Followers

Wednesday, February 14, 2018

Early Education for Qaseh

Alhamdulillah Qaseh is turning 5 years old this year. As promised, this year dia akan masuk tadika.. This short story is about decision making on which Kindergarten that suits her..

back in Mac/April 2017, actually aku register nama Qaseh untuk masuk Pra-Sekolah dekat Seksyen 9, why Sec 9? sebab Darin masih lagi sekolah sana, and we all nak dia rasa masa sekolah macam kakak dia, boleh hantar sekali and transit sekali, even we all kena struggle lebih untuk kejut dia awal pagi..

Then bila keputusan keluar, Qaseh tak dapat.. bila explain dekat dia yang dia tak dapat sekolah tu, dia macam sedih sebab few times pegi sekolah Darin dia dah excited tengok bilik darjah untuk pra-sekolah. For her, school kakak, school dia, even kawan kakak pun kawan dia. Tapi lama - lama dia macam redha je..

"mummy saya nak belajar cakap English"..

Ini antara yang dia selalu sebut.  If korang ingat lagi pos aku 5-6 tahun lepas pasal Early Education for Kids and now, it's time for us to re-do.. We keep on discussing kat mana nak hantar Qaseh... This time around of course ada lagi banyak school yang orang duk canang sana - sini...

If Al-Ikhlas still lagi ada kat Seksyen 3, mungkin we all akan hantar Qaseh ke sana.. tapi sayang sangat dia cuma ada kat Seksyen 13, terlalu jauh untuk we all hantar and amik. Kalu dekat Seksyen 3, lepas Darin habis SRA3, boleh sekali amik Qaseh.. so takde bayangan Al-Ikhlas kat situ..

Kat area rumah we all ada Dzuliman dan Little Caliph, tak tau kenapa x hantar situ.. fees lebih kurang je kot dua -dua tu.. tapi sebab mmg kali ni hati tu memang ke pra-sekolah jadi sekolah lain ni macam dah tak boleh nak fikir.

Bila teringat balik yang Qaseh nak belajar cakap English... nampaknya we all akan kecikkan scope and kalau boleh nak cari dekat rumah. Tak naklah at her age nak kena turun naik transport which is not familiar for her. Kalu kat Sek 9 still kena transit tp transporter, makcik guard situ semua dah kenal kot.. even cikgu pun dah ada yang kenal...

Before we all nak confirmkan registration Qaseh dekat tadika XXX ni, kebetulan sangat tadika ni ada buat School Holidays Camp untuk 4 hari kalau tak silap. So terus aku registerkan Qaseh. Hari pertama je Darin teman, the day after dah tak payah dah. Nampak dia happy kat School tu...

Then minggu pertama sekolah bukak adalah trial period jugak, so lagi seminggu Qaseh pegi dengan enjoynya... nampaknya dia dah suka situ... dia pun dah tak malu dengan teacher dia.. and dia dah boleh cari kawan... yang lain dia akan belajar sendiri nanti..

Ni antara aktiviti dia org masa school holidays camp....










Hmm kalau dah macam ni gayanya.. maunya tak best pegi sekolah..

End-up we all enrollkan Qaseh ke Tadika Dian...  Dekat dengan rumah, ada belajar English macam dia nak, more to playschool concept. ada air-cond and cukuplah kot situ.. Harap dia enjoy sampai end of the year.. Next Year kita try lagi apply pra-sekolah ye Qaseh...

Wednesday, August 2, 2017

Missing My Blog

Assalamualaikum dan hai semua.. 

lama betul sepi blog ni... anyway thanks to new readers.. In Shaa Allah kita cuba update setakat yang mampu..




Keep motivated ya


Monday, December 7, 2015

KARNIVAL KITAR SEMULA DAN BAZAR

Salam semua.. lama hilang tetiba muncul kan... Tapi tetap je menjenguk blog member - member tau. cuma diri - sendiri je yang tak rajin nak update..
Ok.. kalau muncul mesti ada cerita kan.. nak share pasal program komuniti ni... copy paste jelah dari apa yang dah saya publish kat FB and etc ye...



