Followers

Thursday, December 1, 2011

Europe Trip - KLIA - Schiphol Airport - Brussels Airport

"bila kapal terbang nak jalan ni mummy" duk bebel dia sensorang.. we all dapat seat 3 dari tepi, so tepi tingkap ada orang lain duduk, since Darin cakap melayu manalah dia faham yek... sebelum terbang stewardess ada bagi Darin goody bag, ada notebook kecik, pensel warna and apa lagik ntah, so bolehlah baca and tulis sambil warna, bila start dah laju tu.. wa.. dia excited sangat, aik x takut ke anak aku ni??? paling terasa bila aeroplane tu naik, dia kan jadik senget, tapi sebab kapal terbang besar.. so takdelah rasa sangat.. rasanya boeing 777-200 kot... sampailah ke awan biru... so bila pilot cakap dah berada kat udara sekian - sekian.. dah boleh bukak seat belt, kejap lagik hantar makanan, then nanti boleh enjoy dengan entertainment yang ada....

Ni kira sarapan pagi, dah nak dekat sampai Amsterdam dah

nak di jadikan cerita... sebelah seat kita org.. ada 2 seat kosong... hhmmm macam ada peluang cerah je ni.... korang rasa apa yek??? hahaha... stewardess tu pun macam faham, dia cakap dengan passenger yang duduk sebelah Darin tu, kalau dia nak selesa, boleh pindah tempat kat kosong tu.. so, that guy duduk bahagian isle, sebelah dia kosong and the other isle orang lain... Allah tu maha adil kan.. aku dan Darin dapat duduk berdua atas 3 seat... settle sekejap nak fikir macam mana Darin nak tido nanti... makan malam pun dia serve cepat jugak, dalam 2 jam lepas terbang... Darin pun x byk kerenah, dia makan je apa yg dia nak makan and minum air susu.... sambil tu bukakkan citer kartun untuk dia tapi remote control dia mcm rosak.. agaknya dia pun dah bosan.. aku pujuk dia tido.. lama - lama dia tido.. Darin start tido dalam pukul 2am waktu Malaysia... bukak 1 tempat letak tangan, letak 2 bantal bawah kepala dia, siap peluk bantal Barney and selimutkan dia.. aku pun dapat tido dengan aman...

 Goody bag yang KLM bagi tak pernah lekang, hilang sekejap mesti carik sampai jumpa

perjalanan tu rasa sgt lama.. 11 jam lebih... tetiba terasa nak gi toilet... aku gamble je tinggalkan Darin sendorang... aku check keliling, semua org pun lentok... tapi biasalah.. cecepat pegi, cecepat balik.. masa gi toilet nampak sorang makcik pakai tudung, bila aku tanya, rupanya dia orang Indonesia.. duduk kat Amsterdam... kira balik Indon tu balik kampung lah.. x taulah dia tu keje kat Amsterdam tu sebagai apa.. biarlah dia kan...

 bestkan, sambil tengok citer kartun, mulut nganga je tunggu makanan

Lama Darin tido.. bila dah nak tiba time makan, aku kejutkan dia.. dah nak dekat pukul 9am waktu Malaysia dah.. tanya dia nak gi toilet ke tak.. dia cakap x nak, sibuk nak tgk kartun.. kali ni dia guna TV yang paling hujung sekali... so senang sikit nak letak makanan... aku duduk seat tengah, sambil dia tgk tv, aku suapkan dia makan.. so seat lagik 1 letak makanan yang belum berusik.. selesai suap dia makan.. barulah aku makan pulak dengan aman tapi laju - laju....

 bila nak dekat sampai, suka aku tgk flight info, pukul berapa sampai, kat mana skang, mana gelap, mana terang..

bila time nak landing... sekali lagik kena pakai seat belt.. since dia ok je dengan arahan "fasten your seat belt" kira ok jugaklah... selamat mendarat kat Schipoll airport pukul 5 pagi waktu Amsterdam... pagi tu pun ramai jugak org... spot pertama carik toilet cuci muka.. then pusing - pusing... terjumpa pulak tempat mainan budak - budak ala hutan... bawak Darin main kat situ sambil nak tunggu next flight pukul 9.20am... sambil tu ada 2 orang anak orang Canada and lagik 1 anak orang "black" main dengan Darin, tapi yang "black" tu tak join sangat sbb dia budak lagik... Kesian Darin, dia nak main n gan budak Canada tu, bebudak tu siap borak ngan dia tapi dia tak tau cemana nak reply.... end up.. dia amik iPad kat aku and ajak bebudak tu main sesama.... sampailah mak budak tu datang and ajak dia org balik...

