Followers

Wednesday, December 7, 2011

Europe Trip - Brussels Airport... Rogier... Louiza

all out entry untuk hari pertama sampai kat Brussels... lepas je di sambut mesra oleh hubby/daddy tercinta... lari - lari turun carik train station. Train station tetap dalam building yang sama dengan airport.. cuma "Tuan Rumah" lupa nak ikut jalan mana, sebab masa naik ikut pintu lain, turun ikut pintu lain. Kalau nak ikutkan, naik teksi lagi senang, tapi takpelah, naik train kat tempat orang best jugak...

Dari Brussels Airport ada 4 train dalam 1 jam yang akan bawak kita ke Brussels Gare Du Nord Station(North Station), Brussels Gare Du Midi Station(Midi Station) dan Brussels Gare Central Station(Central Station), Central. Kalau nak dekat, we all turun Midi then transit amik Line 2 atau Line 6 pergi Rogier, tapi end-up we all turun kat Central sebab dari situ pun boleh jalan kaki terus sampai Apartment. Kalau jalan kaki makan masa dalam 15-20 minit kot. Memula macam, adoi, sure letih ni, dahlah jauh, tapi bila dah jalan, tak rasa sangat sebab cuaca sejuk, matahari pun segan nak keluar. Jam pun baru pukul 11 lebih, ibarat macam dah 2 petang je.


Sampai kat Apartment, pertama sekali, confirm nak mandi, dah berlengas berejam kat dalam kapal terbang, yang paling seronok Darin sebab mandii air panas dalam bath tub, punyalah lama dia berendam sebab syok sangat, sampai kena bebel dengan kita orang sebab nak rushing makan and keluar jalan.

Menu tengahari... Pasta Goreng Special daddy.. haha, bertambah - tambah Darin makan, hubby risau sangat tak dapat masak siang tu sebab pagi tu dia keje lagik, tapi kat rumah je, so dia masak malam and simpan dalam fridge, panaskan balik dalam microwave... hhmm ni yang best dapat apartment, feels like home... ruang tamu sangat besar, ada 1 couch je, 1 meja and selai carpet, meja makan untuk 4 orang makan.. Tingkapnya sangat tinggi dan besar, macam nak pengsan bila nak bukak dan tutup. Dalam rumah heater sentiasa terpasang sbb nak panas and nak cepat keringkan baju, bila rasa panas or nak masak, bukak tingkap. Oh ya, 1 benda je yang kurang, washing machine dengan dryer, sebab tu basuh baju, perah kuat - kuat and jemur sebelah heater.



Perjalanan bermula dalam pukul 1.30petang, aku request nak pergi yang jauh dulu, sebab yang dekat nanti boleh pegi. Alasan sebenarnya, nak pergi  shopping.. haha, dah hubby sendiri mention kat situ segala benda ada, nak lah tengok and merasa masuk kedai mahal dengan senang - lenang. Bermula naik train dengan ROGIER, We all patut turun kat Louiza. Naik train Line 2 menuju ke SIMONIS, tapi we all naik train sudah terbalik, track yang we all pergi dah betul, tapi dua - dua train memang menuju ke SIMONIS, cuma 1 akan melalui LOUIZA, tapi lagik satu akan ikut jalan lain, macam kat bawah ni. Bila sampai SIMONIS, turun balik and naiklah balik train yang sama, menuju ke LOUIZA, tapi we all turun 1 stesyen sebelum LOUIZA which is MUNTHOF. Dekat dalam train ni, petunjuk jalan akan ada 2 bahasa, Dutch atau French, so dedua pun boleh guna, Belgium takde bahasa sendiri. Train dia orang pulak jenis yang kena bukak dari dalam, sama ada kita tekan button bukak, atau kena tarik pemegang kat pintu, means, kalau takde penumpang yang nak turun, pintu tak akan terbukak, so penumpang yang nak naik kena tekan button atau tarik handle.





Keluar dari Metro, terus nampak Hector Chicken, dia selalu makan kat kedai ni , katanya halal.. then terus jalan lagi.. mata tak berapa nak sedap, maybe nak sesuaikan dengan keadaan cuaca, nampak macam kabur je.. ish tak best pualk, sambil tu jeling - jeling kedai... dia kata ada banyak lagik... kat sana ada itu.. kat sana ada ini.. hhmm boleh masuk ke semua yek..

 mana korang nampak dulu, yang atas atau yang bawah



jalan - jalan then nampak orang jual Waffle, macam dah faham je, terus beli 1... walaupun dia cakap kat Maniken Pis lagik sedap, takpe, try yang ni dulu..


We all decided masuk Zara dulu, nak panaskan badan sekejap, dalam Zara boleh nampak bubble jacket untik kids baru 25 euro... aku beli kat KL brand tak tau dari mana pun dah RM169, tapi kalau tak beli jugak, nanti Darin nak pakai apa.. tu tak masuk aksesori lain... banyak berkenan baju budak tapi tak beli banyak pun, selai baju, selai seluar, 2 set stokin yang murah, 1 set tu tebal, lagik 1 set tu 2 pasang, setiap set rege cuma 4 euro and siap ada gambar Hello Kitty... turun bawah tgk ada t-shirt yang berkenan, terus grab 3 helai untuk diri - sendiri, 1 dah confirm nak pakai terus, lagik 2 tengok dulu macam mana..



