Sepanjang bulan puasa, office aku bagi balik pukul 5. Office hour start pukul 9am - 5pm dengan break 1/2 jam. Tapi aku masuk seawal 8.30am je, sebab kena hantar Darin pegi sekolah.
Semalam, Darin puasa dari jam 8am - 5pm, bila daddy dia amik dari school and pegi PARAM, terus dia rasa lapar. Balik rumah siap makan nasi lemak dan mee goreng. Time we all berbuka dia makan murtabak dan pulut panggang. Rasanya macam ada je lagik benda lain yang dia makan sampai aku pun tak perasan. Semalam sempat masak ayam paprik. Yang lain tak masak sebab husband aku ada beli lauk lain kat PARAM. Ish tak payah belilah, masak je apa yang ada. Lagik best.
Malam tadi sempat pegi Tarawikh, Darin nak pegi jugak. Takut dia tak tahan, dan sememangnya ya. Dia nak baca kuat - kuat macam kat sekolah, so aku tak bagi sebab nanti ganggu jemaah lain. End-up dia ikut cara dia. Semua teratur tapi agaknya sebab Imam baca doa panjang lepas baca Al-Fatihah buat dia rasa bosan. Sekejap dia swing telekung dia. Paling tak tahan masa Sujud, dia nak sujud kat tempat aku sujud and siap berlaga punggung. Sabar jelah.
Bila start Tarawikh, dia tak join. Dia sibuk kacau ada budak kecik tu. Actually budak tu umur dia 4 tahun tapi Darin ni kan saiz besar so nampak jurang tu macam jauh sangat. Berpeluh aku nak tunggu habis Witir sambil monitor dia. Nasib baik jemaah muslimah tak ramai, lapang sikit kawasan tu.
Selesai Tarawikh, dijamu dengan roti jala dan kuah kari. Darin je makan sampai 4 keping. We all yang mak - mak ni minum air je sambil borak - borak.
Pagi tadi seperti yang dijanjikan, Darin nak bangun sahur. Kesian tengok dia, makan nasi pun dalam 5 suap je. Yelah, mana ada selera pagi hari tu. Aku sendiri pun takde selera nak makan.
Hari ni tak tau lagik nak masak apa. Menu kena rancang supaya selera ada. Setakat ni memang aku berbuka tak makan nasi. Makan benda lain. Sahur baru jamah nasi. Tengok petang ni apa yang jadi.
P/S: Gambar ikhsan pakcik Google
0 welcoming comments:
Post a Comment