Followers
Monday, August 29, 2011
Salam Aidilfitri
Salam semua
terima kasih pada yang sudi singgah blog ni walaupun bukan setiap hari/masa/saat..
terima kasih pada yang sudi tinggalkan komen
terima kasih jugak pada yang jadi silent reader (ada ke??)
sebelum semua orang pulang ke kampung (mungkin ada yang dah sampai)... berhati - hati di jalan raya okeh..
periksa barang - barang semua ada dalam beg, jangan sampai kampung, sekali samping/songkok suami/anak tertinggal kat sofa ruang tamu.. kuih batang buruk/samperit yang mak pesan ada kat atas meja makan bawah tudung saji, brooch yang beli last minit tertinggal dalam henbeg opis, dan bukan henbeg raya.. harapnya aku pun x lupa semua benda tu..
jangan lupa kunci rumah, tingkap.. segala lubang tutup, nanti takut pulak cik siti ke atau apa sahaja binatang boleh lepas masuk celah - celah lubang yang senonet tuh.. semua suis yang tak pakai tu sila tutup dan cabut plugnya.. kalau perlu, hidupkan 1 atau 2 lampu dalam/luar/belakang rumah.. kalau ada pasang alarm, jangan lupa onkan.. make sure CCTV berfungsi dengan baik.. guard - guard yang jaga rumah korang tu bekerja dengan bersungguh, inform jiran kiri - kanan depan belakang bagi tau yang korang balik raya berapa lama... and lagi bagus sila inform polis yang korang akan tinggalkan rumah di sekian alamat dari sekian tarikh sampai sekian tarikh, and pastikan nombor yang korang bagi boleh dihubungi...
pastikan kenderaan dalam keadaan baik.. tak bermakna kereta baru 1 minggu dapat, confirm takde masalah tengah panas.. check angin tayar, minyak hitam.. coolant ke, air bateri ke.. lampu ke.. hapa segala yang berkaitan dengan kereta dalam keadaan baik.. kalau perlu, sparekan beberapa botol air kosong, kalau keta panas tengah jalan.. ada gak air kosong utk emergency.. minyak isi biar penuh, mana tau jalan jam sana - sini, nak berenti isi minyak pun x boleh...
kalau boleh, pakailah touch n go kalau tak boleh nak pakai smart tag, at least dah menjimatkan sedikit perjalanan dari nak beratur amik tiket dan bayar tunai..
banyak sangat pesan dah...
tapi yang paling tak boleh miss..
We all nak ucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin
Insya Allah perjalanan raya kali ini..
27/8/2011 - 30/8/2011 - Segamat
30/8/2011 - 1/9/2011 - Seri Menanti/Kuala Pilah
1/9/2011 - 4/9/2011 - Johor Bahru
4/9/2011 atau 5/9/2011 balik semual ke KL..
tapi kalau last menet bertukar... memang raya pertama dan kedua kat Johor.. dan seterusnya di Kuala Pilah/Seri Menanti... lihat pada keadaan..
Something about
Advertorial,
Special Events,
Sweet Moments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 welcoming comments:
banyak tu baju kena bawak.. lepas balik beraya sibuk mendobi pulak.. hehe.. aku kat pilah sampai sabtu kot..
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & BAtin jugak utk ko & family.. roger2 lah, nnti boleh jumpa dan beraya..
Confirm baju sikecik kena byk... Apa nak buat.... Balik sekali harung... Ko pun jalan raya elok-elok... Lepas raya nak kena updet blog lg..hehehe...
Muz, Seri Menanti kat mana? Nenek husband saya kat Tanah Datar...
Ya ah dater? 1 suku dgn ayah saya.. Ntah-ntah kenal x? Saya kat kg Parit Istana, Jln masuk ke seri menanti kat simpang kg budaya.. Kalau lalu situ, Tgk rumah no 15, sebelah kanan dr simpang besar....
Post a Comment