Followers

Showing posts with label Malaysia-KLIA. Show all posts
Showing posts with label Malaysia-KLIA. Show all posts

Friday, July 18, 2014

Tragedi #MH17 - Hilang mu bagai Perwira

Pagi ni rata - rata negara dikejutkan dengan tragedi #MH17, penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, yang dijangka tiba jam 6:10 pagi tadi, telah terhempas di Ukraine.


It was happened last night (waktu Malaysia).. so sudden bila husband aku tetiba cakap "Apa? flight MAS terhempas kat Ukraine?? Betul ke ni?" Aku pun macam terkejut, tengah set kepala nak tido, terus bangun and bukak Astro Awani. FB pun soalan keluar bertalu - talu and yet, berita itu sah.. terkejut dan sangat - sangat terkejut. At first memang aku cuba cool down and harap macam ada yang boleh diselamatkan. Tapi berita seterusnya pesawat tu ditembak oleh peluru berpandu Buk, aku rasa geram sangat.. WHY????




Dan ditambah menyayat hati, Kapten kapal tersebut adalah jiran kita orang. My husband sure terkesan, baru je beberapa hari lepas jumpa solat Tarawikh sesama kat surau, plan for next Badminton schedule untuk penduduk taman, and tak sangka itulah perbualan terakhir mereka. Most of penduduk taman memang sangat sedih. Ucapan takziah buat keluarga Kapten Wan Amran Wan Hussain, semoga arwah tenang di sana. Salam takziah juga buat keluarga anak kapal dan penumpang MH17, Al-Fatihah buat mereka yang beragama Islam.

Bila sebut pasal Amsterdam, terkesan di hati sebab inilah airport/negara pertama yang aku jejak, luar dari Malaysia buat pertama kali, masa 2003. Lama gila tu. Masa tu naik KLM, transit di Schiphol untuk ke Boston dengan pesawat Northwest Airline. Masa balik dari Amsterdam, dapat naik MAS, memang excited sbb rasa macam dah halfway sampai Malaysia. Masa tu tak tau apa dalam fikiran. Naik flight sorang - sorang travel dr Malaysia ke US pergi balik, tak pernah terfikir yang kapal terbang akan kena tembak, melainkan terhempas tu je. Last visit to Amsterdam was in 2011.

Then husband pulak selalu travel ke Belgium, pun transit di Amsterdam. Ada sekali tu 3 tahun berturut ke sana. Sepanjang perjalanan setiasa doakan dia dalam keadaan selamat pergi dan selamat kembali. Dia sendiri admit yang dia tak boleh nak tido sepanjang perjalanan.

Beralih pada kisah MH17 ni, tak banyak nak cakap. Cuma harapkan negara kita dapatkan kepastian ke atas mayat yang masih lagi ada yang tak dapat di kenal pasti. Semoga dapat disempurnakan semana yang boleh.




Terlalu banyak spekulasi, tentang puak pengganas yang nak tembak flight lain, tapi tersalah tembak. Rasa memang tak boleh maafkan kes macam ni. Rasa nak bom je sapa yang buat tu. So sad. Laluan udara Ukraine pun dah disahkan oleh IATA dan ICAO laluan itu selamat untuk digunakan. Means memang takde gencatan senjata berlaku tapi ada pulak hidden agenda yang tak diketahui kat sini.




Ini semua dugaan buat kita.. belum selesai kisah Lahad Datu, kini perairan Sabah diserang lagi.. Belum reda kes MH370, timbul pula kisah MH17. 

Kita masih lagi di sini, meneruskan sisa - sisa hidup kita, kerja macam biasa, amik and antar anak sekolah. Berbuka dan bersahur seperti biasa. Tak pasti bila tiba waktu kita pula.





Ada juga yang tak sayang mulut mengata macam - macam pasal PM kita. Tapi dia pun dah berusaha sebaik mungkin untuk melakukan yang terbaik untuk semua. Bukan mudah nak suruh seseorang tu step down. Pemimpin yang bagus adalah, pemimpin yang memulakan sesuatu, dan menyudahkan sesuatu, dia turun di saat semua orang mengingatinya, dan bukan di saat org mencelanya.


Kita doa yang terbaik buat negara kita.
Kita kena bersatu padu.
Kalau tak dapat nak sumbangkan tenaga, cukuplah setakat doa.


#Prayformh370
#prayforsabah
#prayforgaza
#prayformh17

Monday, November 28, 2011

Europe Trip - ready for boarding...

