Followers

Friday, July 13, 2012

Europe Trip - Museum De Louvre

This is the place.. Museum de Louvre.. should be here during day time tapi apakan daya dengan time management yang kelaut dan sangat pack. Masa we all sampai sini dah almost 5pm. Yes 5pm tapi surrounding dah macam pukul 8 malam je kan... Kalau berjalan time winter memang macam tu. Tapi tetap teruskan jugak masuk kat dalam tu.






 Tak surelah sama ada pintu yanag kita orang masuk tu kira pintu utama atau tak. Masuk je ada ruang legar and turun bawah barulah boleh masuk bahagian museum ni. Kalau bawak stroller, boleh naik lif kecik yang open-space punya concept turun ke bawah. Cam comel je benda alah tu. We all sampai bahagian bawah, tp museum memang dah tutup kot. So just berjalan keseluruhan tempat.


Ingat tak tadi tak makan lagi. Sempat singgah kat Starbucks and looking for Darin's donut and sandwich, and kita org adalah customer terakhir. Sebab ada someone nak masuk after us, kena tahan cakap dah tutup. Fuh, aku rasa sebab dia orang nampak we all amcam tourist and ada anak kecik kot. So we manage to have a cup of hot coffee, donought and sandwich, makanlah sambil berjalan. Eh Darin tak jalan, dia duduk dalam stroller.



Kalau time sejuk ni asyiklah nak ke toilet.. so berpusing jugak carik toilet kat dalam ni. Adalah signboard toilet.. so lelajulah aku jalan. Tapi dia macam pelik sikit, memang aku lalu depan kedai yang wangi ni, then aku tanya "where's the toilet?".."it's inside. You have to pay 1.50 euro and we give you this (tissue je pun tapi dalam plastik cantik)".. terus cakap dengan husband aku..."apa?? nak buang air je nam 1.50 euro.. membazir.. jom carik toilet lain.."  huuwaa tak tahan ni.. nak kena jalan balik patah ke tempat masuk tadi... Siap jalan lelaju.. and sampai balik kat tempat tadi, terus tanya dengan cleaner, terus dia tunjuk toilet kat atas... berlari aku ke atas.. Dalam tu gelap sikitlah.. tapi ada aku kisah, janji lepaskan hajat dulu. Bila nak keluar cuci tangan  baru nak rasa seriau.. bodoh betul.. cecepat keluar semua... pergi kat husband aku and darin.. "bersih?" mestilah... rupanya dia pun nak pegi toilet.. macamlah aku tau toilet lelaki bersih ke tak..




Oh tak boleh lama kat sini. Misi terakhir nak carik Eiffel Tower.. Notre Dame terpaksa dibatalkan sebab takpelah.. abaikan... Keluar dari bangunan tu, still menggelupur jugak nak amik gambar. Dah kata bukan senang nak datang situ, lenkali pun tak tau bila lagikkan. So lepas settle amik gambar sambung lagik kat seberang jalan. Pastu baru terfikir, cemana nak ke Eiffel Tower. Berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh seseorang yang kita orang tanya. Amik masa dalam 40 minit je jalan kaki. So menapaklah we all ke sana.





Kaki ni memang nak tercabut dah tapi nak jugak carik pengalaman. Katanya tak jauh. Seberang sungai je pun... so yakin jelah.... Sepanjang jalan, memang we all lalu sungai. Sambil tu ada hati jugak nak naik cruise. Sambil jalan amik gambar lagik. Kejap cross sebelah sana, pastu cross sebelah sini pulak. Setiap yang menarik semua nak kena stop. Pastu dah dahaga nak air pulak. lapar pulak amik makanan. Korang rasa cukup ke 40 minit... serius berjanggut rasanya nak sampai.



"Lama lagik ke? kata sekejap je. ni ntah celah mana dah ni?" hahaha.... pastu husband aku tanya, nak naik cab ke.. tapi aku pulak x nak, cam sayang je, sebab view waktu malam tu memang cantik. Siap berangan ni, by the time sampai kat Eiffel Tower nak merasa naik cruise walaupun waktu malam. Segala cahaya aku budget itulah Eiffel Tower, tapi bukan pun. Aku yakin sebab udara sejuk sangat dan kabus tebal, memang susah nak nampak menara tu...



kaki sakit ni bie.. adoi sabar.. sabar.. sikit je lagik ni...

0 welcoming comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...