Followers

Wednesday, July 25, 2012

Europe Trip - Eiffel Tower

Masih lagi tak habis cerita di bandar Paris. Masih lagi belum jumpa mercu tanda cinta (kononnya..) Walaupun sejuk malam mencengkam sehingga ke tulang.. perjalanan tetap di teruskan.

Berjalan kaki dari Museum De Louvre ke Eiffel Tower adalah satu cabaran yang jangan dibuat - buat. Ingatkan dah taman kisah 7 jam jalan kaki di London dari Trafalgar Square ke Tower of London.. nampaknya sejarah berulang lagi di Paris pula.

Kalau nak ikutkan hati memang dah banyak kali dah nak tahan taxi and naik je sampai ke Eiffel Tower.. tapi ntahlah.. bila ada taxi lalu, tak pulak tahan. Bila kaki mula letih, menggagau nak cari taxi. Tapi lepas tu sayang pulak, kononnya rasa macam dah dekat dah... and sayang pulak nak tinggalkan perjalanan malam ni..

Setiap cahaya yang terang diamati sungguh - sungguh, tapi malam tu memang kabus tebal sangat. Tak ramai orang yang sanggup berjalan kaki sambil tolak stroller yang ada anak berat 20kg dengan beberapa barangan sangkut di kiri dan kanan stroller derta membawa beg galas di bahu dan sling beg.

Sambil berjalan jangan lupa tengok kiri - kanan, mana tau ada suspicious person yang eager sangat bila nampak kita ni macam lost. Buat selamba dan anggap je kita tahu sangat mana nak pergi.


Keinginan tu kuat. Tiba di satu persimpangan, dah nampak dah lampu terang.... bila berdiri di kakinya.. waa... macam tak percaya. Banyak sangat nak diungkapkan tapi tak terluah. Memang Eiffel Tower sangat cantik pada waktu malam. Macam tak percaya, antara ayat yang pernah keluar dari mulut aku 16-17 tahun yang lepas, kini menjadi kenyataan. Paling tak sangka, anak aku yang baru berumur 4 tahun pun dapat jejak di tempat yang sama. Walaupun bagi dia takde makna.. tapi aku rasa penuh makna.


Penat jalan, perut lapar, cuba carik makanan. Tekak rasa tak terlelan lagik chips yang ada dalam beg, so husband aku beli waffle untuk kami 3 beranak dan air kopi panas. Duduk kat atas tembok batu, rasa macam duduk atas ais. Tak jumpa pulak kain atau kertas tebal nak buat lapik. Tapi takpelah, sekejap ni, janji dapat rehat.

Ramai sangat yang beratur, and ramai jugak yang nak pergi dinner kat atas tu. Paling tak tahan bila tengok local people pakai dress pendek.. tak sejuk ke? aku yang berbungkus ni pun tak larat dah.


Kitaorg menyeberangi jalan, nampak pulak Merry-Go-Around dan Darin memang tak akan melepaskan peluang bila nampak mainan yang diidamkan. "Datang jauh - jauh nak main ni je Darin.." pengsan.. tapi layankan aje..

"Jom turun bawah tengok ada lagik tak?"
Kita orang turun bawah nak naik Cruise, tapi sayangnya baru je bertolak dalam 15 minit yang lepas. Maksudnya, kalau we all sampai tadi, tak beli waffle dan duduk serta teman Darin main, mungkin dapat naik. Takde rezeki nampaknya. Sedih jugak. "Takpelah, kalau nak naik, esok pagi - pagi kita datang sini"... husband aku pujuk hati aku, tapi takpelah, mungkin ada hikmah di sebaliknya. End-up, kami beli key chain Eiffel Tower yang warna emas dan perak, dah selamat sampai kat cikgu - cikgu nursery Darin dulu.


Kita orang naik atas balik dan teruskan amik gambar je. Dah takde dah nak datang sini lagi lain kali. Bukan kecik duit nak datang. Simpanlah untuk benda - benda lain pulak kan.






Malam tu we all decide balik naik Taxi, and driver dia orang kulit hitam dari Algeria kalau tak silap. Yang pasti, dia pun Muslim, dia bagi kita orang kedai mana untuk pergi cari makanan halal. Dia bagi alamat semua supaya senang lain kali bleh tido area sana je. Baik sangat.

Sampai hotel, husband aku nak pegi beli makanan kat kedai yang we all singgah pagi tadi, tapi sayang sangat kedai tu dah tutup. Itulah 1 kelemahan di negara orang ni, banyak kedai tutup awal. Nak tak nak, we all terpaksa ambil air panas dari cafe bawah untuk bawak naik atas, nak simpan untuk air panas Darin nak minum susu pagi esok dan untuk masak maggi. Ibis Hotel, cerek pun takde. Takkan nak minum dari tap jugak, tak lalu dek tekak ni.

Penat sangat, lepas mandi, solat dan makan, we all tido. Sambil tengok luar, tengok puas - puas kegelapan malam, sebab esok pagi - pagi kami akan tinggalkan bandar Paris menuju ke next destination.

4 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...