Followers

Monday, August 31, 2009

Merdeka


Kepada seluruh warga negara Malaysia..
Selamat Hari Merdeka..
laungkanlah kemegahan dengan kebanggaan menjadi anak yang Merdeka...
dan kenangkanlah jasa mereka yang memerdekakan kita...

apa yang ada faham tentang erti kemerdekaan??
apa pun yang kita fikirkan... pastikan kita sentiasa bersatu teguh demi negara tercinta..
1 Malaysia...

p/s: rasanya lagu 1 Malaysia yang mana akan menag kat HotFM yek???

Sunday, August 30, 2009

Darin Punye..

Ayat favourite "Darin punya", "jangan kacaulah"...


bagi mengelakkan dia terus - terusan mengeluarkan perkataan tu pada orang lain, walaupun dia tau itu bukan barang dia.. we all kena jugak buat something... ini semua sambungan dari kisah Hobi Baru tulah... setiap hari mintak pergi rumah sebelah sebab nak main control car.. finally daddy gi beli satu..


so skang Darin dah ada 1 kat rumah and setiap harilah ajak we all main ngan dia.. kawasan rumah pun dah penuh Darin ooiii.. so main kat luar rumah, tapi tiap kali nak simpan kat dalam, daddylah kena angkat... serius berat wooo..... anak punya pasal kan...

Friday, August 28, 2009

Persedian awal

Keputusan yang husband aku buat macam diluar jangkaan.. memang we all ada plan nak pasang tapi tak sangka pulak dalam masa terdekat nih...


inilah persediaan yang we all amik balik lepas bibik balik... we all pun dah hantar Darin ke nursery, so fikir jugak bila hari hujan ke, dah malam ke, and time tu aku plak yg amik Darin kat Nursery.. takkan aku nak turun sorang - sorang bukak pagar and Darin tinggal sorang dalam kereta, lagipun kawasan we all kawasan baru... so harapnya semua oklah lepas ni..


Ini bukan satu kemestian... tapi satu keperluan jugak...

kita kena makan


Dah lama giler tak pergi The Curve, dulu masa kat office lama, dekat jugak, sometimes lunch hour mesti ke sana.. sekarang dah takde dah... huwwaa sedih sangat tu taklah, tapi once a while bila kena gi HQ, saje je aku merewang dalam OU kejap..sshhh... sekejap je, x lama pun..


kat The Curve korang perasan tak kedai Bubba Gump Shrimp Co. tuh... dah lama jugak aku perasan, ada jugak teringin nak pegi, tapi xde masa yang sesuai.. aku ajak husband aku dia tak mo.. dia kan tak suka sangat kedai pelik ni specially kedai western.. kalau kedai tu jual nasi, dia suka.. padahal dia suka udang woo... so pada satu ketika dan saat, dapat jugaklah aku pergi sini dengan opismate ku...


time nak order adalah time yang amat memakan masa, apa taknya, tak tau nak makan apa, nak pilih apa pun x tau, then nak kena pilih mengikuti citarasa semua pihak tau... yelah, nak makan sesama kan.. and we all masa tu 5 orang... aku serahkan je pada dia org, aku tak kisah pun janji boleh makan..he..he...


dah lama kita org tak keluar gossip - gossip cegini tau, yelah, kalau kat ofc tu mmglah bercakap tapi kenalah cover sket... so bila dah lepak sini, semua berborak tak hengat.. ni pun x lengkap ni coz ramai lagik yang takde... sedar tak sedar ada member aku tu dah belasah 6 tin air Light Coke.. ganazz tak.. aku rasa rugi tuan kedai tu letak "bottomless".. ha..ha..


penggunaan "run forrest run" dengan "stop forrest stop", aku ingat kalau nak amik order kita letak kat "stop forrest stop" rupa - rupanya terbalik, kalau nak order, kita pusingkan benda alah tu kepada "run forrest run", bila dia dah amik order, dia akan terbalikkan sendiri kepada "stop forrest stop".. ish, apa nama benda alah tu pun aku x tau....



apa - apa pun makanan situ ok aku rasa, sedap jugaklah, tak try lagik menu yang lain, tapi harapnya yang lain pun ok jugak.... BTW thanks to all yek sebab belanja gue makan - makan... takpe, gaji korang besar.. motif??? :D

Tag Oh Tag


aku kena tag, itu pun lepas aku masuk blog kawan aku si putet ni baru aku tau aku kena tag...