Assalamualaikum semua dan salam sejahtera

Jemput datang ke Karnival Kitar Semula dan Ai Bazar bertempat di Tasik Alam Impian pada 13 Dec 2015 (AHAD) bermula jam 8:00 am - 12:00pm.

Aktiviti dimulakan dengan larian, jalan kaki serta kayuhan basikal seawal jam 7:30am bermula dari Masjid Alam Impian ke Tasik Alam Impian..

Apa yang ada kat sini??
1. Jualan bazar dari penduduk Alam Impian.. mcm - mcm ada, jemput datang nanti
2. Pertandingan mewarna untuk kanak - kanak
3. Shah Alam On Wheel - Kaunter MBSA khas untuk korang nak bayar saman atau apa - apa yang sewaktu dengannya.
4 Pertandingan Inovasi.. ini khas untuk adik - adik cilik dari sekitar tadika/taska di alam impian dalam kreativiti mereka menggunakan bahan terbuang
5.Pengumpulan bahan buangan seperti kertas, plastik, botol kaca dan seangkatan dengannya. Tong - Tong kitar semula akan disediakan di kawasan karnival. Jika ada barang untuk dikitar semula, boleh letak kat sini. BAHAN KITAR SEMULA je ye.. bahan buangan tu tak bolehlah..

Ok jom sekali lagi ramai - ramai join program ni.
‪#‎AlamImpian‬ ‪#‎KarnivalJomKitarSemula‬ ‪#‎projekKitarSemula‬ ‪#‎aibazar‬ ‪#‎bazarai‬ ‪#‎bazaralamimpian‬ ‪#‎jualanmurah‬ ‪#‎mbsa‬ ‪#‎programkomuniti‬


jangan lupa ye block date u all ye

13/12/2015
AHAD
8:00 pagi - 12:00 tengahari..

Thursday, January 15, 2015

Al - Ikhlas Pre-Tahfiz Pre-School: Darin Dalam Kenangan 3: Sambutan Maulidur Rasul

Blog bersawang, selama ni baca blog orang lain je, bila jenguk blog sendiri, Ya Allah takde cerita lansung. Sebenarnya bukanlah takce cerita lansung cuma sibuk sikit uruskan business kecil - kecilan.. Jemput singgal ke http://fronte-shoppe-online.blogspot.com.. Nak tau apa ada.. jemput singgah ye...

Tahun ni Darin dah naik darjah 2, biasalah drama di pagi hari tetap ada, walaupun dia sekolah di sesi petang.. dalam tengok gambar - gambar lama, ada banyak sangat cerita yang pending.. ish.. mood menulis tu ada tapi rajin yang hilang entah ke mana..

Cerita pasal Sabtu lepas, kat FB, Blog, IG and semua media sosial, ramai sangat yang update status "Salam Maulidur rasul" dalam pelbagai bentuk. Since masa tu sekolah pun tak mula lagi, aku sendiri pun memang tak perasan melainkan kalau tengok kalendar, sebab selalu sekolah mesti akan buat surat and etc pasal sambutan tersebut.

Since Darin join tadika Al-Ikhlas, tak pernah miss sambutan ni... Kiranya tahun 2013 tahun terakhir dia di Al-Ikhlas dan tahun terakhir dia sambut dengan kawan - kawan tadika. Kalau tahun sebelum tu siap sebak air mata tengok anak kecik selawat and buat persembahan, tapi kali ni dah ready siap - siap supaya tak nak sebak.. tapi tak boleh tahan, tetap berjurai air mata ni jugak.. adoilah emak...




Eh.. 2 gambar je? macam tak percaya je kan?? ada amik video sebenarnya, sebab kali ni Darin kena lead kawan - kawan dia yang lain, sebab tu lebih sikit berjurai air mata tu.

Simple performance but meaningful. Ada banyak lagi nak cerita pasal tadika Darin ni, nanti kita sambung lagi ok... bye..

Friday, July 18, 2014

Tragedi #MH17 - Hilang mu bagai Perwira

Pagi ni rata - rata negara dikejutkan dengan tragedi #MH17, penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, yang dijangka tiba jam 6:10 pagi tadi, telah terhempas di Ukraine.


