Followers

Tuesday, August 30, 2011

Indahnya di Hari Raya

Selamat Hari Raya semua...

waaa seronoknya dia... beraya sakan tak ingat kiri kanan yek... baju warna - warni.. make-up tebal seinci (ok lagik tuh)... kalau makan tu ingat - ingatlah orang kat kiri - kanan yek...


dah habis amik gambar ke belum korang.. di pagi raya kenalah bergambar sakan.. maklumlah muka pun fresh lagik... nak senyum pun ok lagik.. bila dah tengahari sikit mulalah masing - masing mengeluh... panaslah, berpeluhlah.. terus lari ke dapur carik air sirap sejuk..


eh.. kalau raya mesti ada air sirap atau air oren kan... paling senang kot and serasi dengan perut orang Malaysia.. kalau aku beraya kat kampung - kampung bapak sedara, kalau petang sikit mesti ada Teh O panas ke.. Nescafe Panas ke.. maklumlah.. orang dah berumur, dia nak jugak air panas kan.. lagi pun baru hari pertama raya.. so tengah adjust perut untuk terima makan di siang hari..

kalau jalan raya tu penuhlah dengan kereta... elok - elok yek bawak kereta.. maklumlah semua pun nak cepat sampai.. kalau boleh nak cover 10 rumah dalam 1 hari... kalau tak esok, lusa nak kena gerak tempat lain pulak.. ada nak kena balik rumah mertua.. ada yang nak kena balik kerja dah kot...

makanan favourite di hari raya... ketupat dengan kuah kacang atau kuah lodeh, lemang dengan rendang ayam atau daging.. kalau kat kampung aku, selalu rendang tak pakai daging lembu, tapi daging kerbau.. dagingnya lebih sedap dari daging lembu.. walaupun hakikatnya kerbau suka berkubang... dan tak lupa, we all selalu buat rebusan.. asalnya dari tulang - temulang daging lembu tu.. direbus sampai empuk dan masukkan bahan - bahan sup.. sedap.. makan dengan ketupat/nasi himpit... nikmat sangat..



tapi ada rumah - rumah istimewa, ada yang buat laksa lah.. nasi minyak ke.. nasi tomato.. ada yang buat soto.. macam - macamlah idea kan time raya, maklumlah kumpul beramai - ramai ni memang banyak idea makan yang keluar...

ni kalau belah husband aku, confirm kena carik Laksa Johor, Mee Rebus, Mee Bandung, Sambal Godok, Sambal Tempe dan banyak lagik yang nak di listkan... hhmmm tapi tahun ni takleh nak makan semua benda.. ada benda yang takleh makan jugak.. maklumlah kenkadang badan ni belum boleh terima lagik makanan yang bermacam - macam ni..


 



eh.. lupa pulak... sesi salam bersalaman, dan maaf - bermaafan adalah perkara yang wajib setiap pagi.. kalau family belah aku selalunya lepas Solat Aidilfitri.. tapi nak kumpulkan semua org sangat susah.. kalau dulu maybe tak ramai.. skang... ada 3 anak, 3 menantu, 7 cucu... sikit je kot, org lain lagik ramai.. tapi memasing dah duk bersila depan tudung saji, sekali ke panggil salam raya da..










and time ni jugak kalau ada rezeki lebih, bagi duit raya pada mereka - mereka yang sepatutnya... last sekali aku dapat duit raya rasanya tahun 2000.. sebab 2001 aku dah keje.. takde maknanya nak dapat duit raya.. so tahun 2001 bermulalah episod aku bagi duit raya kat mak pak + anak - anak sedara...




bila berkumpul kat kampung ni, malam yang paling dinantikan sebab we all nak main bunga api dan bergumbira.. eewwaahh.. oklah semua.. maaflah terpaksa upload gambar tahun lepas..hehe.. gambar tahun ni belumlah dapat publish lagik.. jangan publish tahun depan sudahlah kan..

 

anyway... SELAMAT HARI RAYA semua.. MAAF ZAHIR DAN BATIN....


/*ok..ok... aku sorry.. semua pun memang gambar raya tahun 2010.. tahun 2011 belumn upload lagik.. sabar yek...*/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...