Followers

Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan

Alhamdulillah, masuk hari ke-3 berpuasa.. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk semua umat Islam. Semoga ibadah puasa pada tahun ni dapat disempurnakan dengan penuh keberkatan.

Tahun ni puasa mula pada hari sabtu, Confirm sangat ramai orang yang pergi Solat Tarawikh pada malam pertama. Aku tak dapat nak pegi sekali, walaupun Darin merengek nak mintak pergi. Untuk pergi Tarawikh dengan dia takut mengganggu jemaah lain yang tengah khusyuk. Walaupun dia memang ada solat jemaah kat sekolah, tapi tak selama Isya' + Tarawikh. Takpe Darin, Insya Allah ada rezeki kita pergi.

Hari pertama puasa... plan nak masak macam - macam.. end-up beli je kat PARAM, termasuklah lauk sahur. Sebab we all keluar pergi Sunway Pyramid layan darin tengok Ice Age 4, tapi best jugak cerita tu... sebab kelakar sangat. Darin dah panas punggung dalam tu padahal dia yang excited nak pegi tengok. Paksa jugak tengok sebab dah RM58 terbang untuk 2 dewasa 1 kekanak nak tgk 3D punya pasal.

Menu beli kat PARAM biasa je, mee kari, laksa, ada roti john, nasi beryani, kuih karipap, tepung pelita dan pau goreng inti kacang hitam. Air tebu sebab husband aku yang nak, tapi Teh O panas adalah minuman wajib aku. Takde air batu takpe, janji teh o panas kena ada. And ada rezeki terlebih, jiran aku masakkan special Nasi Bukhara dengan kuah Dalca yang superb sedap. Setanding restoran Syed.

Semalam aku tekad nak masak jugak. No more jalan - jalan sbb tak selera nak tengok lauk kat PARAM. Siap ada request nak makan cendol, aku ok je takde masalah pun. Then tekak terasa - rasa nak makan kuey teow goreng. Siap jumpa ikan talapia, dah terasa dah nak masak apa. Hasilnya semalam... Terung masak lemak cili api (kalau campur tempoyak lagik umph..), ikan talapia goreng berlada (bukan sambal tau), tempe + tauhu goreng kering berkicap tabur daun kucai.. kuey teow goreng dan cendol... siap beli kerang, rebus dan kopek kulit sebab semangat punya pasal. atau singkatannya 3TKC (Talapia, Terung, Tauhu& Tempe, Kuey Teow, Cendol)...

 Lebih kurang camni cuma aku takdelah letak ais mesin tu, lepas bancuh letak lam peti sejuk je


 Kuey Teow aku tanpa Tauge

 Talapia goreng berlada hanya blend cili hijau 2, cili merah 2, bawang kecik dan bawang putih, tumis sikit je dengan cili kisar. Nak nampak cantik lebihkan lagik cili hijau...

 Aku tak letak cili kering, tapi tabur dengan daun kucai untuk hiasan

Terung ni dia ada letak tempoyak, memang wangi dan sangat sedap

Ada pulak kuih karipap yang MIL buat hari tu, goreng dalam 6 ketul je. Tak semena - semena boleh pulak ada jiran bagi murtabak maggi dengan roti john, tapi roti john dia memang sedap, sos + mayonis memang kaw - kaw punya. Kalau jual kat PARAM, tak rugi org beli tau. kesudahannya penuh 1 meja, sebab dah terlebih, dapat aku agihkan pada Ustaz yang mengimamkan Solat Tarawikh kitaorang.

Cakap pasal Ustaz, tahun ni masuklah tahun ke-3 Ustaz tu jadi Imam tarawikh taman kita orang. Pelajar daru Universiti Mesir, flight dari Mesir, sampai KLIA Jumaat petang, pukul 6.30pm sampai kat surau, malam tu terus jadi Imam... Tak sempat lagik jumpa parents nun di Kelantan sana... Insya Allah, raya tetap balik ke sana..

Apa pulak menu hari ni, tak tau lagiklah apa nak di masak. Tunggu petang sikit tengok apa yang teragak.. selamat berpuasa korang..

P/S: Gambar ikhlas dari pakcik google...

6 comments:

Kakibuku said...

Superb..masak sendirik lg best! Ikan talapia tu buat aku kecur...

mikamusz said...

hihihi.. tuler kan, kalau bulan puasa ni cerita pasal makanan, air kosong pun jadik sedap... Lepas ni boleh goreng tuk anak - anak pulak

mazwin said...

Berapa lamakah manhour yang diperlukan untuk memasak kesemua hidangan tersebut?

mikamusz said...

Kak Win... hahaha... start dari pukul 3.. prepare bahan semua, bila settle saya masak ikan dulu dan gulai terung.. lepas tu saya goreng tempe dan tahu.. lepas tu rehat kejap, solat Asar and continue goreng kuey teow dan buat cendol pulak... dah semua hidang ada pulak request nak kuih, sib baik ada karipap yang dah tersedia frozen.. settle semua dalam 6.15pm... dah penat bergayut kat telepon 1/2 jam and mandi...

mekchu said...

hebat lah kawan aku ni memasak.. kagum kagum..

mikamusz said...

sue.. nak rasa mak buyung masak juger... agar - agar pun sodap...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...