Followers

Wednesday, August 31, 2011

Merdeka di Aidilfitri

Salam Aidilfitri semua.. oh ya.. Selamat Hari Merdeka....


2 Syawal sudah
kalau ikut perancangan awal... hari ni masih lagik di kampung mak aku... esok balik Johor... ehh.. confuse yek?


memang raya rumah mertua dulu... lepas Solat Raya semalam balik kampung mak aku.. esok balik Johor balik sebab nak  ke sana kan jauh.. sedara belah sana ramai jugak... tapi itu perancangan je.. tgk dulu cemana kay...

 /*Sorry gambar tahun 2010 jugak...*?

Tuesday, August 30, 2011

Indahnya di Hari Raya

Selamat Hari Raya semua...

waaa seronoknya dia... beraya sakan tak ingat kiri kanan yek... baju warna - warni.. make-up tebal seinci (ok lagik tuh)... kalau makan tu ingat - ingatlah orang kat kiri - kanan yek...


dah habis amik gambar ke belum korang.. di pagi raya kenalah bergambar sakan.. maklumlah muka pun fresh lagik... nak senyum pun ok lagik.. bila dah tengahari sikit mulalah masing - masing mengeluh... panaslah, berpeluhlah.. terus lari ke dapur carik air sirap sejuk..


eh.. kalau raya mesti ada air sirap atau air oren kan... paling senang kot and serasi dengan perut orang Malaysia.. kalau aku beraya kat kampung - kampung bapak sedara, kalau petang sikit mesti ada Teh O panas ke.. Nescafe Panas ke.. maklumlah.. orang dah berumur, dia nak jugak air panas kan.. lagi pun baru hari pertama raya.. so tengah adjust perut untuk terima makan di siang hari..

kalau jalan raya tu penuhlah dengan kereta... elok - elok yek bawak kereta.. maklumlah semua pun nak cepat sampai.. kalau boleh nak cover 10 rumah dalam 1 hari... kalau tak esok, lusa nak kena gerak tempat lain pulak.. ada nak kena balik rumah mertua.. ada yang nak kena balik kerja dah kot...

makanan favourite di hari raya... ketupat dengan kuah kacang atau kuah lodeh, lemang dengan rendang ayam atau daging.. kalau kat kampung aku, selalu rendang tak pakai daging lembu, tapi daging kerbau.. dagingnya lebih sedap dari daging lembu.. walaupun hakikatnya kerbau suka berkubang... dan tak lupa, we all selalu buat rebusan.. asalnya dari tulang - temulang daging lembu tu.. direbus sampai empuk dan masukkan bahan - bahan sup.. sedap.. makan dengan ketupat/nasi himpit... nikmat sangat..



tapi ada rumah - rumah istimewa, ada yang buat laksa lah.. nasi minyak ke.. nasi tomato.. ada yang buat soto.. macam - macamlah idea kan time raya, maklumlah kumpul beramai - ramai ni memang banyak idea makan yang keluar...

ni kalau belah husband aku, confirm kena carik Laksa Johor, Mee Rebus, Mee Bandung, Sambal Godok, Sambal Tempe dan banyak lagik yang nak di listkan... hhmmm tapi tahun ni takleh nak makan semua benda.. ada benda yang takleh makan jugak.. maklumlah kenkadang badan ni belum boleh terima lagik makanan yang bermacam - macam ni..


 



eh.. lupa pulak... sesi salam bersalaman, dan maaf - bermaafan adalah perkara yang wajib setiap pagi.. kalau family belah aku selalunya lepas Solat Aidilfitri.. tapi nak kumpulkan semua org sangat susah.. kalau dulu maybe tak ramai.. skang... ada 3 anak, 3 menantu, 7 cucu... sikit je kot, org lain lagik ramai.. tapi memasing dah duk bersila depan tudung saji, sekali ke panggil salam raya da..










and time ni jugak kalau ada rezeki lebih, bagi duit raya pada mereka - mereka yang sepatutnya... last sekali aku dapat duit raya rasanya tahun 2000.. sebab 2001 aku dah keje.. takde maknanya nak dapat duit raya.. so tahun 2001 bermulalah episod aku bagi duit raya kat mak pak + anak - anak sedara...




bila berkumpul kat kampung ni, malam yang paling dinantikan sebab we all nak main bunga api dan bergumbira.. eewwaahh.. oklah semua.. maaflah terpaksa upload gambar tahun lepas..hehe.. gambar tahun ni belumlah dapat publish lagik.. jangan publish tahun depan sudahlah kan..

 

anyway... SELAMAT HARI RAYA semua.. MAAF ZAHIR DAN BATIN....


