Followers

Friday, December 30, 2011

Europe Trip - Morning Brussels

Semalam hari yang cukup hectic mengembara ke Amsterdam. Kita orang sampai rumah  dah nak dekat 10 malam, Since dah beli makanan siap - siap kat Amsterdam, sampai rumah, bersihkan badan, panaskan makanan dan ngap-ngap jelah.. Darin? Dia memang dah lena sangat dah, tak sedar apa, tukarkan baju dia, bersihkan badan dia and bagi susu minum.

Pagi ni macam biasa jugak, dia bangun seawal jam 4.30pagi. adoi le, penat semalam tak hilang lagik ni, terpaksa jugaklah bangun melayan yang sorang ni, sambil aku tersengguk - sengguk kat kerusi, dia syok main internet sebab kat TV citer kartun tak kuar lagik. Bila dah selesai solat Subuh, terfikir nak masak apa hari ni. Since banyak lagik bahan dalam kabinet tu, apa kata masak nasi goreng jelah.. so bergegas masak nasi dulu dalam periuk,  bukan periuk nasi yang kat rumah tu. settle masak terus plan nak buat 2 perisa, 1 Nasi Goreng Tomyam, 1 Nasi goreng Cina. cam biasa, takde garamkan, so belasah je apa yang ada, janji ada sayur - sayuran, pastu letak sosej lah dan sewaktu dengannya. Air kopi confirm, itu je yang ada.


Siap plan macam - macam hari ni, tapi tak boleh nak shopping sebab ahad kedai banyak tutup. Nak ke Brugge aku pulak yang malas sebab nak kesana kena naik train, lama, nanti lambat pulak sampai rumah. Yelah, malam ni we all kena pack kain baju yang nak ditinggalkan kat apartment member husband aku, just pack apa baju yang nak di bawak ke destinasi seterusnya. sehabis boleh sumbatkan semua barang dalam 2 beg Karimor tu dan 1 beg pack untuk travel sekejap -sekejap.




Selesai sarapan semua, we all pun bersiap keluar. Of course amik train macam biasa kat Rogier, kali ni menuju ke Heysel/Heizel.  Dari stesyen Rogier, kali ni we all kena naik train Line 6, TETAPI, kali ni we all skip train station, instead of ke Heizel melalui Louiza, we all akan turun ke Simonis dulu melalui Yser/Jzer. Untuk ke sana we all boleh naik either Metro Line 6 atau Line 2. Tapi apsal nak kena tukar - tukar kan, kan lagik bagus naik je Metro Line 6 terus ke Heizel.  Memang boleh, sapa cakap tak boleh, cuma masanya adalah lebih pendek. Train kat sana kan cepat dan pantas and sepanjang masa ada. Bukan nak kena tunggu lama pun.




This time Darin enjoy her trip in Metro. orang pun tak ramai pagi ahad tu yang menuju ke Heizel. Dia pun tak duduk dalam stroller lama, all the time berdiri kat ruangan kosong tu and sibuk nak bukak pintu, even takde orang yang nak turun atau naik. The best thing is, basikal pun boleh bawak naik train. hahaha. Kat Malaysia kalau bawak basikal sure kena bebel kan. Even parents yang bawak stroller anak naik lrt pun passengers dah bising.

Tapi apa ada kat Heizel tu yek?


Yang itu kena tunggu next entry.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...