Followers

Friday, August 28, 2009

kita kena makan


Dah lama giler tak pergi The Curve, dulu masa kat office lama, dekat jugak, sometimes lunch hour mesti ke sana.. sekarang dah takde dah... huwwaa sedih sangat tu taklah, tapi once a while bila kena gi HQ, saje je aku merewang dalam OU kejap..sshhh... sekejap je, x lama pun..


kat The Curve korang perasan tak kedai Bubba Gump Shrimp Co. tuh... dah lama jugak aku perasan, ada jugak teringin nak pegi, tapi xde masa yang sesuai.. aku ajak husband aku dia tak mo.. dia kan tak suka sangat kedai pelik ni specially kedai western.. kalau kedai tu jual nasi, dia suka.. padahal dia suka udang woo... so pada satu ketika dan saat, dapat jugaklah aku pergi sini dengan opismate ku...


time nak order adalah time yang amat memakan masa, apa taknya, tak tau nak makan apa, nak pilih apa pun x tau, then nak kena pilih mengikuti citarasa semua pihak tau... yelah, nak makan sesama kan.. and we all masa tu 5 orang... aku serahkan je pada dia org, aku tak kisah pun janji boleh makan..he..he...


dah lama kita org tak keluar gossip - gossip cegini tau, yelah, kalau kat ofc tu mmglah bercakap tapi kenalah cover sket... so bila dah lepak sini, semua berborak tak hengat.. ni pun x lengkap ni coz ramai lagik yang takde... sedar tak sedar ada member aku tu dah belasah 6 tin air Light Coke.. ganazz tak.. aku rasa rugi tuan kedai tu letak "bottomless".. ha..ha..


penggunaan "run forrest run" dengan "stop forrest stop", aku ingat kalau nak amik order kita letak kat "stop forrest stop" rupa - rupanya terbalik, kalau nak order, kita pusingkan benda alah tu kepada "run forrest run", bila dia dah amik order, dia akan terbalikkan sendiri kepada "stop forrest stop".. ish, apa nama benda alah tu pun aku x tau....



apa - apa pun makanan situ ok aku rasa, sedap jugaklah, tak try lagik menu yang lain, tapi harapnya yang lain pun ok jugak.... BTW thanks to all yek sebab belanja gue makan - makan... takpe, gaji korang besar.. motif??? :D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...