Followers

Tuesday, December 20, 2011

Europe Trip - Amsterdam - Museums - Madame Tussaud

Sambungan dari entry lepas..
Kami sampai kat Amsterdam jugak.. kisah yang husband aku suh berenti tu sebab nak suruh snap gambar.. and bahan bukti yang Darin masih lagik sedap tido.. aku rasa kat memana pun dia rasa sama je, sejuk semedang... biarlah dia tido.. kang kalau dia cranky lagik susah nak control...


keluar dari stesyen "Bie, nak pegi mana ni?".. "entah".. pendek je jawapan dia, aku rasa leaflet yang dok bawak dari tadi tu macam.. takde pedoman je, sebab tak tau nak pegi mana.. nyampah tul, tapi takpe, hati kena kebal..
"jom kita cross jalan".. okeh, at least maju jugak ke depan... cross je Amsterdam Centraal dah boleh nampak River Cruise.. fuh duk berangan ni, bilalah nak dapat naik.. niat tu dah ada, tapi tak tau masa bila.. tengok orang pun beratur ramai... "Kalau naik ni, boleh sampai dekat Hard Rock" alamak, takkan cakap je... jom ler naik.. tapi tulah bertuahnya... kesudahannya berjalan terus ke depan...


Korang kalau jalan jangan lupa tengok kiri kanan sebab sepanjang jalan raya dia ada basikal yang bersepha - sepah, kerata dan jugak tram.. fuh, tram dia ibarat macam bawak bas tak bertayar, kalau bawak kereta masuk Amsterdam, tak tau nak jalan celah mana... and pemandu kat sini tak reti nak berenti pun kalau orang melintas.. oh no.. tapi in some other places, dia orang stop jugak.. terus menyusur tepi kedai, jumpa kedai Tours and Ticket, aku tidaklah masuk, biarlah laki aku masuk sorang je, kat sini korang boleh beli tiket apa je yang korang nak, and siap ada pakej, tapi korang kena budget sama ada boleh ke settlekan semua dalam masa 1 hari, else, dia orang boleh terangkan, even nak beli tiket museum pun sini..


cakap pasal museum ni, semua orang duk sibuk cakap pasal Sex Museum.. best sangat ke? bagi aku apa sangatlah bestnya.. sebab aku pun dah boleh buat Sex Museum..muahaha.. /* ok sorry adik - asik */ tapi kalau korang teringin sangat nak masuk, silakan, takde salah nya pun.. belajar untuk benda yang manfaat wokeh... Tapi pelikkan, apsal plak museum kat tengah - tengah bandar kat deretan kedai? yang itu tidaklah ku tahu... ke depan sikit dah ada Vodka Museum.. haish.. korang nak masuk jugak ke? sekali lagi, hanya untuk pembelajaran sahaja, bukan untuk dijadikan amalan..




Waktu kita orang meredah sepanjang deretan kedai ni, ada terpadang 1 tempat tu ramai giler orang berkumpul.. ni mesti ada buat something ni.. so aku pun nak jugaklah tinjau.. dalam duk celah - celah mat salleh ni sekali aku nampak seorang lelaki, berjanggut panjang, macam ala - ala turban kat kepala, sedang bersila dan pegang tongkat... apa sangatlah bersila sambil pegang tongkat kan, tapi dia bersila kat udara.. tongkat yang di pegang tu untuk menunjukkan berapa jarak dia dengan bumi.. eceh... jarak dia dari lantai jalan tu lah, muka serius giler... aku nak amik gambar, sekali laki aku cakap jangan, sebab takut dia orang marah, kena bayar duit dulu ke baru boleh amik gambar, cegitulah kaedahnya.


takpelah, abaikan kisah mamat ajaib tu, since perut pun dah lapar, meredah carik kedai makan, and jumpalah kedai halal, terus masuk and order macam tak makan 10 hari, memang kalau jumpa kedai halal, kena carik makanan berunsurkan daging sebab musim sejuk, kira nak bagi tenaga.. dah elok order, sekali Darin nak nasi.. adoi ler, kena order nasi butter, pastu siap cakap nasi tak sedap, order pulak fries, tak ke pengsan nak makan semua sekali.. last - last, bungkus, boleh makan tengah jalan walaupun dah sejuk...



ok.. kat mana Madame Tussaud?? memang lurus ke depan je jalan dia tu.. tetiba jumpa kawasan lapang yang penuh dengan manusia, tersergam 1 bangunan yang besar Madame Tussaud.. "nak masuk tak?" aku macam biasa tolak tuah, dengan alasan, " kita tak banyak masa" masa tu pun dah nak dekat pukul 3 petang, bila - bila je boleh gelap tau. So habiskan masa dengan amik gambar banyak - banyak kat sini... setiap tempat lapang, semua ada manusia berkumpul, ada yang menyanyi, main muzik, buat persembahan, ada yang berlagak jadi patung, semua untuk bagi orang datang rasa happy and kelainan, korang bebaik jelah kat sana, barang semua jaga elok - elok, jangan lepa, manalah taukan, kat tempat orang.




Ok, lepas 1 jam lebih berjalan, Darin dah merengek sebab tak dapat mainan, hish panas hati kita orang yang kesejukan ni ha, ntah macam - mana, ada nampak 1 bangunan, hhmm kita cuba jelah tengok apa yang ada kat situ, untung - untung apa yang Darin nak tu ada... sekali lagik, leaflet tu diabaikan je dalam bag, walaupun dalam hati duk bergelodak nak carik Hard Rock Cafe... hish.. potong stim betul

0 welcoming comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...