Followers

Tuesday, January 10, 2012

Europe Trip - Off to London

Hari yang di tunggu, kita orang akan bertolak ke London. Tiket dan penginapan awal - awal dah siapkan dari KL. Cuma bila sampai sana, fikir nak naik apa ke tempat penginapan. Walaupun laki I tu dah pernah berkali - kali pergi London tapi tetap ada ayat 'tak konfiden' dia kuar dari mulut.. ish... terpaksalah aku pun buat - buat tak takut.


Sebelum keluar rumah takdelah makan sangat, cuma minum air, makan apa yang ada je, sebab takut jugak terlewat. Walaupun perjalanan dari rumah ke Rogier, then sampai ke Midi, actually dah boleh budget pun dalam 30 minit dah sampai, tapi biasalah, takut ada apa - apa jadik tengah jalan pulak. Nak jadik citer, belum kuar rumah pun lagi, laki I sakit perut. So bagi dia settle apa - apa yang patut dulu. Hmmm tak taulah salah makan kat mana.



Dalam pukul 8.40 pagi bergerak keluar dari rumah. ada masa 1 jam 19 minit sebelum keretapi berlepas. Dalam 20 minit kita orang dah sampai pun Stesyen Keretapi Midi. Train dalam bandar dengan train antarabangsa jaraknya jauh, walaupun dalam 1 stesyen keretapi yang sama. Besarnya dah macam sama dengan KLIA punya Satelite Building. Ikut je signboard, mesti jumpa, yang tak best, kalau ada escalator tak bergerak, nak pengsan jugak carik Lif, worst come to worst, kena angkat stroller naik tangga.



Bila tengok je Train Information Display, Eurostar kena amik kat Platform 1 & 2, which is paling hujung bangunan. Sampai je pintu masuk pusing bulat - bulat tu, we all beli something utk bekalan dalam perjalanan, of course roti jelah. Yang lelain ada dalam beg jugak. Nak masuk dalam ni macam biasa, kena scan beg jugak, kalau anak ko tido, ko kena angkat anak ko, bukakkan jaket semua, tolak stroller masuk dalam scanner. Sungguhlah mengikut procedure, dia akan check jugak sekeliling neck kita specially yang pakai tudung, tapi jangan takutlah kalau tak buat salah pun.


Lepas amik beg, akan ada 1 tempat untuk kita isi form, macam Kad Putih nak masuk Singapore, sila isi untuk setiap seorang, bila dah isi, beratur kat imigresen kaunter untuk dia validate. Just tanya simple question je, dan selalunya lepas kalau maklumat yang kita bagi tu cukup. Kalau nak masuk and keluar UK je strict sikit, ke country lain macam Amsterdam 2 hari lepas, turun naik train macam naik komuter je, tak check passport pun.

Kat tempat menunggu dia sangat proper, kita duduk kat seat yang disediakan, bila sampai masa dia akan panggil naik ke atas. Dalam 10 minit pukul 9:59am, we all dah boleh masuk dalam train, dia akan tanya kita gerabak mana, and terus arahkan kita naik tangga kiri atau kanan, masa kat sini, kita dah rasa half  London sebab pekerjanya semua cakap English yang ada slang British. Naik atas train, letak barang, carik seat and duduk diam - diam. Bila train mula bergerak, dah rasa excited dah, yelah pergi ke negara lain hanya dengan naik keretapi. We all bakal sampai London pukul 10:56 pagi. Rasa macam tak sampai 1 jam kan. Tapi jangan lupa, London lambat 1 jam dari Brussels, so perjalanan kita orang 3 minit kurang 2 jam.


 Train dari Brussels ni berhenti kat Lille Europe jugak, which is dah Sampai France pun. So of course ada orang sini nak ke London jugak kan. Time ni, sila duduk tempat duduk masing - masing. Bila train dah gerak balik, baru boleh duduk kat memana tempat kosong yang ko suka. Orang cakap, Train dari Brussels ke London lalu bawah laut, sebab UK di 1 kepulauan lain. Dalam kurang 1 jam perjalanan, driver train tu cakap, dah nak mula menyeberang laut. So masa ni confirmlah gelap and telinga pun mulalah berdengung. Rasanya dalam 20 minit kot dah keluar laut balik menunjukkan laju tak lajunya train tu.



Dah berejam duduk dalam train, sampai jugak kat St Pancras Station. Jejak je London, nampak jam besar sangat kat dinding menunjukkan pukul 11 pagi. And nampak jugak lambang Olimpik yang gelung - gelung 5 kaler tu. Next year kan sukan Olimpik kat London, bulan 4, sapa nak datang boleh beli tiket dah, tapi mahal tak mahal, kena tengok nasib. Turun dari platform akan terus menuju ke Imigresen. Korang jangan suka - suki amik gambar yek, kalau nak amik, amik kat platform atas cecepat, bila dah turun bawah, kalau dia orang nampak ko amik gambar, dia akan suruh ko delete. Better ko delete dari dia yang delete, kang habis semua gambar. Keluar dari arrival hall, 1st tempat tuju ialah kaunter Eurostar sebab nak amik tiket dari London ke Paris, tak boleh pulak print online, settle semua tu we all pun fikir cemana nak pergi Kensington.

0 welcoming comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...