Nyatakan 5 fakta menarik mengenai pemberi award ini:
1. Dia tak suka pakai kasut tinggi, kemana - mana dia akan pakai sandal dia tu yang takde tumit langsung, tak kisahlah pegi keje, kenduri kahwin, jenjalan makan angin.... dia tak kisah pun kalau org lain ckp.. yang penting dia sangat selesa..

2. Dia suka masak sebenarnya, cita - cita nak jadik macam Nigella Lawson atau Jamie Oliver..

3.Dia juga hebat makan, tapi orangnya tetap kecik dan maintain.Minum air tak pernah habis.. sorry tet... kalau pergi memana, mesti kena bungkus bawak balik....

4.suka dengan teknologi.. tak peliklah kalau dia jugak antara orang yang awal memiliki NetBook, iPhone dan jugak wii.

5.Orang kata dia memilih kawan, actually tak, dia suka berkawan dengan semua orang, dan yang penting orang tu tak cerewet.. mesti simple and easy going...

Setiap blogger harus menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya:
1. Saya suka bercuti, tapi cuti yang tak suka saya.. ha..ha..
2.Tak suka dengan orang yang sangat cerewet, dan menjengkilkan.
3.Penakut sebenarnya.. tapi buat - buat berani.
4.Senang sangatlah terlelap kalau ada meeting, discussion, presentation dan sebagainya.
5.Susah tido malam, susah bangun pagi.
6.Duduk rumah diam - diam sambil buat house chore, tapi income masuk.. camner tuh?
7.Berangan.. kan free
8.Senang terasa... tak boleh org cakap salah sket, sure terasa...
9.Sangat kedekut nak kuarkan duit untuk beli something walaupun dia suka.. melainkan ia memberikan manfaat pada ahli keluarganya..
10.Degil jugak, kalau gaduh tak nak kalah... ha..ha..

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya,dan describe tentang mereka:
Semua orang pun boleh buat ye..

Monday, August 24, 2009

Hobi baru ker?

Ini adalah satu aktiviti di luar dugaan.. bukan, ini bukan berlaku pada bulan puasa.. ni semua kisah 2 bulan lepas.. ya entry akukan semua backdated.. sebab, since tukar department baru, job scope sudah bertambah.. workload bertambah... incident bertambah.. peroblem bertambah.. masa tetap 24 jam, takde lebih, dan Alhamdulillah tak kurang sesaat pun lagik...


Kisahnya bermula pada jiran aku yang nak carikkan keter control untuk anak dia, sempena birthday anak dia, bulan 5 sorang, bulan 6 sorang... so untuk elakkan dia org bergaduh (beza 1 thn tau), so dia beli dua... oklah tu, rezeki anak - anak...




so sampai je kat rumah, confirmlah test dulu, sementara masih lagi dalam warranty... so we all pun dengar jelah dari jauh.. dengan harapan.. "darin tak kisah kot"... at the same time, aik, daddy - daddy pun ada beli something jugak ke... haiya pening aku sekejap... sejak bila plak minat benda ni pun aku x sure.. actually they all tak plan nak beli, tapi sementara tunggu tauke kedai tu assemble kereta tu, they all pun teruja nak amik jugak...


tak sempat tunggu next Weekend, malam tu jugak dia orang test.. and paling best, anak dara aku pun dah teruja sama dengan itu kereta control.. ohh... tolong... sib baiklah adiknya yang kecik tu macam tak kisah sangat, so si abang naik satu, and kereta lagik satu Darin yang naik..

adakah ini petanda we all nak kena beli jugak satu.. adoii lleerr...