/*ok..ok... aku sorry.. semua pun memang gambar raya tahun 2010.. tahun 2011 belumn upload lagik.. sabar yek...*/

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri


Salam semua

terima kasih pada yang sudi singgah blog ni walaupun bukan setiap hari/masa/saat..
terima kasih pada yang sudi tinggalkan komen
terima kasih jugak pada yang jadi silent reader (ada ke??)

sebelum semua orang pulang ke kampung (mungkin ada yang dah sampai)... berhati - hati di jalan raya okeh..
periksa barang - barang semua ada dalam beg, jangan sampai kampung, sekali samping/songkok suami/anak tertinggal kat sofa ruang tamu.. kuih batang buruk/samperit yang mak pesan ada kat atas meja makan bawah tudung saji, brooch yang beli last minit tertinggal dalam henbeg opis, dan bukan henbeg raya.. harapnya aku pun x lupa semua benda tu..

jangan lupa kunci rumah, tingkap.. segala lubang tutup, nanti takut pulak cik siti ke atau apa sahaja binatang boleh lepas masuk celah - celah lubang yang senonet tuh.. semua suis yang tak pakai tu sila tutup dan cabut plugnya.. kalau perlu, hidupkan 1 atau 2 lampu dalam/luar/belakang rumah.. kalau ada pasang alarm, jangan lupa onkan.. make sure CCTV berfungsi dengan baik.. guard - guard yang jaga rumah korang tu bekerja dengan bersungguh, inform jiran kiri - kanan depan belakang bagi tau yang korang balik raya berapa lama... and lagi bagus sila inform polis yang korang akan tinggalkan rumah di sekian alamat dari sekian tarikh sampai sekian tarikh, and pastikan nombor yang korang bagi boleh dihubungi...

pastikan kenderaan dalam keadaan baik.. tak bermakna kereta baru 1 minggu dapat, confirm takde masalah tengah panas.. check angin tayar, minyak hitam.. coolant ke, air bateri ke.. lampu ke.. hapa segala yang berkaitan dengan kereta dalam keadaan baik.. kalau perlu, sparekan beberapa botol air kosong, kalau keta panas tengah jalan.. ada gak air kosong utk emergency.. minyak isi biar penuh, mana tau jalan jam sana - sini, nak berenti isi minyak pun x boleh...
kalau boleh, pakailah touch n go kalau tak boleh nak pakai smart tag, at least dah menjimatkan sedikit perjalanan dari nak beratur amik tiket dan bayar tunai..

banyak sangat pesan dah...

tapi yang paling tak boleh miss..

We all nak ucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin

Insya Allah perjalanan raya kali ini..
27/8/2011 - 30/8/2011 - Segamat
30/8/2011 - 1/9/2011 - Seri Menanti/Kuala Pilah
1/9/2011 - 4/9/2011 - Johor Bahru
4/9/2011 atau 5/9/2011 balik semual ke KL..

tapi kalau last menet bertukar... memang raya pertama dan kedua kat Johor.. dan seterusnya di Kuala Pilah/Seri Menanti... lihat pada keadaan..

sayang BE banyak - banyak

Alhamdulillah

nampak jugak 1 BE berjoget - joget kat Nuffnang...
time kasih kekanda Nuffnang

I Lap U banyak - banyak

29 Ramadhan sudah

ada lagik ke yang sibuk berblogging hari ni??
maybe kurang kot bilangannya.. ni pun aku schedule sesiap..
tengah sibuk kat dapur ni.. masak kuah lontong, sambal tempe, ketupat, rendang daging, ayam masak merah, sambal kacang.. .huwaa.. banyaknya...

ok korang bebaik yek masak kat dapur tu.. sambil tu kalau teringat kat  Photo Challenge Balik Raya 2011 Contest .. jangan lupa join wokeh....

Sunday, August 28, 2011

Admitted as a Day Care at Columbia Asia on 22nd Ramadhan

Day Care Admitted at Columbia Asia Puchong..




Check-in 9:25am
Check-out 1:45pm

Nota Kaki:Apa yang berlaku, ada hikmah disebaliknya... terima dengan tabah

Iftar on 20th Ramadhan @ Muhibbah Sungai Penchala

kawan - kawan daddy.. gang Bentong ajak bukak puasa since last week... on the same day jugak abang aku ajak buka puasa kat Equatorial Bangi... alamak mmg tak leh join sbb yang gathering ni dia org dah plan lagi awal.. so plannya ke Muhibbah Sungai Penchala..


