Followers

Monday, August 13, 2012

Bila Raya Di Perantauan - Part One

Dengar lagu dendang perantau, tak terkesan pun dek hati, sebab tak pernah pun tak beraya dengan keluarga. Pertama kali tak beraya dengan keluarga masa raya Aidil Adha tahun 1997/1998, aku tak ingat. Tak balik raya Haji sebab masa tu dah nak dekat final exam. Matrik je pun, tapi kesuntukan masa nak balik, tak tergamak nak ponteng kelas. Masa tu tak terasa sangat sebab ramai je kengkawan seangkatan yang tak balik kampung.

Kalau nak cakap sedia atau tak, kita pun tak tahu, dan bermulalah episod beraya diperantuan tahun 2003. Mak aku siap buatkan baju raya, kononnya dapat pakai di pagi Syawal, tapi aku tetap pakai walaupun dah tau memang sejuk. Pakai Long John pun tak membantu, tapi redah je. Yang ada masa tu cuma aku, kawan aku si Fit dan bos aku Selina. "You nak masak apa raya nanti?" dang.. tu dia soklan bos aku. "You nak masak Chicken rendang?" "Of course"..  dengan yakinnya aku menjawab. Bos aku teman aku pegi China Town cari lengkuas, halia, cili api, serai dan bahan - bahan sewaktu dengannya. Masa tu aku punya ketupat and kuih raya tak sampai lagi, so confirm guna Fit punya dulu. Tapi nak jadi cerita, ada pulak ketupat yang pecah.. fih, cabaran.. aku kena buat nasi impitlah gamaknya. Last aku buat nasi himpit masa darjah 2 ke darjah 3. Puluhan tahun dah tu.

Tangan comel yang masak rendang ayam di malam hari

Bos aku, Selina tengah adjust garam

Nasi himpit tu atas meja, segala buku semua keluar, himpat dengan periuk yang dipenuhi dengan air.

Malam raya aku masuk ke dapur, dengan confident aku masak rendang. Selina siap amik gambar aku, buat kenangan katanya. Ye, aku masak rendang sendiri seawal umur 24 tahun. Korang mesti lagik awalkan, tapi sorang - sorang struggle masak semua benda memang adventure kata kau. Waktu aku masak rendang, Malaysia dah raya sakan. Masa call family kat kampung, sumer nangis - nangis, apsal aku cool je.. yelah, kalau aku sedih, dia org lagi sedih. Menu malam tu, rendang ayam, nasi himpit dan kuah kacang. Aku pun tak ingat kalau ada benda lain, tapi yang pastinya, tak sempat menunggu pagi, beberapa ketul ayam dah selamat masuk perut kawan aku tuh.

Student dari UK yang datang beraya di Boston - Kawan Suzana

Pagi Syawal.. takde adegan salam - salam cium tangan semua, mintak maaf dengan kawan seopis aku pun maaf sempoi - sempoi sambil gelak - gelak nak gi solat pagi raya. "Kita pegi "ROXBURY CROSSING" kat Orange Line".. aku memang follow je sebab tak sure pun tempatnya. Keluar dari Subway, tengok je orang jalan ramai - ramai and follow je. Lawak betul. Dahlah kena pecah lelaki and pompuan.. "Habis semayang tunggu sini".. "ok bos.." terus masuk dengan machonya dalam gelangang badminton, berkat pakai telekung mak dari Mekah... "Hai, Malaysia?".. "yup".. I pun... lega aku.. jumpa orang Malaysia kat sana, dia student tapi dah kahwin dengan mat saleh sana. Kawan dia tu pulak study kat UK and datang beraya kat US. Haibatkan.. beraya kat tempat orang je. Tapi sampai situ je kita orang borak. After solat terus bawa hala tujuan memasing, tapi phone number sempat ambil, and aku tahu dia sure ada dalam "Malaysian Boston YG"...

She's the one yang kahwin dengan mamat US, Suzana

Balik dari solat, we all menuju ke Central Station (Red Line).. Between MIT Station and Harvard Station, rumah family melayu. Kita orang di jamu dengan Nasi Tomato. "Akak kat sini, kalau rindu Malaysia, kena masak selalu, makanan je yang ingatkan kita dengan kampung halaman" kata Kak Aida, wife Abg Azmi. 2 anak perempuan dia sangat comel, skang ni sure dah besar panjang dah.

 Bangunan belakang tulah tempat we all solat raya

 Anak dara kak Aida and Abg Azmi

We all tak dapat duduk lama. Aku kena kerja, full day lagi. bekejar balik rumah, tukar baju and balik ke Logan International Airport, sambung kerja macam biasa. Takpe, esok boleh rehat. Walaupun masih suasana raya, tapi raya di sana, hhmmm nak pergi mana sangat. Air mata, tahan ye, jangan keluar laju - laju...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...