Perjalanan dari rumah ke KLIA dalam 40-45 minit.. itupun ada sesak sikit kat area KESAS... maklumlah ramai orang nak balik kampung nak sambut raya haji.... selain dari itu perjalanan semua lancar, hari pun tak hujan.. sampai kat KLIA, pakcik Arshad tolong bawak turun barang, Darin siap tertido dalam teksi, just kejutkan dia nanti dalam flight tak nak tido pulak...

masuk je kat Departure Hall, terus carik Kaunter J untuk KLM, tapi tak bukak lagik... hhmm tak ramai orang ke dari Malaysia, selalunya 3 jam sebelum berlepas dah bukak kaunter tapi x bukak lagik.. aku pun pusing - pusing sambil tolak Darin dan troli, tapi Darin suka buat aksi bukan - bukan, kejap lari sana, lari sini, pastu sibuk nak beli coklat M&M yang ada kipas tu.. penat pujuk dia... so far masih bertahan lagik...

dah nampak ramai yg beratur, aku pun beratur sama... bila sampai giliran.. bagi passport dan e-ticket, aku dah check-in siap - siap kan rumah and boarding pass pun dah print, tapi dia bagi yang lain jugak.. so tak kisahlah.. so bag and terus sampai Brussels... siap budak tu cakap "kecik je bag kak.. banyak yek nak shopping kat sana.." ces.... berat beg pun cuma 8kg jer...

settle pasal beg, aku ajak Darin gi surau.. kena solat cecepat, kalau tak karang dia pulak lari keluar... masa tu daddy dia pulak sibuk call, lagiklah anak dara tu buat perangai, penat akak ko ni coolkan dia.. keluar dari surau, dah nampak pulak kedai mainan... sibuk nak beli mainan... bukannya senang nak sumbat dalam beg lagik dah...



penat tau berendam air mata kat situ.. org kiri kanan tengok tak hirau apa dah.. nasib baiklah kat Malaysia lagik Darin ooii.. lepas buat perjanjian damai... kata sepakat di buat.. beli M&M yang ada kipas tu je.. itu pun dah RM20++ tau... terus muka senyum, mintak makan sumer.... then we all pun masuk dalam... semua pun ok, kat imigresen pun ok...




dan teruslah naik train nak pergi ke Gate C.. C berapa x ingat pulak dah... sampai dekat Gate, terus beratur.. ini paling x best, semua benda nak kena angkut dalam scanner tu, so penat asingkan barang and Darin kena bangun, kat Malaysia stroller tak payah lipat, so tolak je masuk and dia org check.. beg semua masuk dalam scanner, Darin jalan dulu.. lepas Darin baru aku jalan...


sambil lepak - lepak nak tunggu masa... boleh pulak Darin nak ke toilet... adoiii... kena keluar balik... jalan laju - laju ke toilet, takutlah kang tetiba dia terkucil ke hapa ke kan.... nasib baiklah toilet tak jauh, tapi menggelabahlah akak ni ha... pastu kenalah lalu lagik sekali mesin scanner tu..
"aik tadik bukan dah lalu ke?"
memanglah dik oi.. dah anak akak ni tetiba nak gi toilet, takkan nak tahan.. padahal sebelum tu dah tanya byk kali dah nak gi toilet ke tak.. dia cakap tak.. isshh....



kalau dah masuk kat area gate, and nak keluar balik.. dia org akan pegang boarding pass kita, passport kita pegang, bila masuk, balik, dia akan bagi balik boarding pas tu kat kita.. so no worries...

yang bestnya bila berjalan dengan budak.. kita dapat masuk dulu... jadi takdelah susah nak bawak Darin, nak simpan barang semua... and senang nak carik tempat duduk.. kalau dah masuk ramai - ramai, kena tunggu orang tu simpan bag, orang ni duduk dulu... and memacam lagik...


 nampaknya Darin dah tak sabar dah dengan another advanture naik aeroplane.. dulu naik Air Asia masa  umur 1 tahun pegi Langkawi.. kali ni lagik jauh dan lama.. harapnya dia oklah....

