Followers

Friday, August 26, 2011

14th Ramadhan @ JW Marriot

makan luar lagik??
kes 13 Ramadhan pun makan kat luar jugak.. tapi itu dengan family belah husband... makan kat Restoran Andaman Seksyen 23 Shah Alam... menu sememangnya menu ala Thai.. kena ada Tom Yam campur.. ikan siakap masam manis dan  dan 3 rasa.. kailan ikan masin, daging masak black pepper, sotong goreng tepung.. dan air tembikai.. jangan lupa air panas.. kena ada Teh O panas untuk myself..

"Tak Buka Puasa kat Kampung ke??"

eh.. mana boleh tidak.. 1st week puasa aku dan kakak aku balik umah mak aku... kat Kuala Pilah... menu pada hari tu.. Masal Lomak Kotam campur noneh... sambal udang, ayam gogheng ado.. ayam masak kicap pun ado... sayo eh lupo pulak.. tapi memang sodap.. siap request nak makan sagu mato ikan cughah ngan santan + gulo molako.. cekodok pisang pun ada... laki den bawak balik Pizza 2 koping.. kopak ayam ngan ghuti.. peh tu ado pulak donat Kerispi Kerim... ha.. pepandailah baco sondighi.. ko tak menggigey.. ngabihkan sumo eh...

ok cukuplah tu.. over plak...

14 Ramadhan.. sekali lagik bukak pose dengan kengkawan lama.. cuma ada my family.. Sarah and Family and Dida sefamily... semua sekapal masa kat XYBASE dulu and now semua pun X-XYBASE...

pilihan sangat merata memula.. dari yang murah, ke mahal, dari buffet, ke ala carte.. siap ada nak steamboat.. tapi ada orang nak request nasi.. dari kedai biasa ke hotel.. last - last ke JW Marriot.. sajalah tu nak ajak aku shopping kat LV?? muahahahaaaarammm...


bertolak lepas Asar.. ikut MEX sangatlah aman.. sampai sana dalam pukul 6.10pm.. kira awal jugak.. parking sesiap.. naik atas.. lalu kat atas kedai tak mampu bayar tuh.. cuci mata sampai dah berair - air tenung barang sesatu.. then calling - calling... Sarah dah settlekan pembayaran.. cayalah...


then pusing - pusing kat dalam StarHill tu je... dari 1 tingkat ke 1 tingkat... saja nak lengahkan masa.. dida and the family tengah sakan shopping kat Pavillion... biarkan dia memilih dengan aman..



meronda sangat seronok, sambil tengok apa pekerja kedai buat sorang - sorang bila takde org nak masuk.. kita org pun takde perasaan nak masuk sebab confirm nanti dia org sibuk layan kita sampai kita pun terus tergoda dan rasa nak beli.. pastu duk meratap.. cemana nak bayar CC lepas raya.. oo tidak.. x boleh.. x boleh...


nak dekat jam 7pm barulah we all together - gather jumpa balik kat lobi hotel.. sama - sama nak naik ke tingkat 6... pilihan hati nak tepi swimming pool.. bila tanya kat registration counter.. sekali dia tunjuk tempat duduk kat belah dalam.. and no more pool view yeh.. but 10 kali bersyukur.. sekurang - kurangnya anak - anak lebih concentrate makan daripada duk tengok air swimming yang tenang tak tersentuh pun sebab memang closed.


tempat duduk pun kira ok.. means kalau aku tolak kerusi kebelakang tahap maksima pun takdelah kerusi ku berlaga kerusi dengan orang belakang.. amin sekali lagik disitu.. ada ruang tepi yang membolehkan we all jalan ke belah sana dan sini.. sekali lagik markah di situ.. di ruang hujung sana pun ada tempat kosong dan boleh sorong stroller darin ke sana.. tambahan di situ.. ruang tempat besar dan memang senang je nak alih baby chair Dhiya and Esya ke sana - ke mari... ohhh nyaman...


acara ambil makan bermula.. tapi kena take turn sebab semua pun takde maid nak tolong tgkkan anak.. amik apa yang nak di makan je.. yang lain, kuis sana sini, sini sikit janji dapat rasa... kalau rajin, sila kira berapakah jumlah yang anda makan pada hari tu?? confirm tak cecah RM78.90nett... tapi yang penting, selesa dan puas hati...


adegan kat surau lagik x boleh tahan.. elok selesai aku solat, boleh pulak Darin dengan gagah perkasa.. pakai kasut dan terus berlari keluar buat macam hotel daddynya sendiri.. terjerit - jerit pulak panggil dia, nasib baik masuk balik.. cecepat call daddynya, nasib daddy dah selesai.. confirmlah cepat, org lelaki kan tak pakai telekung...


kalau tak dikenangkan esoknya hari kerja.. memasing pun nak sambung lepak kat Mapley.. tapi masih lagik ada 2 minggu untuk kerja yek kengkawan... sebelum sambut raya.. bukan 2 hari macam aku.. muahahaha..

apa - apa pun.. untuk RM78.90nett.. kira oklah makanannya.. cuma nak bagi tau ni.. penyusunan makanan kurang memuaskan.. specially lauk - pauk sepatutnya tak bolehlah ko jauh - jauhkan antara 1 sama lain... kalau stall 1 - 1tu ko letak stall mee, atau sup tulang atau dessert takpe jugak.. ni org pinggan dah penuh dekat ngan area nasi, sekali nak balik ada lagik 2 stall letak lauk kampung yang best dan marvelous.. mana mau letak beb.. kena bawak lagik 1 pinggan semata - mata nak letak ikan keli masak lemak tuh... eh bukan aku yek..

tapi nak bagi tau jugak.. Adlin Aman Ramli ngan Emelda ada bukak pose sama pada hari tersebut dan siap bawak baby sebab nampak stroller..

2 comments:

6ky Angel said...

dh besar anak raziq!

mummy Darin said...

Tahun depan si abang darjah 1 dah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...