Followers

Monday, January 9, 2012

Europe Trip - Grand Palace - Maniken Pis

 Sepanjang dalam bas, memang tertido, ngantuk sangat tak boleh tahan, bukan aku sorang je, Darin pun sama, husband aku siap suh aku bangun, katanya nanti tak dapat nak tengok tempat orang, masalahnya mata aku ni memang kena tongkat dengan mancis baru boleh tegak. Baik tido dulu, kang sampai sana kang nak berjalan lagik.



 Aku tak tau kat mana dia berentikan aku, tau - tau, laki aku kejut, suh turun. Aku pun capai stroller, bukak sesiap coz laki aku ofcoz ler mengangkat Darin. Adoi, sejuk ya amats, baru je nyaman kena heater dalam bas, la ni dah beku balik. AKu follow je montot laku aku gi mana. Kalau dia masuk gay bar pun aku tak perasan.. hetchu..




Jalan tepi kedai, tau - tau dah masuk dalam 1 bangunan.. wa.. cam best je, macam dalam filem Anna and the King pun ada view dia (macamlah aku tgk citer tuh).. kiri kanan adalah kedai, atas adalah bumbung kaca berbentuk semi-circle, boleh tembus cahaya. Bumbung sangat tinggi. Bila aku google balik..oooo Galeries St Hubert, masa kat sana tak perasan pun apa nama dia, even laki aku pun x sure.

Galeries St Hubert

Lepas dah lalu dalam bangunan ala - ala Anna and The King tadik, terus melalui kedai makan yang macam ko nampak ala - ala kedai makan kat uptown, tapi mmg curlast punya presentation. Dahlah meja kedai sebelah rapat dengan sebelah dia, pastu orang lalu - lalang between kedai tu, dengan tolak strollet bagai, risau je aku kalau gelas tinggi cantik tu jatuh berderai. Kat situ jugaklah husband aku makan Mussels, tapi macam orang ckp, kalau sampai kat Brussels, kena makan Mussels.. tapi aku tak makan pun, cam malas plak...

amik sipi - sipi je

Merentasi dalam celah - celah kedai tu tadik, terus tembus keluar ke arah Grand Palace. Sinilah tempat yang husband aku nak bawak kita orang. Macam kat area Madame Tussaud jugak kat Amsterdam, ada kawasan lapang yang dia orang sibuklah buat performace. Masa aku sampai, ada sekumpulan sarkis tgj siapkan barang - barang nak buat persembahan. Posing - Posing sat kat depan tu, lalu lagik celah - celah kedai. Nak pergi mana pun aku tak sure.. rupa - rupanya nak bawak we all ke Maniken Pis yang original... ada yang tak ori ke? hahaha... gambar budak kencing berdiri tu kecik je kat atas tu ha, pastu dia pagar keliling, pastu org semua amik gambar depan tu. Tempat dia kecik secoet je.. so kena rebut - rebut okeh. Tapi semua pun sporting, jadi takdelah kes.. "hoi, aku dulu ler..."




 depan Grand Palace

Dalam diam -diam tu, perut dah berkeroncong, sib baik laki aku faham, terus dia sambar waffle 3 ketul, 1 coklat, 2 yang original. aku suka yang original, sebab yg chocolate tu dia curah chocolate pekat atas waffle, dan choc sana mmg pure, rasa pahitlah cegitu. Make sure air masak ada bersama and we all tak pernah lekang dengan air mineral dan sebotol coke dari Carrefour. Tengah syok makan, nampak awek ballet ni pakai baju seksi skin kaler and nipis, siap takde pun pakai baju berlapis - lapis, siap tangan terdedah, kaki terdedah, tak sejuk ke hapa minah tu, sambil buat aksi Marilin Monroe ketuk pintu. Tapi takde sapa pulak bukak pintu tu, lantak dia oranglah.


Kecik je Maniken Pis tuh

Berbalik ke Grand Palace tadik, nampak si sarkis dah start, masa tu ada sorang pompuan, pakai baju biasa je, tengah pegang batang besi yang panjang tu untuk balancekan badan. Tali tu pun takdelah dia pasang tinggi sebab ni ibarat sarkis jalanan. Yang lelain tu ada jugaklah kat tepi tu, biasalah hari Ahad kan hari untuk berlibur. We all dah mula membeku, terus carik jalan pulang. Laki aku cakap dekat, sebab dia tau jalan, tapi memag dekat pun sebenarnya. Patutlah boleh dikatakan setiap ahri dia gi sini lepas opis hour. We all singgah Hector Chicken untuk beli dinner. Memang sedaplah ayam goreng dia, rangup and terbaik. Macam tak puas je makan hari tu. Dalam 6 euro kot tapi banyaklah ayamnya, siap bagi fries dengan apa ntah. Kali ni nasi pulak dah habis. So makanlah dengan baki nasi goreng pagi tadik. Oh malam ni kena all out kemas barang, mana pack nak tinggal kat Brussels and pack mana yang perlu untuk ke London. Aku siap terbabas tido lepas makan sebab ngantuk, atenya jet lag tak abis lagik. Kul 8 something aku gagahkan jugak bangun, dalam kepala weng tu kemas barang, and laki aku hantar barang gi umah kawan dia. Ok tido semua, esok nak jalan jauuuhhhhhh

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...