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan datang lagi

Selamat berpuasa kepada kaum muslimin dan muslimat..
semoga tabah dalam menjalani ibadah puasa...

Wednesday, August 19, 2009

FM from Sweden

Aku memang suka kumpul FM... orang yang selalu jadik penyumbang terbanyak of course my only brother and my officemate yang memang tau minat aku.. asal they all gi bercuti mesti belikan 1 untuk aku.. x kisah pun macam mana bentuknya... janji FM...

lepas aku dah tak kerja kat comp XY.... aku pun xde gi memana.. then my husband ada peluang gi Europe dulu, dia pun sakan membila tuk koleksi kita orang...


pas dah tak pergi memana... so selalu we all bergantung pada insan yang sudi nak belikan untuk kita orang... sambil aku selalu terjah blog orang.. ada jugak insan yang sudi nak offer diri belikan FM.. so aku pun orderlah dalam sebarang dua... so sampailah jugak ke tangan aku and kali ni from Sweden...


thanks to Liyana.... sebab tolobg belikan untuk saya yek... he..he..

Tuesday, August 18, 2009

Lighted On along LKSA


Suatu masa dulu.. pernahlah ada dalam 2-3 malam kot lampu menyala sepanjang jalan kat LKSA tuh... LKSA tu belum siap sepenuhnya.... tapi lampu from Seksyen 24 to Alam Impian dia dah pasang.. so balik malam pun teranglah sikit...

tapi skang dah tak nyala balik.. hhmm bilalah dia nak menyala balik agaknya...

Monday, August 17, 2009

She went to KLCC

A few weeks before bibik balik, dia request nak jumpa anak tiri dia.. so tempat yang dia tau kat KL ni cuma 'KLCC kembar'.. so we all pun bawaklah dia ke sana..

Darin bercita - cita nak jadik duta Habib

nak ke KLcc ni bukanlah satu perkara yang we all selalu buat, nak ke sana pun bukan dekat skang ni.. from Shah Alam ke KL, samalah jugak from Puchong dulu.. tapi maybe sebab dah duduk rumah sendiri.. rasa malas je nak keluar.. duduk rumah lagik best..

sampai kat KLCC memang we all bagi je dia jalan ngan anak dia, makanlah sama - sama, and we all pun buat hal sendiri.... dah nak dekat balik baru jumpa... kesian plak dia... tapi dia pun tak kisah... anak dia nak jumpa dia pun sebab nak pesan barang untuk bawak balik...

sebelum nak berpisah tu, anak dia siap nangis sekali, kira pasni takdelah dia jumpa bibik, melainkan dia balik Indon or bibik datang sini balik..

Bumble Bee dari kejauhan

Darin yang ketakutan
before we all balik, sempat singgah kat TRU dulu, and kebetulan kat situ ada robot Transformers, si Optimus Primes dengan Bumble Bee... bawaklah Darin ke sana, tapi dia pulak yang takut... dapat snap sikit je... pastu terus we all keluar and balik...

Wednesday, August 12, 2009

Putrajaya

aku drive sorang - sorang je

Sejak pindah ke Shah Ala, lama betul x pergi Putrajaya, last pun bila ntah, x ingat langsung..

Jalan kat LDP Sunway sangat lengang

Kat Putrajaya pun lengang

one fine day, aku kena pergi Putrajaya, hari sabtu, pagi lagik aku dah bertolak, orang lain tengah sedap tido, hari minggu kan, apahal pulak nak bangun awal..


Nampak angin tiup, bergoyang - goyang pokok tuh

lagik best, pagi tu mendung je, masa aku keluar rumah pun, angin tiup sepoi - sepoi bahasa.. awan plak gelap semacam.. sahlah kejap lagik nak hujan.. hu..hu..

Istana di puncak bukit

Titis air hujan pun dah mula nampak kan.. kejap lagik terus hujan

aku buat apa kat Putrajaya yek??

