Followers

Wednesday, January 4, 2012

Peel anak ke sekolah

morning.. hahaha
hari ni sure ramai sangat parents yang amik full day leave atau half day leave sebab hari ni kan start sekolah.. macam - macam peel anak kat school tu nanti, tak kisahlah either kindy atau pun standard 1, kalau Form 1 buat perangai, memang kena sebat nih..

Hari ni aku kena siapkan 2 orang budak ke sekolah, 1 Darin 1 lagik anak sedara aku. ok. Pasal anak sedara aku tu, dia sementara je, sebab penempatan asrama boleh terlupa pulak letak nama dia, sib baik lah mak sedara ko rumahnya ala sekangkang kera dari skul tuh.. and kebetulan pulak anak jiran kita orang, which is skul sama ngan anak sedara aku, pun dah tak duduk asrama (ni dia tak mo duk asrama dah).. syukur sangat, pada Abang Rosli jiran Canting kami, sudi tumpangkan anak sedara aku ke sekolah. Takpelah bang, dapat tumpang ke skul pun ok, balik takpe, nanti aku amik lambat sikit, so dia duduklah skul tu lelama. Tahun ni pun nak PMR, kalau ada homework, buat kat sekolah sesiap, baca buku ke hapa, balik umah just rehat, makan, kemas sikit barang and tido jelah... ok... selamat datang ke asrama Maksu ko..ngeh..ngeh..ngeh...


ok kisah Darin lain pulak, kejut dia sebelum pukul 7, memang liatlah dia nak bangun, tapi kena paksa jugak, bukannya 1st time kena bangun pagi, sebelum ni pun dah hantar kelas percubaan 4 hari, orientasi 3 hari.. hari ni je kena skul bebetul.

Boleh pulak time pakai baju tak mo pakai, menangis tak nak pakai katanya sebab bosan, pengsan omak ko.. paksa + pujuk merengek gak. last - last omak eh pujuk dengan stationaries baru yang jiran sebelah bagi, terus senyim simpul. bagi makan coco crunch tanpa susu dengan air kosong. perus dia penuh lagik tu baru habis minum susu sebotol.

suka pulak dia tgk tudung tak rasmi tu. Beli pun kat Carrefour seksyen 23 je.. patutnya dapat tudung warna kuning, tapi size yang tinggal kecik sangat, so kena tunggu stok baru. tapi cam masuk je warna ni kan. mana tau kalau skul dia tengok, next year dia orang nak tukar kaler tudung tu. muahaha.. siap cakap "tudung sana ada bling-bling, tudung mummy takde kan".. " haah, mummy punya pesen lama, Darin punya pesen baru ni".. lagik sukalah cik minah tu..

ok, selesai untuk hari ini, harapnya hari mendatang berjaya jugak... all the best...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...