Dah masuk pun 10 Ramadhan terakhir.. makin dekat Syawal tiba, makin hampir jugaklah Ramadhan meninggalkan kita... ada sikit sedih dalam hati, tahun ni buat pertama kali ayah aku sambut raya tanpa ibu di sisi. Walaupun terlantar sakit bertahun, tapi selagi ibu kita tu masih wujud, dia tetap ibu kita walaupun dia tak boleh berkata - kata... Untuk arwah nenek aku dan juga pada insan - insan lain yang kehilangan insan tersayang.. sama - samalah kita sedekahkan Al-Fatihah..
Masuk 10 terakhir Ramadhan, masing - masing pun rancak buat persiapan. Dah ramai dah upload kuih raya, baju raya yang sedondon, tudung raya, kasut raya, henbeg raya dan tak kurang jugak duit raya baru (katanya macam duit monopoly yek?)... ikut kemampuan koranglah yek.
Nak cerita pasal berbuka semalam, ada special sikit sebab husband aku nak berbuka kat surau, bersama - sama Ustaz Muda dari mesir tu dan jiran tetangga. So kira punya kira mau dekat 15 orang nak datang makan. Menu paling mudah Nasi Tomato. Hajat di hati dia nak lain tapi kesianlah mak mertua aku masak sorang je, aku kan kerja, abis tu camno. By the time aku sampai rumah semalam dia pun dah siap masak. Aku just buat air, setup meja and yang lelain tulah. Untuk moreh dah siap buat mee hoon goreng dah. Alhamdulillah, seperiuk nasi tomato semalam memang licin habis tak berbaki. Senang aku nak cuci periuk.
Nasi tomato semalam memang letak dalam periuk bersama ayam masak merah dan kuah dalca
Apa menu istimewa korang yek? Aku takdelah masak special walaupun dalam hati nak memacam. Isnin lepas sempat lagik buat cendol, SEDAP. Bak kata jiran aku, "letak ais kisar ni terbaik".. hahaha.. then buat mee sup, cuma aku tak guna mee biasa, tapi guna macam mee kering tu. Kalau ikut hati nak buat lain, takpe, sikit hari lagik boleh buat kot.
dah 2 kali buat cendol sendiri. Guna santan dari kelapa parut yek, guna kotak kurang sedap
mee sup ni cantik betul. Aku letak sotong, sawi, fish ball and fish cake je
Hari tu dah takde idea sangat buat ikan bakar je. Memang selera ke laut sikit kalau masak sendiri ni, tapi takpelah, kesian pulak kang husband aku nak makan apa. Skang ni pulak memang kalau boleh avoid beli lauk - pauk kat pasar Ramadhan. Even macam mee ke hapa ke aku tak mo. Kalau setakat kuih aku boleh accept lagik. Itu pun ada sedikit kecewa hari tu. Beli kuih kat Bukit Jelutong, kuih sagu mata ikan, kuih lopes dan roti jala. Dalam 3-3 tu hanya Roti jala je yang ok sebab beli kat kedai lain. 2 kuih lagi tu tak tau rasa apa, Kuih sagu mata ikan tu rasanya bukan guna mata ikan, tapi macam sagu nak buat gam tu, batat sangat and tak rasa manis langsung. Kuih lopes pun sama, rasa macam dia blend pulak pulut tu. Dah rezeki itu je yang kita dapat masa tu, redha je, tapi janganlah buat macam tu lagi.
ikan cencaru 2 ekor untuk 2 orang makan. Sampai ke sahur pun tak habis
Korang pernag dengar kuih 'Sopang?'. Aku pun tak tau korang tau ke tak, tapi tiap kali puasa memang teringin nak makan. Sayanagnya kat sini memang takde, aku kena balik kampung kat Kuala Pilah untuk carik kuih ni yang original. Kat sini orang panggil badak berendam, tapi aku tak suka yang bentuk bulat tu, aku memang nak yang bentuk karipap tu. Memang susah dah nak dapat. Kalau balik kampung hujung Ramadhan nanti memang takde dah orang jual, sebab semua pun sibuk buat persiapan raya.
Inilah kuih sopang idaman tu. Bawah ni versi yang abang aku upload masa dia orang iftar kat kampung.
Tahun ni aku suka kuih yang ada kaler, specially kaler hijau. Tak taulah apsal, nak hijaukan bumi kot. Tapi rasa macam best je. Kalau takat beli kuih goreng - goreng atau Roti John dan Murtabak, lamabat sikit nak telan sebab nak kena kunyah lama. Siap pesan dengan husband "beli kuih yang lembut je".. gigi aku nak reput dah ke.. huhuhu..
Kuih cara ni memang sodap
Inti kelapa muda memang sedap, kalau dapat inti kelapa tua rasa kering je
kuih lopes... hhmm teringat jiran aku bagi dulu. Bila dia nak buat lagik
semua hasil belas ikhsan pakcik google..
0 welcoming comments:
Post a Comment