Followers

Tuesday, September 11, 2012

Rendang, Lemang dan EconSave

Hari terakhir puasa pun tiba. Selalunya masa last puasa ni memang banyak dugaan dan godaan.
Selesai je sahur and Solat Subuh pagi tu. Sempat jugak rehatkan badan. Dalam pukul 7 macam tu mak aku dah sibuk sangat dah kt dapur dengan kakak aku... "Mak, bak adik mesen kolapo.." .."Buleh ko?"... aiya mak aku ni, macam inilah hari pertama baru aku nak mesin kelapa. Aku dah amik tender mesin kelapa seingat aku masa umur 11 tahun... Mesin 20 biji kelapa nampak je senang, tapi selama tu jugak ler badan bergegar.. tapi ada aku kisah.. excited ni sebab dah lama tak mesin kelapa nak buek lomang...

Kelapa dah siap mesin

Sambil tu akak aku pun dah masak air panas siap - siap, memang khas untuk perah kelapa nak buat lemang. Air sejuk pun air masak yang disejukkan. Jangan guna air paip.

Bahan yang dah siap dikisar. Minyak tak termasuk dalam bahan rendang

Mak tengah khusyuk mengadun bahan

Ingat malam tadi yang Darin basuh kuali tu. Mak aku settlekan bab rendang dulu. Mak aku memang macam ni. Seminggu sebelum raya semua barang untuk masak dia dah blend siap - siap. Bukanlah pada hari kejadian baru nak kupas halia, serai, lengkuas, cili and etc semua. Pagi tu semua dah siap mesin. Cili Kering, Lada api dengan kunyit, halia, serai, lengkuas. Tu pasal peti ais tu penuh manjang je dengan bahan blender tu.

Sukatan mak aku yang sukat. Aku tak pandai sukat, tapi dalam tak pandai tu, tahun 2003 aku masak rendang ayam sendiri jugak kat Boston.

Chef in the making

Kalau korang perasan mak aku tak guna bawang merah dalam rendang. Memang rendang negeri sembilan style macam ni, Sebab tu rendang kita orang maintain sampai seminggu daging tak hancur, sebab air bawang tu bila korang panaskan banyak kali, dia akan hancurkan daging. Serius, makin kering rendang mak aku makin sedap.

Tu dia pati santan pekat dan likat

Hubby aku sukarela kacau rendang, ni yang paling konfiden dia nak buat, bagi je... Masa awal tu proses pengecutan daging. Nak bagi air daging tu keluar. Bila dah rasa separa masak or 1/4 masak, baru mak aku masukkan santan. Santan ni santan yang mak aku dah mintak tolong kedai tu perahkan. Ni pun mak aku pakai kelapa sendiri, hantar mesin and perah kat kedai. 6 kilo daging + hati + limpa, aku rasa dalam 18 biji kelapa pati santan kelapa.

Buluh lemang yang dah siap disalur malam tadi

Perah santan dengan penuh semangat

Sambil husband aku kacau rendang, aku pun start perah kelapa dengan mak aku, kena buat 2 orang cepat sikit. Memang purely air masak panas dan sejuk je untuk Lemang ni. Settle perah, mak aku yang isikan beras pulut dan santan dalam buluh.


Mak dah mula isi beras pulut dan santan dalam buluh

Kalau buat lemang, santan dan beras pulut ( yang dah dicampur dengan garam) tu direndamkan sekali, supaya santan tu sebati dengan pulut. Jangan masukkan beras, lepas tu baru santan, nanti cuba balik korang check, sure santan tu tak mendap sampai ke bawah, end-up santan korang tak cukup, pastu lemangnya berderai. Kalau korang ada beli lemang, and perasan belah atas je ada santan and bawahnya kering, sebab they all masukkan beras pulut then baru curah dengan santan. Santan susah nak turun ke bawah bila beras pulut dah padat kat bawah. Ukuran santan mesti melebihi beras, tapi bukanlah sampai tak nampak beras. Orang Negoghi cakap "ocup..ocup yo".. susah pulak aku nak explain.


