Followers

Wednesday, October 22, 2008

Open House 2008 - Part 1

This year, we all buat Open House untuk kali ke-3.. last year tak buat coz my hubby busy.. Kami jemput tak taulah ramai ke tak... tapi nama pun open house, sesapa pun boleh datang.. walaupun ada yang aku tak sempat e-mail... terima kasih pada yang sudi datang..

preparation bermula pada hari Isnin lagik, aku gi umah my SIL pinjam periuk besar dia.. aku ada 1 je, so memang nak kena ada lagiklah backup.. hari selasa, we all dah start beli barang keperluan kat Carrefour.. ye kena buat awal sebab nanti tak cukup masa pulak..

Hari rabu after office hour, aku terus menuju ke umah SIL aku lagik satu, pun kes pinjam periuk, kang dah siap masak takde tempat plak nak simpan.. biar terlebih, jangan terkurang...

Hari khamis, ya, atas nasihat husband aku, we all dah beli barang basah sesiap.. ikan, ayam, sayur and semua yg digunakan untuk di masak, kecuali santan and kerisik... balik rumah.. malam tu aku dah start potong sayur sesikit, masak agar - agar dan jugak kek, malam tu aku tido dekat pukul 1, bukan sebab masak je, sebab layan anak aku tengok CD Elmo.. adoii.. ngantuk lah mummy..

Hari jumaat kira klimaks habislah, siang tu aku mintak bibik rebus ketupat siap - siap, kalau malam baru nak rebus.. hhmm x taulah kul baper siap, then dah nak petang sket aku mintak dia keluarkan ikan ngan ayam.. balik dari keje, dah pergi beli santan, kerisik and adalah sesikit yang tertinggal, nak beli tong gas sebab kat umah ada 1 tu dah habis and satu tengah pakai, gi kedai, dia kata tak bley hantar, so we all decide bawak tong gi kedailah.. terpaksa.. sekali balik, bibik aku cakap dia dah siap beli tong gas, dekat cina yg selalu bawak lori, huwa kagum aku.. so aku bayarlah balik duit kat dia..

bermula dengan aku tumiskan sayur dulu utk buat inti popia, and aku toskan ayam tuk masak rendang.. and ikan pun memang dah siap kat luar untuk direbus.. settle makan malam, mandi, solat, aku tumis sayur, then rebus ikan.. pastu bawak anak aku kuar jap and husband aku tidokan Darin.. sambil aku masak rendang, bibik perisikan ikan tu.. and husband aku tolong gulung popiah... rendang tak berapa cantik sangat.. huwwaa, sebab kuali tang sepadan dgn jumlah ayam.. takpe usaha masih diteruskan..

selesai bibik perisikan ikan, bermulalah cabaran aku yg pertama, iaitu masak kuah laksa Johor, dengan ilmu yg diperturunkan oleh MIL aku, aku cuba jaya jugaklah.. nak masak 2 periuk plak tuh.. siap periuk pertama.. cam tak berapa pekat.. then masak jugaklah periuk kedua... dan we all satukan, kenapa tak masak semua dalam 1 periuk, coz nanti susah nak sebati... and habis je adunan, cam sedap je.. husband aku pun teruslah mengacau ramuan tu sehinggalah titisan peluh yang terakhir..

sambil masak kuah laksa, bibik aku siapkan bahan tuk masak kuah lodeh.. husband aku suh masak esok, dah alang - alang berjaga sampai pagi.. aku masak jelah kuah lodeh.. kuah laksa aku makin lama makin pekat, waa.. bestnya cam terrorlah konon, nak gelak aku tau.. tapi hasilnya oklah, at least nampaklah rupa dia.. selesai masak kuah laksa, terus aku tumis kuah lodeh, pun 2 periuk jugak... lepas aku tumis periuk pertama n masukkan santan, husband aku tolong kacau coz aku nak masak periuk yang kedua... coz lepas tu tinggal masukkan sayur je kan, sambil tu bibik aku pun kemaslah apa - apa yang patut..

selesai semua, letak atas meja.. hhmm puas hati aku, makanan utama dah siap masak, esok tinggal sket je lagikkan... end up, we all tido kul 3.30am pagi tu.. tapi at least dah lebih separuh keje aku settle, maklumlah tak ramai yg boleh tolong, kalau esok aku start masak, kang takut bergaduh plak ngan Darin...

0 welcoming comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...