Menu dia orang yang settlekan.. kita orang datang and makan sahaja..
ada Ikan Kerapu Sweet Sour, Ikan Siakap masak asam, ayam masak black pepper, sotong celup tepung, lala, ada daging, ada sayur pucuk paku..dan tak lupa.. udang lah... air.. suka hati nak order apa..


makan kena laju sebab masing - masing ada anak kecik.. paling besar 4 tahun... paling kecik 1 tahun 4 bulan.. so sendiri mau ingat...

selesai makan laju - laju... solat pun kena laju then lepak depan surau.. ish.. punyalah x sesuai sebab banyak nyamuk.. so they all ajak gerak.. plan memula ke Rasta.. tapi parking hazab nak dapat... then teruslah dia org menujuk ke Damansara Perdana.. nak lepak mamak.. tapi mamak tu tutup.. so kat Old Town lah kami duduk... bapak - bapak 1 meja 4 org... the wifey and the kids 3 meja sambung.. haru - biru dibuatnya.. sana melalak.. sini melalak... sampailah 1 tahap.. last - last kekanak ni melepak jugak layan main iPad.. takpe janji senyap sbb mak - mak pun nak bergossip jugak..

 

tak dapat nak duduk lama sangat sebab Amin nak balik Bentong.. so maybe next time.. kita pergi holiday yek.. plan yang tertunggak since 4 tahun lepas..hehehe...

Saturday, August 27, 2011

Imigresen on 19th Ramadhan

"bila nak buat passport Darin?" huwwa kena sound ngan husband sendiri.. macamlah passport aku hidup lagik.. kenalah buat dedua.. punyalah malas rasa nak keluar tapi kena jugak.. selesai bagi Darin makan, pack semua barang.. keluarlah dulu isi minyak VW.. then ke PKNS.. tapi jangan haraplah dapat parking.. then pusing lagik.. niat nak parking bawah SACC, bertutup.. cuba nasib jugaklah.. kalau penuh.. memang aku amik Valet Parking SACC je.. kuasa nak pusing abis minyak, sekali dapat pulak parking bawak SACC mall. sejuk hati..

sampai kat Imigresen pun dah pukul 11.. manusia.. sangat ramai... bau pun macam - macam.. rilek..rilek.. sabar.. puasa... pergi kaunter amik form.. then pergi kat tmpt amik gambar.. orgnya takde.. tanya ngan nyonya mesin photostat.. dia kata sekejap.. dia mintak ic ngan sijil beranak Darin.. and bayar RM2.. dia bawak pergi tmpt lain amik gambar dengan lagik sorang amoi.. huwaa.. selesa tempat tu.. amik gambar express untuk 2 orang, 4 keping RM22.. aku pun nak buat part time lah..


then amik tempat yang paling selesa untuk isi form.. belikan Darin Cloud 9 2 ketul supaya senyap.. selesai isi.. kembali ke tempat org ramai.. bagi form dan documents kat pegawai kauter utama.. dia bagi nombor... x sampai 5 minit.. dia panggil.. bagi form.. amik cap jari.. check thumb print.. paling mencabar nak amik thumb print Darin sbb dia keraskan ibu jari.. selesai kat situ.. suruh tunggu sampai kauter 6 panggil untuk pembayaran... yang ni lama sikit.. ada dalam 20  minit... selesai bayar.. dia cakap tunggu dalam 1 jam... skang pukul 12:07PM, so masa sesuai bawak Darin makan... terus menuju ke Mc Donalds..

suap bubur.. suap nugget and fries.. air ribena buatan sendiri dari rumah.. siap jumpa kawan lagik kat situ... boleh borak - borak.. xdelah rasa bosan dan terliur tengok fries, bubur dan nugget tuh...

dalam pukul 12:50PM, terus ajak Darin naik atas.. pergi kat kaunter nombor 1... baca arahan kat kertas tu.. macam confuse...
"Puan, saya nak letak resit kat sini ke?"
"Pukul berapa resit?
"Pukul 12:07PM"
"ohh.. bolehlah"



letak situ.. sampai tunggu nama dipanggil... selesai panggil nama aku dan Darin, lepas check semua nama.. lepas turunkan cap jari aku yang montok dan Darin yang comel... beredarlah 2 beranak meninggalkan perkarangan PKNS.. menuju SACC Mall... terus balik ke rumah... arrgghh penatnya... baring je kat rumah...


tepat pukul 4PM, kena bangun jugak masak 1 lauk.. tapi bukan untuk berbuka.. tapi untuk sahur.. sebab hari ni berbuka ditaja oleh ustaz Shukri.. eh.. bukan di taja.. Ustaz Shukri masak Nasi  Arab.. penduduk taman yang muhibah ni order jer.. husband aku order 2 tupperware.. 1 dia buka kat surau.. lagik 1 aku buka kat rumah dengan Darin.. sedap..


oh ya.. x lupa kuih badak berendam version no 3.. dulu kan ada cerita 2 version.. tapi dalam FB kot.. ni kira macam ori sikitlah cuma rupa bentuk dia tak cegini.. tapi belasah jelah.. daripada takde kan....

