Followers

Monday, December 12, 2011

MY GREAT CUTI - CUTI CINTA

 walaupun tak mengenali puan stoberi secara hakiki, itu bukan penghalang sebab suka join contest tak kisah sesapa sebab semua pun kenangan...

sapa nak join contest puan stoberi boleh baca details kat blog dia... sangat terang dan jelas.. apa - apa pun, pastikan korang antara follower dia.. oklah pn stoberi,

ini kisah my great cuti-cuti cinta saya yang terkejut dan mengejut... semua bermula di sini..

16 tahun yang lepas.....
"sayakan kalau boleh teringin sangat nak honeymoon kat paris, nak pergi tengok Eiffel Tower dengan husband saya" itu kisah cinta monyet 16 tahun lepas...  ex-bf kisah monyet tu pun dah takde dalam hidup dah.. hehehe...

Berkahwin dengan my cinta sayang, we all honeymoon ke Sarawak. Bila pergi rumah kawan sepelajarannya yang baru balik honeymoon dari Paris... jealous kat situ bukan kepalang... sejak AA selalu promo tambang murah, asyik duk zikir sebelah telinga dia nak pergi oversea... kalau boleh Paris

orang kata angan - angan tak jadi kenyataan, disebabkan angan - angan tu free so terus sahaja berangan. Tapi kalau berdoa... Insya Allah.. itu yang terjadi..

"Bie, orang kena pergi Belgium weekend ni" huh ni ayat penyata dia awal October lepas, sedih kena tinggal lagik, kali ni takde sapa teman... tapi tetiba... TING..."ebi ngan Darin datang sana nak?" huwwaa... macam tak percaya, walaupun pengorbanan besar perlu dilakukan iaitu cuti dan duit...  beli tiket mengejut, amik cuti mengejut... itinerary mengejut.. Persediaan semua kena buat sendiri, baju sejuk Darin, tukar duit pound dan euro, siapkan barang, semua sendiri.. terus rasa diri - sendiri sangat great, dalam tempoh 3 minggu, sibuk keje, uruskan rumah, dapat settlekan semua benda seorang diri

Tibanya hari 3 Nov, maka bermulalah percutian The Great kami, terbang dari KLIA, transit di Amsterdam, akhirnya sampai ke Brussels Airport.. bersama anak dara tercinta yang sangat behave dalam flight.. syukur tak banyak kerenah masa kat atas udara, kat darat, dah tak kisah dah.. Percutian selama 9 hari 9 malam saya cuba ringkaskan sehabis boleh.


Di Belgium, kita orang meredah ke Avenue Louise untuk carik branded outlet, train station terdekat adalah Louiza. Sangat banyak outlet cuma mungkin tak teratur di tempat yang sama. Kalau kena pada musim, memang banyak diskaun. Kalau ada masa boleh pegi Factory Outlet di Maasmechelen Village. Boleh naik bas dari hotel tertentu atau dari Place De Brouckère yang memakan masa 1 jam lebih. satu lagi di Rue Neuve, dalam 300m ke utara dari Grand Place, dekat dengan Brussels-North station. Kalau nak rasa Belgium Waffle yang sedap, boleh dapat kat Mannekken Pis dengan harga bermula 1 euro.


Gare Du Midi adalah stesyen keretapi utama kat sini. Kalau ke Amsterdam, boleh pilih sama ada naik train laju atau biasa, and kita orang pilih naik train biasa yang makan masa 2 jam, sama macam naik kereta. di Amsterdam, kita boleh naik river cruise. Kat sini ada perkhidmatan sewa basikal. Muzium kat sini ada kat celah kedai, means bukan building utama, macam Vodka Museum dan Sex Museum. Selain tu boleh pergi ke Madame Tussaud's untuk tengok patung - patung orang glamour. Kat celah bangunan sangat banyak kedai boleh shopping. Kasut kayu, kincir angin, bunga tulips memang perkara wajob untuk di beli. Kalau nak cari Hard Rock Cafe, agak jauh dari Amsterdam Centraal, jalan kaki memang jauh tapi ada banyak tram yang kita boleh naik. Jangan terkejut kat tengah - tengah ruang legar ada tempat orang kencing berdiri.


Untuk ke London, masih naik train di Gare Du Midi dengan perkhidmatan Eurostar terus ke St Pancras Station, London. First time nak naik train laju meredah bawah lautan ari Belgium ke Kota London. Jejak kaki di London, dah nampak logo Olimpik  yang bakal berlangsung 2012. Awas, jangan amik gambar kat area imigresen, dia akan suruh kita delete gambar tu...



