Followers

Thursday, January 17, 2013

Akhirnya

Kes gigi Darin dah lama sangat goyang, sebab gigi baru dah tumbuh. Mula - mula nampak sebatang je, then nampak lagik sebatang. Means dah 2 batang gigi baru tumbuh. Sebab tulah gigi susu dia dah mula goyang.
Dia takut sangat nak goyangkan gigi dia. Ntah macam mana agaknya tadi. Lepas balik sekolah, sambil tengok cerita kartun, agaknya dia main gigi dia, tetiba akar gigi tu macam dah terkeluar dari paksi, tercucuk gusi and darah sikit. So dah mula nangis, cakap sakit. Lari kat mummy, lari kat daddy sambil cebik - cebik muka.. Alahai anak...

Mummy macam biasalah, hati kental, amik tisu nak cabut gigi dia. Siap pujuk semua.. alahai, sekejap sangat dapat cabut. Now tak taulah apa dia buat dengan gigi tu. Daddy dia cakap buang je. Kalau mummy masa kecik - kecik lambung atas bumbung rumah.. .. Dia kata dia nak simpan gigi tu sebab sayang. Alahai, takkan nak simpan semua gigi yang tercabut nanti. Pelik pulak lah...

So next, nak kerjakan gigi yang sebelahnya pulak. Harap - harap takdelah drama airmata sangat...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...