Kole kecik ada muncung comel tu memang jadi kole resmi buat lemang. tak kecik sangat, memang sedang elok saiz dia

Lepas dah elok isi setiap beras and santan dalam pulut, kena tutup bahagian atas tu dengan 'mengelepet' lebihan daun pisang dan ditambah sikit gumpalan daun pisang, supaya bila lemang tu menggelegak, lemak santan tak terkeluar dari buluh. Kemudian, boleh letak kat tempat bakar lemang or we all panggil "LANGGAI"... pasal bara api ni abang ipar aku yang settlekan. Dia akan bakar dulu kayu api tu luar dari kawasan langgai, bila dah siap bara, baru dia bawak masuk. Ini sebab ada orang bakar kayu api masa lemang dah ada kat langgai, nanti api tetiba besar and kecik jadikkan lemang masak tak sekata or berkerak.

Sebelum we all meninggalkan rumah untuk ke EconSave

Dah nak hampir kering masa we all tinggalkan


Lemang atas langgai. Api tak besar dan tak kecik. Cepat masak sebab kena kepung dengan tembok. Api sekata je.

Start bakar lemang dalam pukul 9.30 pagi. Rendang pun dah nak hampir kering. Proses bakar lemang ni pulak, bukan setakat letak and biar kat situ. Kena jaga bara api. Ada masa api bara tu dekat dengan lemang, bila macam dah cukup kering, kena jauhkan sikit. Bila tengah masak, korang kena pusing - pusingkan lemang tu bagi masak sekata and tak berkerak. Dalam pada Lemang nak masak, ko kena hentak sikit lemang tu supaya padat. Kalau kita beli lemang, walaupun ada santan sampai bawah tapi tak padat, means dia hentak tak cukup padat. Nak hentak pun ada cara, bukan dengan cara pegang and hentak, tapi pegang buluh lemang and lepaskan dia jatuh ke bawah, so ketinggian lemang adalah maintain. Terlebih hentak pun boleh buat lemang tak masak.

Settle 2 perkara kat atas, aku mintak excuse ngan mak aku nak keluar kejap. Biasalah aku dan husband aku ada agenda. Korang tau, jalan dari Seremban ke Kuala Pilah sangat jam, so we all ikut jalan Seri Menanti nak ke EconSave kat Melang, kena lawan arus untuk cepat sampai. Sepanjang perjalanan, lalu kawasan kampung, nampak banyak sangat asap berkepul - kepul, sure semua orang pun sibuk tengah nak bakar lemang. Syok pulak tengok dari dalam kereta.

Tengah beratur kat EconSave. Manusia ramai dan padat.

Selesai beli barang kat EconSave, we all gerak balik kampung. Tapi sempat singgah kat kedai runcit kat area sekolah aku dulu. Kenangan tu, sambil tunggu bas, kita org selalu beli aiskrim dan keropok kat sini.

 Singgah sekejap kedai lama. Ais Batu adalah barang yang paling famous menjelang raya.

Kita orang sampai rumah dalam pukul 12 lebih. Aku dah dapat bau semerbak, rupanya lemang dah masak.. fuiyyoo, rasa tak sabar pulak nak makan. Rendang confirmlah dah siap kering. Nampaknya lepas Zohor nanti turn aku pulak nak buat Ayam Masak Merah, Sambal Goreng and esoknya Kuah Lontong. Nasib baik jugak kakak ipar aku dah sampai, so dia yang temankan aku kat dapur. Take turn gitu. Letih? memang letih tapi seronok sangat... Habis bab siang, malam nanti ada part lain pulak... tunggu...

4 comments:

Putet said...

Besnye muz. Memang original betul. Xpernah tgk org buat lemang. I like this post! Hehe

mikamusz said...

hi putet... lama tak dengar cerita. Sib baik sudi singgah sini lagik.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...