Followers

Friday, September 14, 2012

Kelip - Kelip ku sangka api... rupanya mercun da...

Selesai masak di siang hari.. masing - masing dah tak sabar nak tunggu malam.
Kekanak ni semua dah tak sabar nak main mercun, specially Darin padahal dia yang paling takut. Lepas buka, solat Maghrib Jemaah, then tunggu pulak pengumuman... Takbir dulu then barulah Solat Isya'. Masa we all solat Maghrib tu dah ada dah jiran kiri - kanan duk main mercun. Actually lepas buka lagik dia dah belasah main mercun. Tak  ke tercekik makan dek terkejut bunyi mercun. Settle je solat.. tu dia.. Pak Long bukak kedai.. Takde RM100, jangan usik ye... hahaha..

Susun dulu sebelum pilih

Anak sapa jual mercun nih?


This year we all share ler, selalu tu sponsor je, kesian pulak. so Pak Long beli lebih sikit. Husband aku beli mercun khas untuk kekanak je, bunyi pun tak kuat, tapi cantik. Yang penting Darin tak takut.




Letak je mercun depan tu, semua dah tak sabar nak bakar yang mana satu.Antara mercun yang kuat, Happy Boom, happylah sangat, tapi yang berani bakar cuma abang long je. Once dia bakar, dia akan baling ke dalam semak seberang jalan dekat pokok Kelapa Sawit, sekali bunyi, bergegar bumi. Korang pernah dengar mercun bola kan? Mak aku ada stok mercun bola tu... "Mak, tak takut ko?" mak aku relek je. Dia guna mercun tu sebab nak halau beruk.

Ada mercun yang bila terbang bunyi kuat, lepas tu keluarlah bunga api macam KLCC tu. Ada terbang sekali, bunyi sampai 3 kali. Ada terbang tapi bunyi slow. Tapi memang semua orang tunggu pun mercun KLCC tu ler. Taklah beli sampai 160 das. Nak pengsan tengok ke langit. Cukuplah takat 30, itu pun dah lenguh. Kalau ada 6, tak ke 180 kali dongak ke langit.

Pak Long dah bukak mercun papan

Atuk yang memang supportive


Dah ready nak bakar


Mercun papan adalah perkara yang wajib. Kalau tahun lepas, Pak Ngah akan panjat tangga gantung kat pokok rambutan, tapi pokok rambutan wan dah potong, sebab banyak sangat semut. Solution, atuk cakap guna 'PENGOLAN', actually galah panjang yang digunakan untuk kait buah kelapa. Ikat je kat hujung, and juntaikan ke luar pagar. See, atuk pun sama nak memeriahkan cucu. So macam biasa, budak nak amik SPM tu excited jugak nak bakar, so bagi je kat dia. Yang lain tukang tengok and jerit reramai.
 

 Tapi mana Darin yek? Darin paling habis pun main bunga api kertas tu, itu pun bila dah pendek, dia baling ke bawah batang tu, then mercun das, sesama dengan daddy, and mercun yang bila letak kat bawah and api naik ke atas, sebab tak bunyi bising. Lawak je bebudak ni.

Darin and daddy, happy moment together

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...