Followers

Wednesday, August 5, 2009

KPJ Day 4

hari ke-empat rutin macam biasa... hari ni cikgu Nursery Darin sempat datang melawat kita orang... selama 4 hari Darin kat situ... Alhamdulillah, makan ubat pun ok, walaupun mmg rasa cam nak gaduh je, tapi dia macam redha je bila aku nak bagi dia ubat..
bila nurse (dia panggil kakak) masuk bilik nak check suhu badan, automatik dia akan duduk terus atas katil and duduk diam - diam bila nurse tu check suhu dia...
tiap kali bila dah sampai masa untuk neb, dia akan pegang sendiri, ada satu masa tu, nurse tu tolong pegangkan untuk dia, dia rampas sendiri and terus pegang dengan sendirinya..
puji - pujian bertalu - talu plak kat dia... hhmm hanya mak bapaknya aje yang tahu, lepas semua orang keluar, Darin akan buat drama dalam bilik tau, itu tak nak, ini tak nak, tapi depan orang lain sangat behave.. sampai semua nurse pun sibuklah nak tengok Darin.. hish, aku plak yang rimas bila orang asyik keluar masuk....

aksi yang tak disedari

Selain dari Gas biasa... Pulmicoat ni kena bagi jugak cuma 1 hari 3 kali je kalau tak silap
Mak dengan Apak dari kampung pun sempat datang, actually dia orang memang sibuk minggu ni, tapi sebab dah tau Darin masuk hospital, dia pun tak sedap hati, so naik jugak KL, walaupun mak aku tu kaki dia sakit... yelah orang dah berumur, kerja kuat sangat, macam tulah.. then mak aku call mak sedara aku kat Seksyen 25 tuh.. petang tu jugak they all datang.. terkejut plak aku.. kena lecturelah sebab tak inform dia orang, bukan apa, we all tak nak nyusahkan dia orang sebenarnya... tapi terima kasihlah bebanyak sebab sudi melawat kita orang kat hospital ni, hilang jugak rasa sunyi di siang hari, kalau tak, bosanlah sesangat..

Tido je dia lepas bagi ubat

Time ni dia malas nak pegang sendiri
petang tu aku balik rumah hantar barang sket and akuhantar bibik gi klinik, susah ngat nak hantar, aku paksa jugak pegi klinik jugak kali ni, sebelum balik aku belikan makanan sesiap untuk dia dan untuk aku jugak.. dia pun cakaplah terima kasih bebanyak.. alah, benda bukannya susah pun, cuma tulah memula hantar x nak, dah teruk macam ni, baru rasa nak pegi, padahal we all dah nak hantar dah haritu, dia kata, xpelah, sikit je.. hhmm harapnya bibik sihatlah.. Insya Allah esoknya Darin dah boleh balik sebab demam dia pun cam dah takde sangat..


Layan dia main kat bahagian kanak - kanak

sampai bilik, Darin pun dah tido.. aku mandi, solat, makan sambil layan Jangan Lupa Lirik... pack barang sesikit dengan penuh harapan esok boleh balik rumah.. dah tak larat tau duk hospital lelama...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...