Saturday, April 2, 2011

Mak dah balik UMRAH

Dah seminggu dah mak ngan apak balik dari UMRAH... baru kali ni sempat nak upload gambar masa menghantar kat KLIA.. mcm org selalu cakap, yang nak pergi 2 orang, yang menghantarnya sampai 1 bas, tapi we all cuma 3 kereta je...

 me and my sis

kul 11 lebih bertolak dari Shah Alam, sampai kat KLIA sib baik awal sket, coz kalau lambat lagik 30 minit, sure beratur nak PARKING kereta kat Block C, nak dapat Level 2 tu memang harapan tipis sangatlah... sampai je check-in dulu... eh tak, dah ada org uruskan semua, we all isi perut dulu kat food court..


ini kali kedua mak ngan apak gi UMRAH.. 5 tahun lepas ikut group lain, kali ni ikut UTAS pulak... sepatutnya pakej dia ni ada ziarah ke Cairo, tapi sebab kes huru - hara kat Mesir tu, dia orang tukarlah semua jadual penerbangan, and top-up kat transport, so kat Jeddah mak ngan apak tak payah naik bas, dia org amik flight jugak....

Darin tak follow sebab chicken pox dia tak surut lagik, so semua anak sedara frust sebab Darin takde.. jadik memasing bawak diri..

ada melayan diri kat mesin urut badan, ni memang tak bley tahan, kepala ngan kaki tak cukup piawaian tapi nak jugak mngurut.. RM1 dalam 15 minit kot... ntah berapa pusingan dia org belasah pun aku tak pasti..


ni yang gang - gang budak sekolah menengah.. lepak kat tepi sambil bukak citer Kasut Supralah.. Blackberry barulah... itulah, inilah.. fuh, bebudak zaman skang, pengsan, aku yg keje pun pakai 1ketul je handphone.. dia ada yang pakai sampai 2 bijik telefon.... kencang business...

 cubaan Aidid nak bukak kasut Supra Bang Long

 nilah dia kasut Supra yang diaorg gilakan tuh

dalam pukul 2 lebih, mak nak masuk dalam dah... sebab mak kena check-in manual, tak boleh nak pakai ibu jari tangan dia sbb machine tak boleh nak detect, nanti takut queue panjang sangat... turunlah dia org..


2 hari sebelum mam berlepas.. sepatutnya abang ngan kakak ipar aku pun pergi umrah jugak, tapi Visa dia org tak siap lagik.. sian dia org.. tapi Alhamdulillah, dapat jugak dia org pergi hari Selasa subuh tu bertolak ke Jeddah....


jadik berempatlah mereka kat sini.. bestkan pergi reramai.. walaupun lain - lain pakej.... tapi still dapat jumpa jugak.. bolehlah jenjalan sesama...


Mak ngan apak sampai sini hari Sabtu 26/3/2011 while abang ngan kakak ipar aku sampai sehari selepas dia orang..
selesai semua.. bila pulak turn kita orang yek???
 

Friday, September 4, 2009

Melepaskan kau pergi

cheewahhh.. tajuk x boleh tahan tu...


pagi tu seawal 4 pagi aku bangun, make sure semua dah siap... nasib baik barang - barang semua dah masuk dalam kereta sebelum tido lagik.. aku tau, bibik pun bukannya lena sangat tido, badan dia je kat sini, hati dan fikiran dah sampai Surabaya kot...


aku mandi, siapkan diri, aku tengok dia dah bangun, family aku pun terjaga sekali.. aku siap call neighbour sebelah aku coz dia pun nak jumpa bibik.. yelah sempat jugaklah 4 bulan bersama.. tak sempat nak mesra.. dia dah nak balik.. aku rasa bibik pun rindu jugak... mkalumlah, we all baru je pindah kawasan baru... dia pun x puas lagik duduk rumah aku tuh... perjalan mesti diteruskan, jam dah pukul 5 pagi, Darin pun aku kejutkan bangun, tukar baju dan pampers je, and terus we all ke airport, aku tak nak lambat, manalah tau kalau ada proses yang tak kena ke.. susah jugak..


sampai kat airport, tak banyak barang boleh bawak.. total barang bibik dalam 80KG lebih.. kena bayar dalam RM2000++ tau.. dia pun takde duit sebanyak itu, and we all pun x boleh nak tolong byk, tak tau apsal semua barang dia berat... we all takde simpan jongkong emas pun kat rumah..dia lepas bawak dalam dekat 30KG ++ kot, itupun tumpang - tumpang orang lain, tapi kena bayarlah anak ikan haruan yang tolong tu.. murah sket je kalau kena bayar direct kat airport tu sendiri...


nampaknya we all terpaksa bawak balik barang dia, and serahkan kat kaka@makcik sedara dia yang uruskan.. we all pun tak berani nak pegang lelama.. kesian jugak dia.. tapi dia tetap kena balik jugak...


Darin pun ok je, takdelah nangis - nangis, good anak mummy... Insya Allah, harapnya semua selamat... bye bibik..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...