Followers

Tuesday, August 14, 2012

Bila Raya Di Perantauan - Part Two

Bos aku dah selamat balik ke Malaysia, sehari sebelum Thanksgiving. Siap pesan macam - macam. Kerja elok - elok, jaga rumah, tengokkan kereta (tengok je????), if anything call or e-mail. Dia kat Malaysia available je.. And siap tanya apa yang dia nak bawak dari Malaysia bila datang sini balik.. fuh, nenanti jelah aku e-mail. Lepas dia datang pun aku nak cau dah.

Rumah 2 tingkat + 1 basement, duduk 2 orang, sorang lelaki sorang pompuan. Jangan ada Majlis Agama Islam Boston tangkap sudah.. waa.. tak mo kena tangkap beku (sebab masa tu dah winter dah).

Pagi Thanks Giving, aku kerja pagi macam biasa. Airport lengang.. lengang giler.. Mamat Irelend yang selalu duk ketuk pintu bilik opis aku pun takde, fuh, aman sekejap.

"trriinngg" YM aku ada message masuk. Nama mamat tu Faisal kot. Dia tinggal tak jauh dari rumah we all. Wish hari raya, Takpe layan je dulu. Then tanya kerja ke, study ke. So boraklah jugak. Then a few minutes, tanya "Will you coming over to Kak Noriah's open house?" mestilah tak, dah aku kerja, pastu rumahnya punyalah jauh. Memang kena naik kereta.  Tapi macam tak percaya pulak yang dia nak tumpangkan aku.
"Tapi saya ada kawan saya sekali".. "Takpe... I cuma dengan my wife and anak I umur 6 bulan, muat kereta.." Fuh cabaran.. cabaran.. terus capai Phone..

"Fit, dah bangun belum.. hoi bangun ler, kang takde org nak masuk meminang. Ada orang ajak pegi open house rumah Kak Noriah, ko nak follow tak?" Penat explain dengan budak baru tido. Finally, "Aku siap, kang jumpa kat station REVERE BEACH".

Terus call tower, tanya cemana semua, dengan suara manja and goda - goda sket, pastu wish ler apa - apa yang patut, berdesup aku tinggalkan opis. Kunci sesiap... Bismillah.. laju - laju aku tinggalkan airport yang takde orang tu.

Sampai kat tempat yang we all janjikan tu, terus naik kereta dengan Faisal and family and dia bawak pergi ke rumah Kak Noriah. Kat sini dapat jumpa Kak Aida and family and also Aida, student. Selain kita orang, ramai lagik budak lain, and majoriti student, bila kita orang kena interview and cakap we all kerja kat Airport, semua macam kagum. Dia tak tau aku cuma kuli yang bergerak ikut arahan je.. huwwaa...

Luqman, son's of Faisal and Hani

Menu memang banyak, antaranya Turkey, wajib ada, tak tau berapa lama dia masak dalam oven tu sebab besar giler. Ada lemang jugak, and lemang tepung pun ada ko. pastu husband Kak Noriah yang orang sana masak satay kat luar rumah. Bestlah bakar satay sebab sejuk, duk lelama tepi api pun tak heran. Rumah Kak Noriah best, dia macam kawasan kampung, rumah tak besar tapi kawasan luas. Tapi memang seronok sangat. Masa tu tak banyak snap gambar, kalau ada pun kamera orang lain yang tak rajin nak upload dalam YG and takde lagi 'zaman tagging; ni.

Kak Aida and Aida

Tak ingat pulak siapa. 

Dalam pukul 5 we all bergerak balik ke Beachview Road. Tak boleh lambat sangat sebab nanti sure jam sebab they all dah habis waktu makan malam, and hari cepat gelap. Best tak, kawan aku masuk kerja nak dekat pukul 8 malam aku rasa. Sepanjang kat sana, duk check message je, manalah tau kalau ada orang carik ke hapa ke. Alhamdulillah semua settle.

The whole day event memang moment yang tak dapat dilupakan. Thanks to tuan rumah yang sangat peramah, tak pernah nak bexakan orang yang dah lama kenal dan orang yang tak pernah kenal. Kami di layan sama rata.

1 comment:

azzayd said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...