Followers

Wednesday, July 25, 2012

Kisah Semalam

Selalu sangat semangat berkobar - kobar hahaha... dalam kepala ni dah fikir macam - macam nak buat tapi menu utama untuk makan nasi tak boleh nak fikir. Apa yang aku nampak buat ikan masak kicap je dengan goreng sayur bendi + terung berlada. Tapi selera memang ke laut, masak untuk husband and Darin je...

Plan punya plan, teringin nak buat Baked Makaroni. Berdesup ke K4 carik bahan, beli makaroni, cheese, daging cincang, yang lelain tu semua ada kat rumah. Susu cair aku ganti dengan susu HL je sebab itu je yang aku perasan ada.

Resepi ikut kat internet, cuma buat ikut citara sendiri. Tak sangka pulak 300g makaroni tu menghasilkan sebegitu banyak baked makaroninya. Sesedap rasa je aku tebarkan cheese kat atas maakroni tadik tu. Sukatan garam, serbuk kari dan lada sulah adalah hantam koromo. Dah puasa gitu, memang paling takut dengan garam. Kalau terlebih pedas boleh terima, kalau terlebih masin... hhmmm memang tak boleh bendung.

Bersungguh masuk dalam oven, tunggu sampai masak, and siap bagi kat jiran dengan confident. Rupa ada sikitlah tapi rasa sikit kurang sebab tawar sket. Nak sedap kena makan dengan sos cili baru complete sikit rasa dia. Rezeki bulan puasa, ada pulak jiran bagi Tosai, jadi penyudahnya semalam buka puasa makan tosai, baked makaroni serta kuih - muih yang ada. Nasi??? makan masa sahur macam biasa.


Maaf ler korang pepagi bute dah letak gambar makanan. Dah cakap nak post petang, tak tau apsal keluar pagi. Tapi ini semua ikhsan pakcik Google, gambar masakan sendiri??? hanya untuk tontonan sendiri je..

2 comments:

Kakibuku said...

Hehe..ala..post jek gambar sendirik..air tgn sendiri kan..hihi..aku smlm beli talapia..sbb terliur ngan posting ko...tp aku bakar..pastu cicah ngan cencaluk..menambah nasik!

mikamusz said...

waa.... talapia bakar pun sedap tau...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...