Rasa macam tak percaya, jumpa Justin Bieber masa hari pertama kami sampai Westfield, shopping complex paling dekat dengan rumah kawan kami, tapi tak dapat tengok secara life sebab orang sangat ramai lepas tu siap tutup sekeliling pentas, cuma tengok ikut tv je. 2 hari seterusnya memang kejar masa. Hari kedua sahaja sedar tak sedar kami berjalan kaki selama 7 jam bermula dari Trafalgar Square dan National Museum, ke Parliament House dan Big Ben. Merentas Westminster Bridge, terus naik London Eye. Berjalan sepanjang Thames River menuju ke South Bank, sempat singgah office lama (IBM), singgah Waterloo station yang husband excited sangat tak tahu kenapa, dan terus ke London Bridge dan Tower of London. Penat terasa bila kaki mula sakit, itupun nak sampai rumah. Sambil tu beli souvenir bila nampak kedai yang menarik, tapi janganlah darab dengan 5 ye, memang apa pun tak boleh beli. Esoknya sambung ke Green Park, Hard Rock Cafe, Buckingham Palace, Harrods dan Bond Street, syurga wanita. Royale Albert Hall tu ada di sepanjang perjalanan kami dari rumah ke knightsbridge. Hanya sempat snap gambar dari atas bas je. Rasa memang tak puas sebab tak sempat nak pergi luar dari London dan jugak River Cruise.Berharap untuk dapat naik River Cruise kat destinasi seterusnya... PARIS.


Seawal subuh kami keluar dari rumah untuk naik train laju dari St Pancras Station London ke Gare Du Nord Station, Paris. Perjalanan lancar, tapi bila sampai di sana, ujian memang banyak, dah tentu orang - orang mereka yang tak fasih berbahasa Inggeris. Great dia orang dengan Bonjour dulu sebelum nak cakap english, kalau tak, dia orang tak layan. 1 lagi perkara baru yang perlu dipelajari. Mencari hotel memang adventure, sebab tak sangka ada 2 station nama seakan - akan sama, iaitu La Defence, hotel kami dekat dengan Esplanade La Defence, penat jugak tanya orang sebab dia org pun macam confuse, tapi jumpa jugak akhirnya. Marathon beli makanan, marathon check-in hotel, solat and keluar balik, bermula dengan naik train menuju ke Arc De Triomphe, jalan kaki untuk shopping di Champs-Elysées, bersambung lagi naik train ke
Hard Rock Cafe dan Galeries Lafayatte.


Kononnya nak tunjuk hebat nak jalan kaki ke Museum De Lovre, tapi akhirnya tewas, we all amik teksi je.Dah cakap dengan husband "Eiffel Tower malam yek.." hahaha, nak feel punya pasal, kita orang jalan kaki dari Museum De Lovre ke Eiffel Tower, korang jangan buat yek, dah lah jauh sebenarnya, rasanya dalam lebih 40 minit jalan kaki, rasa macam sekejapkan, tapi kita orang kesuntukan masa... akhirnya sampai jugak saya ke kota cinta dengan suami, macam yang duk berangan 16 tahun lepas, bolehlah melayan perasaan sekejap, cuma sayangnya, tak sempat nak naik river cruise, last tiket pukul 8.45pm, tapi apa yang dah ada depan mata dah cukup bersyukur dah, angin malam tu sangat sejuk, tak izinkan kami duduk lama - lama, terus cari teksi pulang ke hotel.



Destinasi terakhir kami, dunia impian kanak - kanak, Disneyland. Walaupun pada awalnya sedikit panas dengan kesilapan teknik yang tak tau salah sapa, tapi kami happy bila sampai Disneyland. Dapat hotel sangat besar dan selesa, 1 katil queen, 2 katil single dan 1 katil double decker. Memang seharian dekat theme park je, tapi itupun tak dapat nak naik semua sebab setiap 1 permainan kena tunggu antara 30 minit hingga 1 jam. Tempat makan ada kat dalam Walt Disnet Studio. Ada makanan vege yang kita boleh makan. Lepas makan jangan lupa buang makan dan letak tray di tempat sepatutnya. Selain dari itu, boleh pergi kat Disney Village, pun banyak empat makan, tapi lebih baik bawak makanan sendiri sebab ramai orang. Acara wajib kena tengok adalah perarakkan kartun Disney di Walt Disney Studio pada siang hari macam toy story, Lilo & Stitch, Mickey, Minney, Daisy Duck and Donald Duck dan banyak lagi.Dan malam harinya perarakkan di Disneyland Park, semua character macam Snow White, Little Mermaid, Alladin, dan banyak lagi. Park dibuka seawal 10 pagi sampai 7 petang untuk Walt Disney Studio, dan Disneyland sampai 10 atau 11 malam kalau tak silap.


Panjang sangat kot Pn Stoberi, sorry yek, ok ini info pasal transport, penginapan dan etc
Perjalanan dr KL-Brussels (return) by KLM
1. Tiket KUL-BRU-KUL - percuma
2. Tiket KUL-BRU-KUL me dan Darin - RM7813
3. BRU (Gare Du Midi) -AMS (Amsterdam Centraal-BRU(Gare Du Midi) (by Intercity train) - 105 euro
4. BRU (Gare Du Midi)-LONDON (St Pancras) (by Eurostar train) - 127 pound
5. LONDON (St Pancras) - PARIS(Gare Du Nord) (by Eurostar train) - 105.50
6. PARIS (Any metro mentioned below) - DISNEYLAND (Marne La Valle) (Paris RER/METRO) - 17.20 euro
7. DISNEYLAND (Marne La Valle) - BRU(Gare Du Midi) (by TGV train) - 74 euro
8. Shuttle from hotel to Disneyland is free.

