Followers

Wednesday, December 21, 2011

Europe Trip - Amsterdam - Magna Plaza - Souvenir Shops - Cheese & Mushroom

Sayup je nampak bangunan tu, sambil tengok kain rentang ada tulis Magna Plaza... terus menuju ke sana walaupun takde dalam senarai nak ke sana. Itu kira shopping complex jugak tapi bukan tujuan asal nak pergi shopping untuk mak paknya, tapi untuk Darin, kan dari tadi dia duk merengek nak mintak mainan, masuk jugaklah ke sini...


tengok kiri dan kanan, takde nampak macam kedai untuk budak - budak pun, banyak barang untuk dewasa dan ada brand yang tak di kenali, nak puaskan hati si kecik, siap naik tingkat atas tu nak make sure ada atau tak kedai mainan, penat betul nak explain dengan dia cakap kat situ takde tempat mainan, hanya tempat untuk orang besar beli barang, end-up amik gambar sepah - sepah kat dalam tu... terus cepat - cepat turun dari Magna Plaza dengan harapan dapat pegi carik Hard Rock Cafe... walaupun husband aku awal - awal dah cakap "orang tak ingat kat mana, tapi dia jaauuuhhhhh"...


Keluar dari Magna Plaza terus jalan kat celah kedai yang bersebelahan dengan Madame Tusaud.. "jangan ko seru aku masuk, aku tak banyak masa ni" kataku kepada Madame Tussaud. Kat sekeliling ni memang banyak kedai jual barang, sebelum ni pun banyak jugak, tapi kat sini banyak kedai branded item, dan jaraknya tak jauh, kalau tadik ko jumpa kedai Lacoste, tak selang mana selekoh sana ada Lacoste, kalau depan kiri tu ada Camper, sebelah kanan kedai coklat pun ada kedai Camper.. so suka hati  ko nak masuk kedai mana, memang bersepah - sepah... Jalan punya jalan, sekali terus Darin melompat dari stroller, rupanya dia dah sampai kat kedai bapak angkat dia ... Kedai Mainan.. ntah hapa namanya pun tak tahu, siap warning tu, jangan amik yang besar nanti tak muat bag... akhirnya dia mendengar kata dan beli sekotak kecik kad Toy Story yang skang tak tau letak mana, baguskan...





Masa meredah sungai tu, bersepah - sepah orang parking basikal, apa ke hal main letak bertimpa - timpa, tak kisah hilang ke? ke basikal memang murah? kalau ye pun murah, kalau hilang ko nak balik naik apa yek? masa jenjalan macam kat tempat ala - ala Night market, teruja pulak tengok bunga tulip tu, macam - macam kaler, siap jual biji benih pun ada.. geram, mana tak geram, geram sebab tak dapat beli. yelah kalau aku beli pun manalah nak tahan sampai KL, jadik bunga kering adalah, hhmm bunga tulip boleh tanam ke kat KL??



Darin pulak sibuk nak mencarik kasut kayu, jumpa memang jumpa, nak suruh dia pilih tu yang tak tahan, nak kaler kuning je, dahlah tak banyak kuning, kalau ada pun besar, adalah jumpa 2-3 design yang boleh diterima akal... pastu duk siap tiup windmill punya fridge magnet.. apa ke halnya lah dia ni... rasanya, semua kedai yang singgah pun nak beli jugak, naik pening kepala, bila dah bayar, letak kat stroller, baru fikir.. "nanti muat beg tak? ada lagik 2 countries nak pegi ni" choi.. potong stim lagik... dahlah tak jumpa Hard Rock Cafe lagik ni...


 Kat sini kan terkenal dengan cheese tapi tak pulak ketahuan cheese jenis apa yang glamour. nak pegi kilang cheese tu memang tak dekat, kena naik train lain lah nak ke sana, kata kawan aku kilang buat kasut kayu pun ada dekat - dekat situ, maksudnya yang famous tu lah, takpelah amik gambar depan kedai cheese pun dah kira bagus dah, nak beli tu memang taklahkan, packaging pun besarlah sesangat, ada kot yang kecik, dah aku tak masuk tengok cemana nak tau ada kecik ke tak tak kan...




Dekat kedai Cheese ada kedai cendawan.. cam kelakar je, Mushroom, bukan kedai jual cendawan pun aku rasa, tapi husband aku beria nak amik gambar depan kedai, apsal tak masuk je kedai cendawan tu, mana tau kalau ada jual cendawan butang ke, cendawan kukur ke, cendawan payung ke... apa - apa jelah cendawannya, tapi kalau tak silap aku, kedai ni takde kaitan dengan makanan.. korang googlelah sendiri kedai cendawan ni jual apa...



  hari dah nak mula menggelap ni, sejuk - sejuk berkabus je nih, perut lapar, tahan dengan biskut, roti ngan fries yang beli tadik, Darin pulak, duduk diam - diam dalam stroller.. dah mula ngantuklah tu kalau dah nak sejuk tu... tengok kejap lagik dia buat perangan ke tak... errkk.. ada harapan ke nak ke Hard Rock kejap lagik nih???

2 comments:

Biqque said...

hahaha lawak la budak kecik tu!

mikamusz said...

budak kecik mana? mak budak pun kecik je bila sampai sana..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...