Moreh on 17th Ramadhan

korang makan moreh??
kalau pergi tarawikh Insya Allah makan kan..

tapi korang buat moreh tak??
surau kita org sendirian berhad.. ustaz pun imported student Tahfiz dari Kelantan..
bukak pun setiap rumah akan gilir - gilir buka dengan ustaz kat surau termasuklah sahur.. means ada orang hantar makanan... husband aku cakap, ada 1 hari, ustaz tak sahur.. cuma minum air dan makan buah kurma.. sebab ada org confuse.. dia ingat aku.. aku ingat dia.. camtulah kaedahnya..

macam tu jugak dengan moreh.. selalu kalau turn kita org.. husband aku beli je.. macam hari tu beli Roti John dengan Popia Goreng.. pun dah penuh 2 tray..

kali ni since dah cuti.. aku masak sikit... cuma buat makaroni goreng dengan pengat pisat + puteri mandi...


dapatlah 2 tray makaroni dengan 1 periuk pengat pisang.. Alhamdulillah habis.. kira cukuplah untuk jemaah malam tu... and siap pesan dengan husband "jangan lupa basuh tray ngan periuk" hahaha.. abis dah makan, duduk borak sedap - sedap.. takkan x boleh tolong kan.. kata sayang isteri..ngeh..ngeh..ngeh...

Last Day yang Pannaz on 16th Ramadhan

16 August... last day keje kat IBM..
ni jelah yang sempat aku kepilkan sebagai kenangan...
korang yang tinggal jangan nakal - nakal ok..
keje rerajin kecuali Vie takpe.. sebab korang keje untuk Vie..ngeh..ngeh..ngeh...


ntah berapa kali bukak lotus notes ntah. kat rumah sebelum keje bukak.. sampai opis shah alam bukak.. opis kat kl bukak lagik.. tapi yang pastinya sampai kat Plaza IBM x bukak dah...
isi form, jumpa budak kat Cloning Centre tuh... reset semua password.. boleh pulak bila dah selesai.. aku dah nak pegang dah thinkpad tu balik.. "eh" nasib baik cepat sedar.. mamat tu gelak je...


lepak kat surau lama - lama sampai tertido... sambil nak tunggu pukul 6 nak bukak pose dengan gang lama.. Azie, Reenee ngan Atiqah.. lokasi.. Restoren Pannaz... Damansara Perdana.. RM45nett.. berapa kali nak makan buffetlah musz.. apa nak buat.. tahun ni banyak pulak yang menjadi.. antara ramai dengan tak je.. sampai Azie siap cakap "takpe musz, kalau takde org lain, kita berdua pun ok..." semangat dia...


 
lepak sampai lupa pulak yang aku sorang je tak bujang lagik... kul 10 balik rumah.. and esoknya fikir nak buat apa?? nak buat apa???

Friday, August 26, 2011

kenangan 15 Ramadhan


walaupun gelap gelita.. kami masih tetap berbuka bersama.. nyah ko nyamuk...

14th Ramadhan @ JW Marriot

makan luar lagik??
kes 13 Ramadhan pun makan kat luar jugak.. tapi itu dengan family belah husband... makan kat Restoran Andaman Seksyen 23 Shah Alam... menu sememangnya menu ala Thai.. kena ada Tom Yam campur.. ikan siakap masam manis dan  dan 3 rasa.. kailan ikan masin, daging masak black pepper, sotong goreng tepung.. dan air tembikai.. jangan lupa air panas.. kena ada Teh O panas untuk myself..

"Tak Buka Puasa kat Kampung ke??"

eh.. mana boleh tidak.. 1st week puasa aku dan kakak aku balik umah mak aku... kat Kuala Pilah... menu pada hari tu.. Masal Lomak Kotam campur noneh... sambal udang, ayam gogheng ado.. ayam masak kicap pun ado... sayo eh lupo pulak.. tapi memang sodap.. siap request nak makan sagu mato ikan cughah ngan santan + gulo molako.. cekodok pisang pun ada... laki den bawak balik Pizza 2 koping.. kopak ayam ngan ghuti.. peh tu ado pulak donat Kerispi Kerim... ha.. pepandailah baco sondighi.. ko tak menggigey.. ngabihkan sumo eh...

ok cukuplah tu.. over plak...