Tuesday, August 11, 2009

Berkampung dan Kenduri


Sabtu 13 June tu aku balik kg.. kg parit yek, bertolak agak lambat coz Darin ada appointment dengan Dr Hoe kat KPJ. so condition dia oklah, next week tetap kena pergi Nursery... dalam pukul 11 lebih we all bertolak ke KG from KPJ, masa tu pun hujan renyai - renyai.. yang aku plak macam dah tak sedap badan je, selsema pun ada sket, tekak pun ada sakit sket..

Kalau dalam rumah, ni jelah aktiviti dia org

Goreng karipap untuk minum petang

sampai kat kg my sis and kawan dia ada, my SIL pun ada, they all dah siap masak tuk kenduri malam tuh... we all, terus makan tengahari... meriah sket bila dah berkumpul reramai ni, maklumlah family aku cuma 3 beradik je, anak pun tak ramai, my Brother je ada anak 4 org... and aku still sorang lagik yek...






sebelum balik tu, aku sempatlah beli karipap segera, buat minum petang, so petang tu pulut kuning pun dah siap masak, goreng karipap sket and buat air, time ni aku kenalah extra sket coz dah tak membantu sgt masa memasakkan...







time hias pulut kuning.. akak aku beria - ia nak deko pulut kuning tu, siap nak buat 2 tingkat.. aku pun tolonglah apa - apa yang patut, tp x berjaya, aku cuma tolong tengok and tolong amik gambar je..he..he.. aku budget pulut kuning tu utk mlm ni org nak baca Yassin ke hapa.. rupanya untuk Birthday Gal.. eh.. Birthday mama lah.. ya, birthday kakak ipar aku kan sama ngan Daniel.. dah memasing sibuk kat kg, xde sapa pun sempat nak gi beli kek wo.. so jadiklah dengan pulut kuning.. evergreen sket kan...







kanak - kanak bila di kampung akan buat keje memasing, yang pastinya kamera aku ntah kemana dia org bawak pergi, rupanya habis segala semak dia orang redah, suka hati koranglah, janji pandai jaga diri, Darin pun sibuk jugak nak join, tapi tulah, dia kan kecik lagik, walaupun ramai kakak - kakak and abang sepupu dia yang volunteer nak jaga, tapi sekejap je.. baik bawak diri memasing... kalau tak aku, daddy dia or bibiklah kena monitor and kak Aida yang rajin tengok and dukung dia..




selain tu, yang lelaki masih lagik menguruskan hal - hal luar, bersungguh memasing nak upil akar pokok rambutan tu, supaya kereta boleh masuk sampai ke dapur, jadik makin besarlah parking space, tapi x semua pokok rambutanlah, 1-2 pokok je we all tebang..




budak - budak sibuk main bola, itulah aktiviti budak lelaki kan, yang budak kecik plak, mainlah apa - apa yang patut..







menjelang lepas maghrib, ada yang dah sampai rumah, family we all yang lelaki kat Masjid.. so ada berjemaah kat Masjid and ada berjemaah kat surau... Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun ada kelam kabut sikit, maklumlah duduk umah kat kg tuh, kedai jauh, ada je benda tertinggal or terlupa nak beli...

selesai semua agenda.. aku pun settlekan periuk belanga yang besar - besar tu, so esok takdelah semak sangat tengok.. selsema tolak tepi, sebaba kalau x berendam dengan air pun confirm selsema jugakkan.. dalam kat kul 12, semua settle, aku balik tido kat Kuala Pilah.. my Bro + SIL tido umah mertua dia.. and tinggallah my mom, my dad, my sis sefamily and family kawan dia dengan bibik kat situ.. we all x tido situ coz katanya banyak nyamuk.. takpelah.. bagi dia org tido selesa sket kan... kang x cukup plak ubat nyamuk + katil + tilap + toto and etc..etc... fuh penat sekejap.. tapi tetap happy...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...