Followers

Thursday, October 9, 2008

Masak rendang pulak..

Kalau dulu aku pernah buat entry pasal kacau dodol, kali ni buat entry pasal masak rendang pulak... pepagi kakak aku and bibik dah potong daging sesiap.. santan plak petang semalam husband aku dah hantar kedai pegi mesin and siap perah... 4 kilo daging lembu + 1 kilo lebih hati + ghabu (aku x taulah sama ke tak ngan paru), 13 biji kelapa yang diambil pati sahaja, cili kering, serai, lengkuas, halia, kunyit sket and lada api, ni semua kena blend...

Tu mak baru nak mula menggaul

Acara mengadun confirmlah mak aku yang buat.. walaupun aku dah jadik pengikut dia tetiap tahun tolong kacau rendang (walaupun dah kahwin), tp still skill tu lum mahir lagik.. cam thn depan takde can kot nak tolong mak aku masak rendang sebab turn Johor, walaupun last year trun raya Johor, tp husband aku sampai kat KLIA from Europe di pagi raya, so sempatlah aku tlg mak aku okeh..


Darin bukan makan rendang, tp makan kuey teow goreng



masuk bab rendang ni, memula daging + yg lelain tu mak aku gaulkan dengan semua bahan kisar tu, dia cakap lada api biar lebih sebab nanti pedas lagik sedap and takdelah bau daging tu masa makan, halia, lengkuas ngan serai tu budget - budgetlah.. tp serai hidup still kena letak dalam 5-6 batang yg telah diketuk utk wangi, tp ni lambat sket masuk.... proses ni we all panggil "pengecutan"




memula ni air daging yg keluar, so dengan air daging tulah digunakan untuk empuk daging.. nampak cam dah berkuah cegitu kot, baru mak aku masukkan pati santan tu.. adalah dalam 4KG lebih kot.. and masaklah sampai kering, supaya tahan lama.. tp memang sampai seminggu pun tahan lagik, kalau dipanaskan pun takdelah macam bau dah basi ke apa... petua dia.. kalau dah amik masuk lam pinggan, baki tu jangan masuk lam periuk, nanti basi, buang jelah.. hhmmm macam - macam kan..


Dah nak masak dah ni

Nampak tak kaki camerawoman tuh

apa - apapun time kasih kat anak sedara aku yg terpaksa rela menjadik camerawoman of the day..he..he..

0 welcoming comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...