Metro/Tube/Bus
Belgium - 1 card can use up to 10 peoples, reduce ikut perjalanan.
London - guna oyster card, capping rate 8 pound unlimited journey sehari by tube and bus, bebudak free bawak 11 tahun
Paris - 9.60 euro, bebudak free bawah 3 tahun

Accomodation:
Brussels - Free
London - Free
Paris - Ibis Hotel La Defence 92.72 usd
Disneyland - Explorers Hotel 162.60 usd

Entertainment :
Disneyland ticket - 149.58 pound (2 adults and 1 child)
Mini Europe ticket - 33 euro (2 adults and 1 children)
London Eye ticket - 46.74 pound (2 adults and 1 child (below 4 is free) 10% discount through online
Arc de Triomphe ticket - 16 euro (2 adults, below 18 is free)

Harga ada dalam usd, euro dan pound sebab beli online, then compare mana yang murah. Hampir 11K perbelanjaan untuk kat atas ni tak termasuk makan, minum, souvenir dan perkara remeh - temeh. Kalau kena gaya, ada tiket yang boleh dapat murah lagi.

TIPS:
1. Jangan pergi disneyland hujung minggu atau pada cuti special di europe.
2. Ada 5 station je yang boleh transit dari mana - mana metro ke Disneyland, Charles de Gaulle Etoile, Auber, Chatelet Les Halles, Gare de Lyon, Nation. Jadi transit di salah 1 station sahaja.
3. Tak semua station sangat stroller friendly sama ada London, Brussels dan Paris, jadi bersedia dari awal.
4. Di tube station Bond Street ada kedai Tie Rack selain Bayswater.
5. Carrefour di Brussels ada tanda halal untuk ayam, daging etc.
6. Tiap kali membeli - belah jangan lupa mintak form untuk VAT.
7. Makanan halal di Brussels, London dan Amsterdam takde masalah, banyak kedai tulis HALAL, tapi susah sikit kat Paris, tapi di Esplanade La Defence memang ada 1 kedai halal. Kalau pergi Starbucks atau mana - mana kedai, setiap sandwich yang ada tulis "vegetarian" korang memang boleh makan.
8. Pound hanya boleh di pakai di London sahaja.
9. Kalau bawa anak, siapkan surat beranak atau apa jua dokumen berkaitan sekali walaupun dia orang tak faham bahasa melayu. Dia takut kita culik budak.
10. Hari Ahad kedai banyak tutup, elakkan shopping pada hari tersebut.

Harap Pn Stoberi happy baca entry ni. Seronok dapat share dengan semua orang apa yang saya rasa sebab saya sangat suka baca cerita perjalanan percutian orang lain.

Kalau sapa - sapa yang nak tanya apa - apa nanti boleh tanya ok. Jangan segan tau. Hadian Pn Stoberi sangat tempting, walaupun hadiah tempat ke-5 hingga 10.. Baik hati betul Pn Stoberi. Tapi kalau tak menang pun takpe, hope sangat semua dapat sikit info yang tak seberapa ni.

Ok. Untuk Soklan seterusnya, ini jawapan dia. Harap betullah yek:
1. Cuti the great Januari - Kundasang, Sabah.
   Cuti the great Julai - Cameron Highlands kat Pahang
   Cuti the great October - Hong Kong


2.Saya suka baca blog pnstoberi kerana.. dia rajin tulis blog dan yang penting penulisan dia sangat jujur, bila baca je, macam dah boleh feel macam mana cara dia tulis, macam dengar dia cerita depan - depan, padahal jumpa pun tak pernah kan. Tapi bila masuk bab merapu tu macam syok jugak, kenkadang tak fikir pun.. terus "ting" eh boleh pakai jugak idea pnstoberi ni.

Oh ya, Happy Anniversary Pn Stoberi and hubby, 
and happy birthday to you and me....

4 comments:

mekchu said...

berpinar mata aku baca.. mata pn.stoberi tatau la mcm mana..

psttt.. sila kasik muzs ni menang tau.. ehh tak, kalo mekchu 1st, muzs 2nd.. hahah sbb dia classmate-unimate & matrixmate mekchu :)

PUANSTOBERI said...

Yuhu... baru berkesempatan masuk sini. Owhh... muzs kawan Mekchu yer. Hihiks..

Oke, sedia utk dinilai. Blum baca lagi ni. Sbb nak feel lebih baca kat umah kang.

By d way, tenkiu muzs sudi join.. and slmt berkenalan utk kita. Ecewahaahaha... :D

mikamusz said...

sue.. hahaha.. lawak lah ko ni...

pn stoberi... mekacih...and selamat berkenalan...

Zana Adieyza said...

gud luck!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...