keluar lagik dan we all masuk shopping complex mana ntah, sebab Darin merengek nak mainan jugak, masuk dalam tu rasanya kita org pulak yang terlebih excited. Kalau korang selalu pergi TRU, ada jumpa set masak - memasak yang ada dapur kan, selalunya dia akan buat ikut tema macam Mickey ke, atau Disney what ever, but the best thing kat Toys department ni, dia jual Vacuum Cleaner, Microwave, Set barangan memasak yang ada jenama Bosch, Electrolux,  Kenwood and banyak lagik... harga pulak... kalau ko convert duit malaysia pun tak sampai RM100, and barang tu dia buat dah nak dekat sama dengan actual size, tapi size budak - budak... barang mainan yang lain pun dalam harga 20 euro, 15 euro, means, tak de nak kena keluarkan duit sampai 150 euro untuk 1 barang mainan, macam kat sini, means, dolar to dolar memang sangat berbaloi... ibarat macam gaji RM3000, ko kena keluarkan RM150 untuk beli mainan anak, tapi kat sana dengan 3000 euro, ko cuma keluarkan 50euro untuk barangan yang sama..



adoi.. meleretlah pulak... ok keluar dari shopping complex sebab dah rasa bahang sangat, we all cross jalan nak masuk Longchamp untuk beli barang yang di pesan.. elok je masuk kedai, Darin dah rasa mual - mual, maybe sebab bau kulit tu dia rasa sangat tak best, so aku belek barang sorang - sorang, beli sorang - sorang.. hhmmm customer memang tak ramai, tapi style dia org memang macam tu, kalau orang tu just penyambut tetamu, dia takkan jadi salesperson, so kena tunggu available sales person entertain kita.. kat situ je dah makan masa... keluar dari Longchamp, tengok - tengok Darin dah muntah pun, nasib baik ada bawak plastik...

 Baru beli terus pakai sebab sejuk sangat dah

selesai kat sana, we all jalan lagik, tengok bangunan Parlimen, cuaca pun sejuk jugak, maybe sebab aku dengan Darin baru sampai so rasa sejuk tu menggigit kulit jugak... Darin sampai malas nak jalan, duduk je dalam stroller, nak ajak bergambar kat luar pun tak mau, penat pujuk, bekalan makanan sentiasa bawak, mana tau kalau dia tiba - tiba lapar, just grab and eat.



Then we all menuju ke Metro stesyen Louiza, betul - betul depan Metro tu ada branded outlet, so hati memuncak nak masuk Chanel, baru masuk dalam 5 minit, sekali lagik Darin cakap nak muntah, hah sudah, berlari we all keluar, and sekali lagik dia muntah, alamak, susah hati jugak ni, takut dia salah makan atau apa, tapi apa yang we all makan dia makan jugak, so aku cuma memandang dari jauh kedai LV, SF, Dior, Versace dan yang lain - lain.... terus turun Metro amik train balik Rogier balik, siap warning mister husband, jangan salah train ha...




 oh ya, aku tak beli tiket sebab husband aku dah beli pass berjalan siap - siap, tapi aku pun tak faham berapa ringgit dia beli, dengan 1 tiket, dia cuma masukkan kad tu kat 1 mesin sebelum naik train, kalau berdua, kena masukkan kad tu 2 kali, nanti kat tiket tu akan tulis berapa je baki perjalanan, kalau lalu kat stesyen besar macam Midi, nak keluar masuk stesyen ada macam pintu, so sekali masukkan tiket, pintu bukak, aku jalan dulu, then bila pintu tutup, dia masukkan lagik, and dia pun jalan..


sampai je Rogier, terus pergi Carrefour, nak beli air untuk minum, husband aku beli Evian dengan coke kat sini sebab harga sangat murah dari kedai luar, cari susu putih untuk darin sebab dia nak minum, Alhamdulillah dalam train Darin tak muntah langsung, tapi ntah mana silapnya, dalam Carrefour tu, tetiba dia batuk and muntah lagik, tapi macam air je, tak cakap banyak, aku terus keluar, husband aku bayar laju - laju and balik..

 dari Shah Alam sampai Brussels, Carrefour tetap jadi pilihan

tapi tak jugak, kita orang kena singgah kedai halal sebab nak beli dinner, beli 1 set nasi beryani ayam, dengan 1 set fries dan air oren minute maid dengan harga 12 euro.. mahal ke? kalau tengok hidangan fries dan nasi tu depan mata, memang 3 orang boleh makan, sebab tulah we all makan berdua malam tu tak habis..

nasi beryani untuk 2 orang makan berulang - ulang

malam tu bersengkang mata jaga Darin, asal masuk makan, muntah, asal masuk air je muntah... aku pun susah hati dah,  sapu minyak telon, sapu vicks semua, buat susu panas, nak bagi perut dia tak kembung, bila aku ada dengar bunyi angin dah keluar dari badan dia baru aku lega.. Insya Allah nanti sihatlah ni.. tapi disebabkan aku kan jet lag, so aku tido lagik awal, so husband aku yang temankan Darin.. pukul berapa dia orang tido, aku pun x sure...

2 comments:

mekchu said...

mencabar betul perjalanan korang anak beranak nak jumpa daddy :)

kalo aku, belum tentu berani nak naik flight 2-2-an gitu..

mikamusz said...

sue, tak cuba tak tau, aku pun try and error.. Insya Allah doa bebanyak, musti boleh.. mama-chu kan superwoman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...