Salam Ramadhan
Dah berapa hari puasa yek (sambil kira jari di tangan).. oh dah penuh 2 tangan sebenarnya... dan kira pulak berapa hari nak raya. Kuih raya, Baju raya, Kasut raya, Duit raya, Langsir raya, Sofa raya, Kereta raya... fuuhh.. time raya jelah nak buat semua benda tu yek.. kalau tak, takdelah perkataan 'raya' kat setiap penghujung ayat.
Sabtu lepas kira 1st berbuka kat luar bagi aku. Untuk husband aku tak sure, sebab dia banyak no jemputan itu dan ini. Tahun lepas dengan gang yang sama juga, tahun ni pun gang yang sama tapi kita dah ada pertambahan.. baby Zahrah (betul ke Aie and Diana?)... and ada perubahan besar jugak to others... sapa yang perasan tu perasanlah yek..
Kali ni pilih Istana Bambu, last year berbuka sini jugak tapi dengan team Volkswagen (tahun ni kat mana? dengar Putrajaya)... bagi aku makanan dia biasa je, ada banyak kurang berbanding tahun lepas... contohnya aiskrim, soto, laksa johor... yang lain tak perasan sangat. Harga?? RM55 nett, kekanak separuh dari itu untuk 5 tahun dah ke atas.
Tahun ni tak sempat nak bergambar kat Istana Bambu. Lepas makan, heading to Wangsa Walk tapi silap timing, parking penuh and Mall pun nak tutup, end up we all lepak NZ Curry house, masa tu pun dah pukul 9 lebih. Bebudak memang seronok sebab kawasan lapang boleh lari - lari. Sampai jatuh - jatuh anak Aie sebab anak dia je paling kecik, yang lain majoriti dah 3 tahun ke atas.
Di sebabkan kekanak dah penat tahap maksima, so aku suggest balik sebab dah lewat sangat. Kononnya kaum bapak nak sambung TT lagik kat Shah Alam lepas hantar mak and anak - anak balik, tapi semua kensel jugak sebab dah kepenatan.. Faktor usia kah?? huhuhu
Ok, so apa plan korang lepas ni? Last year tertunda.. This year?? wait and see.
Followers
Thursday, August 2, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 welcoming comments:
Post a Comment