Followers

Thursday, December 8, 2011

Europe Trip - Brussels to Amsterdam Journey Begins

"mummy bangun, saya nak makan bubur".. pukul 3.30 pagi Darin merengek bangun lapar.. adoi.. ni sure jet lag jugaklah ni, dapat tahan sampai 30 minit je, akhirnya aku mengalah dan bangun buatkan bubur dia, bubur segera, tambah air masak sampai pekat, hidang seawal pagi dengan air susu panas... dia nak kopi, tapi aku suruh sabar dulu.. melayan dia sambil tunggu subuh masuk... pagi hari takde kartun lagi, jadi kena hati - hati bukak TV sebab banyak sangat iklan *porn* bagi servis bagus... Nampak Darin pun macam dah ok, takde muntah.. Insya Allah jadik jugak pergi Amsterdam ni

 Semangat masak pepagi

 Gula yang dicompress tumpat dan padat.., nak buat air kopi

selesai solat, plan nak masak apa pulak? so pagi ni ingat nak masak pasta jelah, pantas dan tuntas... pakai perencah yang ada, oo hubby aku tak beli garam, aku pun tak tau apsal, tapi okjelah, rasa pun boleh je pakai perencah sedia ada, campur dengan sayur yang ada, menjadi jugak..


Darin dah siap kumpul energy, layan kartun and google maps.. eeerrkkk

 sambil tu buat mushroom soup sekali, pun dalam kotak jugak, mana tau kalau Darin terasa nak makan jugak.. aku check Nasi Beryani malam tadi, habis licin, tak taulah sampai pukul berapa hubby aku makan... kan dah cakap, sure makan berulang - ulang punya... minuman rasmi.. of coure kopi panas...  dapat bukak tingkap sikit, rasa sedap je udara sejuk masuk rumah, we all kan pasang heater.. fuh, malam tido tak pakai selimut pun xpe...

 Destinasi hari ini ke negara Kincir Angin

kejut - kejut hubby, kang takut abis subuh, tapi syuruk pun pukul 7.30pagi, so kira panjang jugaklah, bila dia tengok Darin dah sihat, baru confidence nak pegi Amsterdam.. hhmm berkobar - kobar jugak sebab selama ni asyik transit je kat situ, x pernah keluar lagik.. kalau ikut keinginan, nak pergi jugak kat Kinderjik, kat situ boleh amik gambar sebelah Windmill bebetul, tapi jaraknya dengan Amsterdam sangat jauh and tahu sangat tak sempat nak explore semua... so harap dapat nampak seketul pun jadiklah..




 Station Midi, kalau tak biasa, memang sesat...

 siap - siap.. off we go.. macam biasa naik kat Rogier, kena bina muscle pepagi buta sbb turun ke Metro takde lif atau escalator... ada masa Darin nak turun dari stroller, bila mood sejuknya datang, langsung tak nak turun. Kali ni menuju ke MIDI, ibarat macam KL Sentral, tapi sangat besar, dia hubungkan intercity train dengan National Railway Company of Belgium (SNCB/NMBS).... masa sampai MIDI tu macam sesat pun ada jugak, tapi Tuan Rumah tak bolehlah kata sesat sebab dia dah biasa tau kat sini, hish... sampai kat sana tengok train kat platform berapa.. Oh ya, hubby dah beli tiket awal - awal, kalau ke Amsterdam naik snail train, which is akan berenti beberapa tempat utama between Belgium dan Netherlands. Sebelum keluar dah check kat website pukul berapa train ke sana, dari Belgium train bertolak setiap waktu pada minit 18, kalau dari Amsterdam setiap waktu pada minit 53.. erk faham ke.. maksudnya kena ada kat stesyen MIDI pukul 9:18, 10:18, 11:18 dan seterusnya.. sama jugak dari Amsterdam Centraal.Tapi itu bergantung pada train apa yang korang amik, kalau amik direct train yang takde stop - stop tu, harga mahal sikit.

 daddy kena layan Darin sementara dia masih belum mengantuk

 pamplet yang diusung, tengok gambar je sebab banyak dutch language daripada english, yang penting ada map

Sebelum bertolak ada bawak bekal makanan sikit, air, biskut dan roti, dalam train boleh makan. Naik train, terus carik seat. Seat kita orang dekat dengan pintu, so bawak je stroller terus. Harga tiket?? Kalau beli online cuma 96 euro untuk 2 adults and 1 child return tickets, tapi sebab husband beli walk-in sebelum ni, kena mahal sikit, so total jadik 105 euro.. dia bebel - bebel jugak masa dah beli tuh, terus cakap "dah pesan beli online tak nak, kan dah kena bayar service dia orang".. terus senyap.

  khusyuk tengok luar bila matahari dah mula keluar sikit

Dalam perjalanan takde  apa yang menarik, cuma nampak pokok je sepanjang Belgium country, paksa Darin tido sebab perjalan memang jauh sangat, kalau naik kereta pun dalam 2 jam lebih jugak.. hhmm dekat yek, ibarat macam KL balik Ipoh je.. Masa dalam train tu, lalu kat area Brussels Central kot (tapi train tak stop), husband aku siap cakap "itu rumah ayam".. so aku tengok dari jauh, rumah kedai yang ada cermin and nampak orang berdiri, then aku cakap "patung kan?" "hish, orang betullah, cuba tengok bebetul".. jarak dari railway tu jauh jugak so kena tengok bebetul, tetiba nampak ada tangan bergerak sambil bercakap dengan orang sebelah.. baru aku percaya, nasib baik tak bawak Darin pergi tempat macam tu.. manusia pameran sungguh, pastu gelak kaw..kaw. punya.. Selain pokok, tengok laut, tengok rumah orang. Cuaca kat luar pun nampak sejuk - sejuk je, berkabus, takde nampak matahari pun, padahal dah pukul 11 dah masa tu.. hhmm rindu matahari tapi nak sejuk jugak..well.. demandingkan..

 Nampak sangat muka aku tak cukup tido

Tak ingatlah dah berapa lama berjalan, dah pun sampai stesyen Roosendaal, ini stesyen yang pertama dalam Netherland untuk perjalanan kita orang, terus tahan mata tak nak tido, nak tengok pulak rumah orang - orang Holland, husband aku cakap rumah Holland berbeza dengan Belgium, lagi cantik, kemas, teratur.. sambil tu kan nak mencari windmill kalau ada...

 Stesyen pertama dalam Netherland, Roosendaal

dalam banyak - banyak tempat, tetiba nampak kuda.. kuda je kan bukan apa pun, tapi kuda ni siap pakai selimut okeh, kira bahagian badannya ditutupi selimut, kaki, kepala semua takdelah berbungkus.. kuda sejuk eh.. kesian kan.. yelah, mana ada winter coat untuk binatang...

 Ni jer yang nampak and sempat snap, the real windmill ada nampak kat other side tapi x sempat nak snap

masa tu dah excited sangat dah, tak sabar nak sampai Amsterdam bebetul ni.. bila dah sebut sampai Schiphol Airport Station, yes.. 1 stesyen je lagik sampai bandar, Darin tido kita orang biarkan aje, tak kisah pun sebab nanti turun bawah tak nak bagi dia tido.. nak bagi dia tengok Amsterdam pulak...

 Darin masih tido masa sampai Amsterdam Centraal


 Berusaha mencari jalan keluar
 
 Oh destinasi di tunggu pun dah tiba, turun je dari perut keretapi tu, terus carik jalan keluar... "mana ye?" redah je dalam manusia yang melimpah - limpah tu, janji jumpa pintu keluar... bila dah nampak je pintu... tiba - tiba...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...