Followers

Saturday, August 27, 2011

Imigresen on 19th Ramadhan

"bila nak buat passport Darin?" huwwa kena sound ngan husband sendiri.. macamlah passport aku hidup lagik.. kenalah buat dedua.. punyalah malas rasa nak keluar tapi kena jugak.. selesai bagi Darin makan, pack semua barang.. keluarlah dulu isi minyak VW.. then ke PKNS.. tapi jangan haraplah dapat parking.. then pusing lagik.. niat nak parking bawah SACC, bertutup.. cuba nasib jugaklah.. kalau penuh.. memang aku amik Valet Parking SACC je.. kuasa nak pusing abis minyak, sekali dapat pulak parking bawak SACC mall. sejuk hati..

sampai kat Imigresen pun dah pukul 11.. manusia.. sangat ramai... bau pun macam - macam.. rilek..rilek.. sabar.. puasa... pergi kaunter amik form.. then pergi kat tmpt amik gambar.. orgnya takde.. tanya ngan nyonya mesin photostat.. dia kata sekejap.. dia mintak ic ngan sijil beranak Darin.. and bayar RM2.. dia bawak pergi tmpt lain amik gambar dengan lagik sorang amoi.. huwaa.. selesa tempat tu.. amik gambar express untuk 2 orang, 4 keping RM22.. aku pun nak buat part time lah..


then amik tempat yang paling selesa untuk isi form.. belikan Darin Cloud 9 2 ketul supaya senyap.. selesai isi.. kembali ke tempat org ramai.. bagi form dan documents kat pegawai kauter utama.. dia bagi nombor... x sampai 5 minit.. dia panggil.. bagi form.. amik cap jari.. check thumb print.. paling mencabar nak amik thumb print Darin sbb dia keraskan ibu jari.. selesai kat situ.. suruh tunggu sampai kauter 6 panggil untuk pembayaran... yang ni lama sikit.. ada dalam 20  minit... selesai bayar.. dia cakap tunggu dalam 1 jam... skang pukul 12:07PM, so masa sesuai bawak Darin makan... terus menuju ke Mc Donalds..

suap bubur.. suap nugget and fries.. air ribena buatan sendiri dari rumah.. siap jumpa kawan lagik kat situ... boleh borak - borak.. xdelah rasa bosan dan terliur tengok fries, bubur dan nugget tuh...

dalam pukul 12:50PM, terus ajak Darin naik atas.. pergi kat kaunter nombor 1... baca arahan kat kertas tu.. macam confuse...
"Puan, saya nak letak resit kat sini ke?"
"Pukul berapa resit?
"Pukul 12:07PM"
"ohh.. bolehlah"



letak situ.. sampai tunggu nama dipanggil... selesai panggil nama aku dan Darin, lepas check semua nama.. lepas turunkan cap jari aku yang montok dan Darin yang comel... beredarlah 2 beranak meninggalkan perkarangan PKNS.. menuju SACC Mall... terus balik ke rumah... arrgghh penatnya... baring je kat rumah...


tepat pukul 4PM, kena bangun jugak masak 1 lauk.. tapi bukan untuk berbuka.. tapi untuk sahur.. sebab hari ni berbuka ditaja oleh ustaz Shukri.. eh.. bukan di taja.. Ustaz Shukri masak Nasi  Arab.. penduduk taman yang muhibah ni order jer.. husband aku order 2 tupperware.. 1 dia buka kat surau.. lagik 1 aku buka kat rumah dengan Darin.. sedap..


oh ya.. x lupa kuih badak berendam version no 3.. dulu kan ada cerita 2 version.. tapi dalam FB kot.. ni kira macam ori sikitlah cuma rupa bentuk dia tak cegini.. tapi belasah jelah.. daripada takde kan....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...