - laju jugak sebab takut jugak tengok air bawah tu. We all 1 gondola dengan tourist from US. Seronok jugak duduk atas, dalam tak sedar dah sampai atas sekali. Cuaca sejuk dan berkabus so tak boleh nak nampak jauh sangat, kalau pegi time summer sure best, semua terang je.




Turun dari London Eye, aku tetap nak teruskan niat nak ke London Bridge dengan Tower of London. So jalan lagik sepanajng Thames River, sangat penat sebabnya sangat jauh, Hujan halus sekejap laju sekejap perlahan. Sepanjang jalan ada banyak gerai seafood, tapi takde 1 pun yang menggamit aku nak masuk, semua aku cakap tak nak.. Alhamdulillah, tetiba aku nampak perkataan 'Halal" yes, terus masuk and husband aku order nasi dengan kari ayam, dan aku order burger ayam, kan ke puas makan...hehehe..



Lepas makan sambung jalan lagik, serius macam dah nak tercabut dah kaki rasanya..."London Bridge tu memang kat bangunan bentuk telur tu" kata husband akulah, aku ni manalah taua hapa benda.. tapi serius lama berjalan, macam dah nak naik bas dah memula, tapi kenapa ntah gigih jugak nak jalan, maybe sebab sejuk, tak penat cuma sakit kaki je.


Sambil jalan, tetiba nampak train station Waterloo, excited pulak husband aku ni, dia dah tengok sampai habis cerita "Bond" amenda ntah tajuk dia, so salah satu tempat dia kat Waterloo tu lah.. yang ceita siap cross sampai Paris and negara Europe mana ntah, tak reti pulak nak describe. Lepas dah amik gambar situ.. sambung lagik jalan.



Sambil penat tu.. tetiba "eh macam kenallah banner ni" hahaha.. cemana tak kenal "Smarter Planet punya banner" dah sah - sah IBM. hahaa.. terus tak lepaskan peluang amik gambar kat sini jugak, yelah nak amsuk IBM UK ntah zaman bilalah, amik gambar pun jadiklah.. Oh ya, kat sinilah kawan aku keje, kawan yang aku tumpang rumah dia tu.. jauh jugak sebenarnya kalau naik train, tak taulah berapa kali ganti.


"London Bridge" nampak signboard je terus pegi sana... kat sinilah terurai 1 perkara. aku dah cakap London Bridge dengan London Tower tu benda lain.. hehehe tapi husband aku tak caya, dah datang and tengok lagik sekali baru percaya, London Bridge cuma jambatan biasa je, yang ada Tower macam jambatan kabel kat Sunway to London Tower... Tapi takpe, sayup dah nampak dah London Tower, sikit je lagik...



Terus cross London Bridge, amik jalan sebelah sana pulak, walaupun sebelah tu cuma banyak bangunan pejabat je, tak kisahlah, clear sikit and boleh berhenti amik gambar kejap - kejap. Masa tu pun dah nak pukul 5 petang rasanya. Dah nampak ramai orang keluar dari pejabat. Kereta pun dah banyak yang balik, sikit je lagik nak sampai London Tower... come on bebeh..
 


Sampai je kat sana, terus singgah kedai cenderahati, beli apa - apa yang patut, tidaklah murah mana pun, tapi kalau kita pandai cari dan pandai tawar harga.. ok jugaklah.. "Are you from Indonesia or Malaysia".. "Malaysia" terus mamat tu bagi salam, dia dari negara Kulit Hitam dan muslim jugak. Majoroti yang jumpa we all akan tanya sama ada we all from Indonesia atau Malaysia, seronok pulak rasanya.



 
Dah nak malam, surelah sejuk, wajib singgah Starbucks nak beli kopi panas. 1 cukup, nak minum aku dengan husband aku je, Darin tak minum, tapi kemaruk donut, haih, pengsan, takpe janji dia nak makan, kesian kalau dia lapar.


Permandangan waktu malam memang cantik sebab banyak lampu. Kalau siang pun best jugak, sebab boleh naik sampai atas tu, tapi of course kena bayar. Kalau korang memang plan nak naik semua bangunan yang ada, better jalan siang, macam we all ni main terjah je.

 
Selesai misi pada hari itu, from Trafalgar Square ke London Tower, terus carik train terdekat nak balik rumah, iaitu kat London Bridge, masa tu dah memang pukul 6 petang, waktu orang balik pejabat. Memang cukup 7 jam we all berjalan sahaja, naik train pun tak dapat duduk. Overall memang seronok, penat tu adatlah, jalan tempat orang kan. So esok ada lagik 1 hari kat London, nanti tengok apa lagik yang berlaku.

2 welcoming comments:

yana said...

musz..kt london bridge tu nyanyi x ngan darin..
jambatan sudah roboh..sudah roboh..sudah roboh..london bridge is falling3x..my faif lady..:)

mikamusz said...

Yana, x sempat nak nyanyi... Sejuk sgt, hari pn dah nak gelap....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...