Followers

Thursday, June 9, 2011

Ejen Jual Rumah Gila Nak Carik Pasal

macam tak percaya tetiba dengar husband aku marah someone on the phone... dengar dia cakap pasal rumah, aku ingatkan dia  nak beli rumah lagik satu sebab siap sebut Alam Impian.. rupa - rupanya itu 'PERANGKAP' untuk memerangkap EJEN JUAL RUMAH GILA nak carik pasal dengan kita orang..

korang kalau nak carik ejen, cariklah ejen yang lurus, tulus dan mulus, jangan carik ejen gile macam ni... yang suka - suka buat cerita bukan - bukan nak pancing pembeli.. janji dia untung... dia tak sedar perbuatan dia tu tak betul.. heh.. aku boleh saman tau...

mesti korang pelikkan apsal tetiba aku nak mengamuk...
cuba ko tengok kat bawah ni ha....
suka - suki dia je nak amik gambar rumah aku.. hapa? ko ingat kamera ko tu layak sangat ke nak amik gambar rumah aku..hoi.. aku boleh panggil orang lainlah kalau aku nak tayang rumah aku kat internet.. ko ingat ko tu hebat sangat... siap ada nombor rumah aku, kereta aku.. segala mak nenek kat depan rumah tu tau.. hangin tak... kalau dia amik rumah yang memang takde orang duduk tu lainlah, ni rumah ada orang tau... itu pun nasib baik tak nampak ampaian kat tepi rumah tu.. kalau tak habislah segala benda dia nak tunjuk kat orang ramai..

hoi cik NIZUAN... kalau nak carik makan, carik cara halal.. ada ko mintak permission tuan rumah nak amik gambar? dah terang - terang ada kereta, ada langsir, kerusi, air-cond sumer... apsal ko tak ding dong je tuan rumah... dan time ko amik tu confirmlah time orang takde kat rumahkan.. ko ni dah kira pencuri tau... ko dah buat JENAYAH CYBER... suka - suka publish gambar rumah orang..



aku susah payah dengan laki aku cari duit... nak beli rumah.. ko suka - suka publish rumah aku untuk jual.. ko ingat ko tu hebat sangat ke???? dahlah melayu.. macam ni ke cara orang melayu buat keje.. buat keje asal boleh... kalau ko memang dah ada rumah nak jual, ko amik jelah rumah nak jual tu, lantaklah rumah tu semak - samun macam belukar ke.. hapa ke... kalau orang nak beli.. beli jugak...

aku warning ko baik punya, baik ko buang gambar rumah aku tu cepat sebelum aku saman ko.. ke ko nak hidup merana.. panas hati aku ni ha...


ooo ko cakap benda kecik, perkara kecik... apa kau rasa kalau aku amik gambar kereta ko pastu aku cakap ""KERETA UNTUK DI JUAL"".. ke ko suka aku buat macam tu... ke ko nak aku amik gambar ko terus... "ORANG UNTUK DI JUAL" ha hamik ko...

korang - korang kat luar tu.. kalau nak buat kerja, buat secara jujur, jangan mencari pasal dengan orang bukan - bukan kalau ko tak kenal orang tu sapa.. silap besarlah ko pegi amik gambar rumah orang kita orang
sebab tu orang cakap buat keje guna otak.. bukan pakai kepala lutut...


aku tau esok gambar ni dah takde.. kalau ada jugak.. nahaslah ko....

Demam Macaroon

dah lama takde Voucher discount Macaroon kat MAD... selalu terfikir nak beli kat mana.... sekali teringat ngan kak Nomie yang dulu dia ada promo macaroon kat MAD terus terjah website dia...

oh.. before that, my hubby siap mentioned " Bie, org baca kat paper Utusan, akak yang buat Macaroon tu kuar paper, dia kata tengah ada offer".. apa?? O.F.F.E.R?? mana boleh janji.. kena buat something..

so dengan gagah perkasa carik balik e-mail dia and tanya pasal promo tu.. sekali betul da..


ha..ha.. dalam bulan yang sama tu 2 kali aku order.. kali ni bukan order setakat sedozen... 4 atau 5 dozen sekaligus... siap neighbour sebelah tumpang sekali... senangkan.. order sekali banyak, at least berbaloi apa kak nomie nak hantar ke rumah... dan semuanya habis dalam sekelip mata..


korang yang pandai buat Macaroon tu memang salute sangatlah.. rasanya aku tak sesabar itu nak mengadap kat dapur sehari  suntuk untuk buat Macaroon, tambahan pulak takat aku je yang suka makan, selebihnya bagi adik - beradik rasa... kalau korang teringin nak bagi aku rasa.. silakan yek..

kalau ada yang nak tau cara buat.. boleh baca cemana kak Nomie memula buat Macaroon kat sini

mmmm dapnya....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...