It was happened last night (waktu Malaysia).. so sudden bila husband aku tetiba cakap "Apa? flight MAS terhempas kat Ukraine?? Betul ke ni?" Aku pun macam terkejut, tengah set kepala nak tido, terus bangun and bukak Astro Awani. FB pun soalan keluar bertalu - talu and yet, berita itu sah.. terkejut dan sangat - sangat terkejut. At first memang aku cuba cool down and harap macam ada yang boleh diselamatkan. Tapi berita seterusnya pesawat tu ditembak oleh peluru berpandu Buk, aku rasa geram sangat.. WHY????




Dan ditambah menyayat hati, Kapten kapal tersebut adalah jiran kita orang. My husband sure terkesan, baru je beberapa hari lepas jumpa solat Tarawikh sesama kat surau, plan for next Badminton schedule untuk penduduk taman, and tak sangka itulah perbualan terakhir mereka. Most of penduduk taman memang sangat sedih. Ucapan takziah buat keluarga Kapten Wan Amran Wan Hussain, semoga arwah tenang di sana. Salam takziah juga buat keluarga anak kapal dan penumpang MH17, Al-Fatihah buat mereka yang beragama Islam.

Bila sebut pasal Amsterdam, terkesan di hati sebab inilah airport/negara pertama yang aku jejak, luar dari Malaysia buat pertama kali, masa 2003. Lama gila tu. Masa tu naik KLM, transit di Schiphol untuk ke Boston dengan pesawat Northwest Airline. Masa balik dari Amsterdam, dapat naik MAS, memang excited sbb rasa macam dah halfway sampai Malaysia. Masa tu tak tau apa dalam fikiran. Naik flight sorang - sorang travel dr Malaysia ke US pergi balik, tak pernah terfikir yang kapal terbang akan kena tembak, melainkan terhempas tu je. Last visit to Amsterdam was in 2011.

Then husband pulak selalu travel ke Belgium, pun transit di Amsterdam. Ada sekali tu 3 tahun berturut ke sana. Sepanjang perjalanan setiasa doakan dia dalam keadaan selamat pergi dan selamat kembali. Dia sendiri admit yang dia tak boleh nak tido sepanjang perjalanan.

Beralih pada kisah MH17 ni, tak banyak nak cakap. Cuma harapkan negara kita dapatkan kepastian ke atas mayat yang masih lagi ada yang tak dapat di kenal pasti. Semoga dapat disempurnakan semana yang boleh.




Terlalu banyak spekulasi, tentang puak pengganas yang nak tembak flight lain, tapi tersalah tembak. Rasa memang tak boleh maafkan kes macam ni. Rasa nak bom je sapa yang buat tu. So sad. Laluan udara Ukraine pun dah disahkan oleh IATA dan ICAO laluan itu selamat untuk digunakan. Means memang takde gencatan senjata berlaku tapi ada pulak hidden agenda yang tak diketahui kat sini.




Ini semua dugaan buat kita.. belum selesai kisah Lahad Datu, kini perairan Sabah diserang lagi.. Belum reda kes MH370, timbul pula kisah MH17. 

Kita masih lagi di sini, meneruskan sisa - sisa hidup kita, kerja macam biasa, amik and antar anak sekolah. Berbuka dan bersahur seperti biasa. Tak pasti bila tiba waktu kita pula.





Ada juga yang tak sayang mulut mengata macam - macam pasal PM kita. Tapi dia pun dah berusaha sebaik mungkin untuk melakukan yang terbaik untuk semua. Bukan mudah nak suruh seseorang tu step down. Pemimpin yang bagus adalah, pemimpin yang memulakan sesuatu, dan menyudahkan sesuatu, dia turun di saat semua orang mengingatinya, dan bukan di saat org mencelanya.


Kita doa yang terbaik buat negara kita.
Kita kena bersatu padu.
Kalau tak dapat nak sumbangkan tenaga, cukuplah setakat doa.


#Prayformh370
#prayforsabah
#prayforgaza
#prayformh17

Friday, June 27, 2014

Ahlan Ya Ramadhan

Salam semua

In Sha Allah kita bakal menyambut kedatangan Ramadhan sekali lagi..
Ahamdulillah dipanjatkan syukur kerana masih mampu untuk meneruskan ibadah puasa buat kesekian kalinya.