14 Ramadhan.. sekali lagik bukak pose dengan kengkawan lama.. cuma ada my family.. Sarah and Family and Dida sefamily... semua sekapal masa kat XYBASE dulu and now semua pun X-XYBASE...

pilihan sangat merata memula.. dari yang murah, ke mahal, dari buffet, ke ala carte.. siap ada nak steamboat.. tapi ada orang nak request nasi.. dari kedai biasa ke hotel.. last - last ke JW Marriot.. sajalah tu nak ajak aku shopping kat LV?? muahahahaaaarammm...


bertolak lepas Asar.. ikut MEX sangatlah aman.. sampai sana dalam pukul 6.10pm.. kira awal jugak.. parking sesiap.. naik atas.. lalu kat atas kedai tak mampu bayar tuh.. cuci mata sampai dah berair - air tenung barang sesatu.. then calling - calling... Sarah dah settlekan pembayaran.. cayalah...


then pusing - pusing kat dalam StarHill tu je... dari 1 tingkat ke 1 tingkat... saja nak lengahkan masa.. dida and the family tengah sakan shopping kat Pavillion... biarkan dia memilih dengan aman..



meronda sangat seronok, sambil tengok apa pekerja kedai buat sorang - sorang bila takde org nak masuk.. kita org pun takde perasaan nak masuk sebab confirm nanti dia org sibuk layan kita sampai kita pun terus tergoda dan rasa nak beli.. pastu duk meratap.. cemana nak bayar CC lepas raya.. oo tidak.. x boleh.. x boleh...


nak dekat jam 7pm barulah we all together - gather jumpa balik kat lobi hotel.. sama - sama nak naik ke tingkat 6... pilihan hati nak tepi swimming pool.. bila tanya kat registration counter.. sekali dia tunjuk tempat duduk kat belah dalam.. and no more pool view yeh.. but 10 kali bersyukur.. sekurang - kurangnya anak - anak lebih concentrate makan daripada duk tengok air swimming yang tenang tak tersentuh pun sebab memang closed.


tempat duduk pun kira ok.. means kalau aku tolak kerusi kebelakang tahap maksima pun takdelah kerusi ku berlaga kerusi dengan orang belakang.. amin sekali lagik disitu.. ada ruang tepi yang membolehkan we all jalan ke belah sana dan sini.. sekali lagik markah di situ.. di ruang hujung sana pun ada tempat kosong dan boleh sorong stroller darin ke sana.. tambahan di situ.. ruang tempat besar dan memang senang je nak alih baby chair Dhiya and Esya ke sana - ke mari... ohhh nyaman...


acara ambil makan bermula.. tapi kena take turn sebab semua pun takde maid nak tolong tgkkan anak.. amik apa yang nak di makan je.. yang lain, kuis sana sini, sini sikit janji dapat rasa... kalau rajin, sila kira berapakah jumlah yang anda makan pada hari tu?? confirm tak cecah RM78.90nett... tapi yang penting, selesa dan puas hati...


adegan kat surau lagik x boleh tahan.. elok selesai aku solat, boleh pulak Darin dengan gagah perkasa.. pakai kasut dan terus berlari keluar buat macam hotel daddynya sendiri.. terjerit - jerit pulak panggil dia, nasib baik masuk balik.. cecepat call daddynya, nasib daddy dah selesai.. confirmlah cepat, org lelaki kan tak pakai telekung...


kalau tak dikenangkan esoknya hari kerja.. memasing pun nak sambung lepak kat Mapley.. tapi masih lagik ada 2 minggu untuk kerja yek kengkawan... sebelum sambut raya.. bukan 2 hari macam aku.. muahahaha..

apa - apa pun.. untuk RM78.90nett.. kira oklah makanannya.. cuma nak bagi tau ni.. penyusunan makanan kurang memuaskan.. specially lauk - pauk sepatutnya tak bolehlah ko jauh - jauhkan antara 1 sama lain... kalau stall 1 - 1tu ko letak stall mee, atau sup tulang atau dessert takpe jugak.. ni org pinggan dah penuh dekat ngan area nasi, sekali nak balik ada lagik 2 stall letak lauk kampung yang best dan marvelous.. mana mau letak beb.. kena bawak lagik 1 pinggan semata - mata nak letak ikan keli masak lemak tuh... eh bukan aku yek..

tapi nak bagi tau jugak.. Adlin Aman Ramli ngan Emelda ada bukak pose sama pada hari tersebut dan siap bawak baby sebab nampak stroller..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...