entry sebelum ni we all bermula dari area kedai tulip, lepas bertanya dengan tokey kedai souvenir tu, dia cakap, patah balik jalan tadik, amik kiri, jalan je terus, sampai jumpa persimpangan tram tu amik ke kiri lagik.. jalan depan lagik sket, sebelah kanan akan nampak deretan bangunan tinggi, dia ada kat belah belakang tu, ada jalan ke sana...
ok, explanation tu, walaupun agak confuse, tapi we all terjah jugak, masih berpandukan map dalam leaflet jugak, kenalpasti nama jalan, sebab persimpangan tram yang dia cakap tu adalah simpang kedua selepas kita orang belok ke kiri dari kedai bunga tulip.
dalam perjalanan, we all terbehenti dekat 1 lagik kawasan lapang yang takdelah besar mana pun, nampak dia orang tengah setup - setup barang, x tau nak buat apa, tapi dah ada orang buat persembahan, main gitar, nyanyi - nyanyi sambil suka - suka... tapi aku bukan tertarik yang itu, tapi toilet terbuka... aku dah kena warning awal - awal oleh husband aku, jangan snap, padahal dalam hati memang nak amik pun, apa pulak dia orang nak kisah, dia dia orang pun kencing terbuka macam tu, kira bolehlah aku amik gambar dia.. takpelah, tak jadik amik, baik amik gambar kita orang lagik bagus..
Ini sample toilet terbuka tu, aku google je
sambil tu lepak jap tengok orang main chess besar.. wa.. mamat tu muka kerek seh, main sepak - sepak je menda alah tu... lantak ko ler.. menang ko suka, kalah ko nangis di situ. Tapi aku dah nak mula nangis sebab kaki dah makin sakit, and Darin dah mula merengek. Confirm dia jet lag lagiklah ni, yelah semalam pukul 6 dia ngantuk, ni pukul 5 pun dia ngantuk, mana tidak, bangun pukul 4 pagi, then tido dalam train, maunya tak pening kepala. ok takpe cool, bagi mummy ko ni lepaskan hajat beli barang kat Kedai Batu Keras dulu..
masuk dalam tu je paksa diri beli barang, boleh gituh, dan terus paksa diri jadik member. Padahal 8 tahun lepas aku memang dah ada kad dia, tapi baik hati punya pasal, pas - pas kat member yang pergi US, pas tu terus hilang mana tak tau.. lantaklah.. malas nak fikir, so terus buat baru..
Settle kat sini, tengah fikir cemana nak balik ke tempat asal tadik.Jalan tu memanglah aku ingat, tapi kaki ni yang sakit dah tak hingat apa dah.. huwaaa.. aku pujuk laki aku naik tram, dia tak mau wooo... kena jugak menapak aku balik ke train tu balik. Sepanjang perjalanan berapa kedai ntah dia masuk, suh aku beli kasut baru, tapi semua pun tak berkenan, agaknya sebab badan dah letih sangat, fikir nak naik train cecepat.. so semua kedai yang aku masuk,s emua keluar dengan tangan kosong. Ni barang kat tangan dengan dalam beg ni lagik nak pegang pun separa pengsan gak.
We all singgah kedai Halal, macam biasa beli makanan bawak balik, baru pukul 6.15pm macam tu, gelapnya macam dah 8 malam (berapa kali nak ulang dah)... nak kejar train pukul 6.53pm, kena jalan laju - laju, sampai depan train, tetiba tergerak hati nak amik gambar kat depan centraal tu waktu malam, suh husband aku kuarkan kamera.. sekali "bukan kat orang kot, kat ebi" aku pun hot jugak, padahal aku bagi dia masa aku nak gi toilet tadik. hish, beria mencarik, tapi mencarik dalam keadaan tenang, tak mau gelabah, dalam hati siap cakap "sia - sialah takde gambar kat Amsterdam".. Tapi tulah, nasib baik jugak aku gatal nak amik gambar depan central walaupun ada masa +- 10 minit je, jumpa jugak kamera tu... dah lega semua, terus balik.. babai Amsterdam.. kalau ada rezeki aku datang lagik...
0 welcoming comments:
Post a Comment