Followers

Friday, December 2, 2011

Kenduri di desa dan durian kampung

Dah lama tak balik kampung.. eh.. tak tipu jugak.. seminggu sebelum pegi Europe pun aku dah balik kampung.. tapi masa tu balik sesaja... kali ni balik ada agenda...

 kaum hawa lepak dulu sementara tunggu majlis bermula

 khemah nak seketul.. cukup - cukup untuk semua orang berteduh

Skang musim cuti sekolah, sana - sini pun orang buat kenduri - kendara.. kita org pun buat kenduri kecil - kecilan.. tapi untuk 2 agenda besar... 1st, anak bujang kakak aku nak bersunat.. yeha.. selangkah ke alam bujang.. giler ko tak sunat.. tak macho tu.... and 2ndly... Alhamdulillah, abang and kakak ipar aku selamat sampai dari menunaikan haji... tarikh asal nak buat 20 Nov, which is hari ahad.. then aku yang suggestkan amik tarikh minggu ni, sama ada 25 atau 26.. and kebetulan kan cuti 3 hari and abang aku sampai dari Mekah Hari jumaat 24/11/2011 pukul 1 pagi....

 mak - mak sedara dengan anak buah cam sama besar jer... yang pasti.. pakai baju melayu grey tu dah selamat bersunat 1/12/2011

 anak dara I yang tak pernah lekang dengan Stitch sejak berjumpa di Disneyland

ok... jemput takdelah ramai, keluarga terdekat.. jiran terdekat.. rakan terdekat, semua yang dekat - dekat jelah... ada jugak jemput orang jauh, tapi kami faham, cuti - cuti panjang ni banyak agenda.. sapa datang.. dapat makan... sapa tak datang.. meh tengok gambar je okeh..

 ok... cik abang I tengah test lauk.. sayangnya takde lauk gulai @ Asam Pedas

mula acara pun pukul 11 lebih... mulai dengan bacaan Yassin, doa.. and then makan... sapa yang nak bersunat tu, kena jumpa tok Imam, mana tau kot - kot ada doa boleh kurangkan sakit.. tapi budak zaman skang cakap sunat dah tak sakit.. kalau dedulu, sure ngilu, kalau nampak ada orang amik batang pisang... dah tau dah ada budak nak kena sunat.. kalau dedulu, siap bebudak ni terjun sungai, berendam lama - lama... kata orang - orang tua.. "biar benda tu cepat sejuk" ibarat macam ubat biuslah konon.... and berpantang confirm lama.. skang ni aku tengok hari ni sunat, esok dah pakai seluar... "eh aku tengok dari luar je... dalam tak yek"

 Kaum hawa pulak amik turn

" Darin dah makan?" 
"dah..."
"sapa suap?"
"Adli".. yang pakai t-shirt biru

oh ya... semua masa pun katering je, mak ngan pak aku faham, anak - anak dia ni tak berkesempatan nak cuti panjang, aku pun baru je menghabiskan cuti yang memang ngam - ngam je, sapalah nak siapkan barang - barang, tambah pulak skang musim hujan, aktiviti terbatas sket... lauk yang diorder.. majoriti cakap ok, sedap dan berbaloi... mak order untuk 150 orang makan, tapi aku tengok, lebih dari tu... bekas nasi je dah 3 bekas... aku tengok kawan aku order Nasi Beryani untuk 100 orang makan pun dia bagi 1 bekas besar je... ni we all dapat 2 bekas nasi minyak and 1 bekas nasi putih... tapi rezeki tu, kita share sesama kan.. dapatlah semua orang bawak balik.... yeay.. yang tu aku suka... dia org datang makan, and dapat balik, sekurang - kurangnya, dah hilang penat datang dengan bawak balik lauk untuk makan malam kan...

 abang aku yang pakai baju putih.. Haji Cik Mat... di pendekkan... Ji Mat... jimat....

 my SIL yang pakai baju hitam tu.. Hajjah Nor Latifah

bab makan semua settle, dalam pukul 2 lebih semua orang dah beransur balik... and time yang paling sesuai, my in laws datang dengan cucu dia 2 orang, Aqish and Daniel.. time ni pun hujan baru turun, sebab tulah ada khemah jugak masa hari kenduri.. elok reda je hujan, mulalah aktviti kopek buah durian...

 ada sesapa kenal ni?? sila bukak Astro Awani..

mak aku simpan sikit punya banyak, since hari rabu atau khamis.. selalunya kalau ada buah banyak, and takde sapa balik hujung minggu, memang mak aku jual je... ni sebab we all balik so dia simpan.. itupun kakak aku 1 family dah selamat kendurikan sebahagian buah pagi jumaat, dia orang sampai awal weh....

 my BIL yang mendukung mandat kopek durian "saya yang menurut perintah apak"

macam biasa.. abar ipar aku akan amik tender kopek durian.. ini memang orang no 1 kopek durian selain ayah aku.. abang aku dah lama bersara kopek durian... hehe.. biasalah, dia anak bujang je ada 3, confirmlah anak bujang dia pulak kena belajar kopek durian, jangan sibuk nak shuffling je... hensem sangatlah tu..

 yang kopek sorang, yang lain makan sajork

nampak macam sikit je yang dah terbukak tukan.. ada 2 meja.. so kena bahagi sama rata, and banyak we all letak kat meja my PIL, pokok lain - lain, buah dia pun rasa lain - lain, mana yang baru gugur tu tak kopek lagik.. yang itu we all bekalkan untuk my PIL, so esok baru boleh bukak, hari ni memang confirm tak boleh kopek....

 kulit durian sepah - sepah

sedap ooo makan durian... ni pun dah terasa kat tekak ni, hari tu dapat bawak balik sikit, kupas sesiap l etak dalam tupperware, walaupun dah letak dalam peti sejuk, makan tetap rasa wangi dan nikmat...

 ni tengah tunggu turn je nak kena kenduri
korang, kalau nak makan durian bawah pokok, leh roger aku, nanti aku bawakkan ke sana... apa nak kisah.. nak beli pun boleh tapi kena cakap awal - awal.. lambat kang takde pulak..

 fuh... takde sapa ke nak rebut

erk.. rambutan??? hijau lagik buah dia... manggis pun sama, gilerlah aku tengok buah tengah lebat.. Insya Allah menjelang krismas esok masak kot.. dah tak sabar dah ni..

 hhmm sedapnya makan sampai tak tengok kiri - kanan

apa - apa pun credit to bang long, kamera dah mahal, tapi malas nak snap gambar.. camno ni.. anyway.. thanks to photographer of the day...














AMIR ASYRAF


Erk...

0 welcoming comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...