Followers

Thursday, February 21, 2013

Little tiny story

Hai semua, lama betul sunyi sepi. Ada rasa nak update blog tapi asyik terbantut je. Cerita pun jadik tunggang - langgang. Tambahan pulak skang ni keadaan tak berapa mengizinkan untuk aktif sangat berblogging. Tapi tetap jenguk blog kawan - kawan and sempat jugak tinggalkan komen.

Now dah masuk pun 3rd trimester. This week should be 30th weeks.. woohoo.. dah tak lama sangat kan. Dulu masa memula pregnant teringin nak ambil gambar every weeks, nak tgk perkembangan diri - sendiri. Tapi bila teringat 2 peristiwa lampau, taknaklah hebah - hebahkan sangat. So baru - baru ni je terasa nak ambil gambar itu pun sebab nak send kat member - member lama.

me @27 weeks of pregnancy

So now of coz badan dah makin berat. Selalu sakit pinggang. Duduk dekat office lama - lama pun perut jadik senak sebab si kecik kat dalam ni tak taulah apa yang dia buat. Kejap rasa keras kat sana, kejap keras kat sini... fuh... fuh.. tarik nafas panjang je. Kalau panas jangan cakaplah. Kalau air-cond tu tak terasa, mcm tak sempurna jadiknya... pengsan.

Persiapan untuk diri and baby adalah sangat di tahap minima. Orang semua carik awal - awal. Tapi kes kita org dah 7 bulan baru nak carik. Kononnya tak nak excited sangat. Padahnya, aku sendiri yang tak larat nak jalan dekat Mall, sebab sakit tu ke bawah.. adoi ler... adalah dapat baju sikit untuk baby and a few things hari tu. Itu pun tak boleh lelama, sebab sapa pulak nak membawak barang banyak - banyak. Now terfikir nak beli online je kot. Senang dan mudah. Hanya di hujung jari je. Yelah kenkadang terpaksa jugak buat cegini, so takdelah nak paksa husband keluar semata - mata nak carik something, end-up tak jumpa pulak berkenan, tapi duit tetap habis sebab si kakak tu berkenan dengan mainan. Hmmm selalunya macam tu lah..

Pasal persiapan baby ni memang we all kena start dari mula. Macam sambut 1st baby. Bukan sebab semuanya nak serba baru tapi tulah.. dah ditakdirkan macam tu.. Selama 5 tahun duk simpan baju baby and kelengkapan untuk baby nak guna and also myself, akhirnya we all sedekahkan ajer pada yang lebih memerlukan. Bantal, baju maternity aku sekali, baru baby and banyak lagik. Semua tu masa bulan puasa tahun lepas. Kononnya, redha jelah kalau memang dah ditakdirkan hanya Darin je penyeri hidup kami. Tiba - tiba.. aik.. dalam bulan puasa jugaklah Allah nak bagi rezeki. So rezeki adik Darin jugaklah kena beli semua benda baru. Adalah barang lama macam stoller, bath tub tu ada lagiklah. Car seat pun aku dah jual murah je kat orang lain.

So harapnya lepas ni dapatlah settlekan apa - apa yang tak lengkap sebelum tiba tarikhnya. hhmmm serius takut jugak ni. If korang ada nak rekomen tukang urut/ confinement lady, aku memang sgt - sgt memerlukannya. Kalau boleh yang boleh datang rumah, jaga aku and jaga baby sekali.

Oklah you all. stop dulu. Kalau ada masa aku coret - coret lagik kat sini.

Adios...

8 comments:

6ky Angel said...

tahniah and semoga dipermudahkan segala urusan

-yani

mikamusz said...

Thx Yani

mama_onie said...

Jeng jeng jeng... baru nampak gambar mommy dan perut.. good luck Musz

mikamusz said...

thx mama_onie.. dengarnya org tu pun dah ready.. so apa lagik.. cepat - cepat kayuh

yana said...

6 thn lama tu..mmg kena cari brg2 yg baru..nanti bila nak dukung baby lagilah..mesti mcm kekok.. Aku yg selang setahun dua pun kdg2 lupa..eh camne ek nk pegang..nak mandi baby..setiap kehamilan..setiap kelahiran semua berbeza..itulah anugerah yg plg bernilai..x kira berapa jumlah ank kita..tp itulah istimewanya!

mikamusz said...

Hi Yana..... semua pun macam baru. Harap si kakak boleh terima adik seadanya. Banyak sgt persiapan yang kena buat. Inilah bahanya kalau buat persiapan saat - saat terakhir. Insya Allah, buat takat yang termampu dulukan. Setiap anak yang lahir memang berbeza. Harap sangat tak takut nak mandikan dia.. huhuhu

mekchu said...

amek gambar banyak2.. utk koleksi peribadi.. masa 1st aku ada 10 keping je.. sbb tu 2nd ni lebih 100 keping.. hahaha.. InsyaAllah semua akan selamat..

jgn lupa amek barut baby tau..

mikamusz said...

aku rasa macam lagik x byk kot gambar masa 2nd baby nih... barut.. of coz.. nanti aku inform na..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...