 dalam banyak - banyak gambar, ni je yang ada, yang lain tak tau hilang ke mana.. Kids Forest @ Schiphol

then we all teruskan perjalanan ke Gate B nak naik flight lagik 1... walaupun nak ke negara Europe jugak, we all kena lalu imigresen Amsterdam.. and jawab soalan standard dia org.. masa ni aku bawak Darin, selain tunjukkan Passport, dia mintak birth cert. untuk pastikan anak ni anak kita, tapi birth cert kita pun dalam bahasa Melayu kan.. so aku just tunjuk MyKid.. x taulah dia faham atau tak... so in case kalau nak pegi memana, document anak jangan lupa bawak sekali untuk elakkan apa - apa perkara tak diingini berlaku.. negara dia orang boleh bubar undang - undang bebila masa yang kita sendiri pun tak pasti... selesai kat situ.. we all terus carik Gate B...

lama jugak tunggu kat sini, siap gaduh ngan Darin, pastu gelak, makan, minum.. cakap bahasa sendiri, org lain tgk je.. tak kisahlahkan janji Darin enjoy... tunggu kat gate B30/32, tapi tak nampak bayang kapal terbangnya pun... tak lama lepas tu kena panggil masuk... bila dah lalu aerobridge tu.. sekali kena turun tangga la pulak.. and naik bas lain.. pengsan... tu pun nasib baik pakaikan Darin sweater.. dia dah mengigil kesejukan dah...

 Berjalan menuju Gate B, penat dan sangat jauh...

terpaksa tunggu dia turun tangga.. dapat naik bas, ada 1 lady bagi dia duduk...tapi knowing her, mana dia nak duduk kalau maknya x duduk.. pujuk jugak, lelama dia duduk, nenek sebelah dia pun senyum je tengok Darin... naik flight terfikir pulak, mana orang yang angkat stroller?? then nampak 1 guy berdiri kat tepi tangga, terus tanya dia.. and dia ckp letak tepi tangga, nanti dia bawak naik, lepas aku letak, org lain pun letak beg memasing kat tepi tu jugak... masa naik flight kecik ni, dia org tak beratur.. tapi bila nampak aku bawak budak kecik, terus dia stopkan passanger lain,a nd bagi we all naik dulu..

Nak carik seat 15E dan 15F punyalah seksa... x nampak pun celah mana dia tulis tu... tapi jumpa jugaklah.. kali ni Darin duduk tepi tingkap, and aku duduk tengah... Then ada 1 guy duduk sebelah aku, kira muda jugaklah.. Darin siap gelak - gelak and cakap "mummy duduk sebelah dia.." macam - macamlah ko ni Darin...

 Naik atas flight, terus pakai seat belt.. x sabar nak jumpa daddy lah tu

Naik je atas aeroplane, sibuk bukak tempat letak makanan tu cakap nak makan... padahal journey ni sekejap je dalam 30 minit camtu... dapatlah minum air oren dengan makan kacang... dari atas aku tunjuk kat dia luar tingkap.. suruh tengok Eropah cemana... tapi antara nampak dengan tak nampak, specially bila dah nak mendarat... baru nampak dengan jelas... tapi masa nak turun sangat adventure.. kapal terbang kecik.. terhoyong - hayang rasanya naik kapal terbang tu... aku pun dah seriau je.. doa memacam keluar... akhirnya selamat kami mendarat di Brussels International Airport....

 Kan dah cakap, nampak je daddy, muka terus excited terlebey... dah startlah macam - macam kejap lagik tuh

1 comment:

Kakibuku said...

lama x dtg sini..ko tukar nama blog eh..aku ni bila tukar layout mulalah entah mana hlg link semua org..

btw..hubby ko kt saner ker skang ni musz..alolo...sshnya..aku yg travel kt msia ni dgn askar2 tu pon terkejar2..kalo dpt ke tmpt2 mcm tu..agknya pengsan tegak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...