Di kesempatan ini, saya pohon ampun dan maaf di atas segala tingkah - laku atau tutur kata yang mengguris hati kawan - kawan sekelian. Semoga kedatangan kali ini memberi keberkatan ke atas amalan kita yang tak seberapa.

Semoga tabah menghadi segala cabaran dan dugaan di bulan yang mulia ini dan semoga ukhuwah ini sentiasa berpanjangan... amin..


Wednesday, April 23, 2014

TO MY LITTLE CHEEKY



HAPPY BIRTHDAY SAYANG....



Monday, March 10, 2014

PRAY FOR MH370


Thursday, January 30, 2014

Lama sepi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

hhmm macam nak bagi ucapan pulak.
Bukan apa, bila tangok balik blog ni.. berzaman tak update. Lepas tu pulak, banyak sangat cerita dah terlepas.. Pasal holiday jangan cakaplah, dari tahun 2011 punya cerita pun ada lagi tersimpan elok dalam draft ni. Ish nak buat time keje macam tak sesuai je. Nak buat kat rumah?? Kerja kat rumah tu lagiklah berlambak, hari - hari pun tak habis.

Now Baby Qaseh pun dah cecah 9 bulan, kak Darin pun dah settle down sekolah kebangsaan. So memang rutin harian pun dah berubahlah. Letih memang tak boleh nak explain. Ni office dekat dengan rumah pun dah rasa berpinar - pinar mata ni. Kalau office jauh, tak taulah cemana. Time bawak kereta, tak kiralah pagi ke, tengahari ke, petang ke, mata ni nak terkatup je.

Paling tak tahan bila nak tidurkan Qaseh, tiap kalu aku dodoi dia, aku rasa mata aku yang pejam dulu.. mata dia elok je besar lagik.. nak buat cemana, bilik dah gelap, pasang air-cond lagik.. memang nak tido jelah jawabnya.

Oklah cukup dulu sampai sini.. nanti ada masa sambung story balik. Bestnya kalau idea terus mencurah - curah dapat buat entry laju - laju ... hhmmmm

Tuesday, December 3, 2013

Al-Ikhlas Pre-Tahfiz Pre-School: Darin Dalam Kenangan 2 - Her 6th Birthday

Tahun ni tahun ke-2 sambut hari jadi di sekolah. Sambut lebih awal dari tarikh sepatutnya, 1 Feb 2013 sebab kebetulan company daddy memang bagi cuti, so mummy just amik half-day je. Aku tak cuti sebab isnin tu nak amik cuti dah pegi bercuti. Itu confirm entry lain.


Actually tarikh nak pilih buat birthday adalah kelam - kabut. Tak tau nak buat sebelum atau selepas. Last - last decide buat awal supaya tak perlu nak ambil cuti banyak kali. End-up memang emergency call Bakery yang memang dah pernah tempah kek Darin last year. Kali ni dia nak tema Lilo & Stitch.. Aku pun tak faham kenapa, tapi suka hati dialah.

Hari sebelum - sebelumnya preparekan goodies back. Nak patah pinggang jugak membalut barang and isi barang dalam paper bag. Tapi gagahkan jugak. maklumlah pregnancy kali ni memang slow betul pergerakan.

Sehari sebelum dah pergi ambil kek kat kedai. Kedai pulak kena naik tangga, so masa nak turun tangga terpaksa owner tu angkat kek. Nampak kecik tapi berat sangat.




Pada hari kejadian of courselah daddy kena angkat kek tu. Berat sangat. So time tu dalam pukul 10, time dia org tengah break, so macam biasa. Darin akan kepit jugak dengan mak ayah dia... ish, dah 6 tahun dah Darin.

So nyanyi - nyanyi and potong kek. Kali ni lebih terkawal sebab cikgu ada 5 orang and student pun tak ramai. Lepas makan acara bagi goodies  bag. Pun ada jugak kawan - kawan dia bagi hadiah.. so sweet dia orang ni. Thanks kat kengkawan Darin.




Now time untuk pergi office pulak. Nanti tengahari amik Darin and pegi jalan - jalan dengan daddy.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...