Esok Darin genap 5 tahun, awal sikit keluar entry ni sebab esok nak bercuti... Selamat Hari Jadi Sayang... Seawal usia 1 hari macam tak percaya dapat pegang anak sendiri.. selama 2 tahun 5 bulan dia berada bawah asuhan bibik... sekarang sepenuhnya di bawah asuhan aku dan husband aku..
Membesarkannya tidaklah serumit mana, demam batuk selsema adat anak - anak kecil bila dah duduk nursery. Keluar masuk hospital, ubat berbotol - botol itu semua lumrah menjadi seorang ibu dan bapa. Sapa yang sanggup tengok anaknya sakit. Setiap malam batuk sampai muntah. Semua makanan yang boleh memudaratkan aku CUBA untuk tolak bulat - bulat.
Sekarang Darin dah tak macam dulu. Harap sangat antibodi badannya bertambah kuat. Sejak di hantar ke Sekolah Al-Ikhlas Pre Tahfiz kat Seksyen 3 ada perubahan dalam diri dia... bukan sebab dah kenal huruf, bukan sebab dah pandai tulis nama, bukan sebab dah pandai baca buku Peter and Jane.. itu semua dia dah tahu sebelum masuk sekolah lagik. Tapi dia lebih rapat dan akrab dengan aku dan ayahnya. Dia dah mula pandai berdoa, dalam bahasa Arab dan juga bahasa melayu. walaupun ayatnya ada sikit tunggang - terbalik, tapi aku faham maksudnya...
"Ya Allah, Jauhkanlah kami dari api neraka"
"Ya Allah, Terima kasih dengan rezeki yang Engkau beri"
"Ya Allah, berikanlah aku adik" (eh..)..
Bila aku dan husband mula bercakap panjang and ada sikit tinggi suara, dia akan cepat - cepat depakan tangan and suruh "DIAM"... means stop fighting.. actually bukanlah gaduh, tapi dah memang husband aku suara dia agak kasar dan tinggi... selalu ingatkan dia kena cakap lembut dengan Darin..
And now Darin cakap pun ada lembut. Bila aku cuba ajar dia maaf - memaafi, dia boleh terima dengan hati yang terbuka. Sejuk sangat mata aku tengok dia..
TETAPI..
Tiap kali ambil dia dari sekolah, bertalu - talu soalan dan ayat keluar dari mulutnya
"Mummy pergi keje lagi ke lepas ni?"
"Office Mummy ada party tak yang saya boleh pergi?"
"Saya nak pergi Office Mummy"
"Kenapa Mummy tak terus balik rumah"
"Lepas ni, kalau Mummy dah habis kerja, Mummy balik rumah, biar saya pulak pergi keje..." (menunjukkan protesnya)..
Tiap kali sampai depan pintu rumah, sentiasa merengek nak ikut aku pergi office.
Sedih sangat, tapi aku kena kuat semangat, kalau aku tak kuat semangat, Darin pun akan lemah semangat.
Semua orang cakap aku manjakan anak.. tapi itu sahaja anak yang aku ada buat masa ini. Andai ditakdirkan itu sahaja zuriat yang Allah berikan, aku Redha dan Pasrah.. itulah Intan, itulah Permata... aku tak nak terlepas pandang dari membesarkannya...
Setiap kali di office, mesti teringat dia... tak sabar nak balik jumpa dengannya..
Mungkin ada pada hari - hari penting aku patut ada dengannya, tapi aku terpaksa lepaskanya untuk seketika, demi masa depan..
Selamat hari jadi sayang..
Mummy sayang Darin Sufiyah Dunia Akhirat...
Semoga Allah permudahkan segala urusanku..
Ya Allah, jika rezeki itu dari langit, Kau turunkanlah
Jika ia berada di bumi, Kau keluarkanlah
Jika ia jauh, Kau dekatkanlah
Jika ia sukar Kau permudahkanlah...
Amin...
/* Dalam tak sedar air mata menitis satu demi persatu */
0 welcoming comments:
Post a Comment