Tergendala Europe Trip, kena bagi lalun untuk cuti - cuti Malaysia. Sebagai pembukaan tahun 2012, kita orang plih Port Dickson lagik untuk family berholiday. Alasan? dekat, senang nak sampai, tapi hakikatnya Port Dickson sangat jam.
1/1/2012, kita orang bertolak ke PD. Dah cakap jumpa kat Hentiam Mambau tu, tapi mak pak aku laju sangat, dia tunggu kat depan terus. Hari kejadian, awal - awal dah bikin panas, ada kereta Kia Sportage giler himpit kita orang. Alasan? Dia nampak member dia depan bagi signal ke kiri nak masuk hentian Mambau, dia pulak dengan selamba takde signal terus je nak himpit ke kiri, padahal kita org mmg dah sedia maklum kiri. Tak nampak ke kereta aku merah menyala nih.. Turnado Red tau.. terus berdesup angin puting beling kat situ. Sampai nak gaduh jugaklah. Sib baik family abang aku ada, kalau abang ipar aku ada, sure dia orang kecut perut punya nakk gaduh... "mind u..".
Takpe, continue balik journey, lepas pick-up mak pak aku kat kedai dia mentioned tu, kita orang carik port untuk makan dulu. Family akak aku yang janji awal, kita org lambat, skang sudah terbalik, aku yang awal, dia yang lambat. "Kambing Golek satu*. Adalah jumpa tempat lapang, ngadap pantai, bawah pokok. Kat area batu 3 rasanya, yang pasti dari Teluk Kemang, sebelah kiri, belum sampai pun simpang ke Avillion yang ada rabbit tuh.. Sessi makan sangat syok dengan angin sepoi - sepoi bahasa, walaupun panas melekit, makan tetap makan.
Menu hari tu sangat marvelous.. Nasi putih + Rendang Ayam + Masak Tempoyak Daun Kayu + Ulam Timun dan Tauhu, semua mak aku yang masak. Then ada lauk tambahan, Ayam Masak Kicap, special untuk kekanak yang tak nak pedas dan jugak lepat pisang yang memang sedang, tak tebal, tak nipis.. sedap - sedap je masuk mulut, itu kakak ipar aku yang buat. Pastu ada sandwich sardin, Nugget goreng dan jugak kek coklat kukus, biasalah.. aku yang buat. Then buah - buahan tempatan yang fresh from pokok, Rambutan dan Manggis... hadoi, situ je dah penuh perut dah aku rasa.
Kanak - kanak ni bising je lebih, makannya idak, yang Darin pulak dah masuk sikit susu coklat, terus tak mo makan, kalau masuk mulut pun kuis - kuis je dari wan dia. Sibuklah main iPad, ViewPad, henpon yg rege RM99 tu pun berebut nak main game. Hish dia orang ni pengsan betul kalau nak suruh makan. Tapi cuba kalau aiskrim.. gerenti tak tolak. Boleh pulak mamat jual asikrim tu berlegar - legar depan kita orang, bukan setakat bebudak, mak - pak budak pun sama jugak, Dah hari panas, sedap jelah makan memasing.
Roger kakak aku, dia dalam perjalanan, bunyinya macam nak santai sekali kat tempi pantai, tapi aku rasa, baik kita bergerak terus je ke hotel, kurang - kurang dah boleh angkat beg sesiap, then lepak lobi, kalau pun bilik tak siap lagik. So terus semua orang ke Hotel, tapi aku + husband + kekanak riang ni, kena singgah kedai jugak sebab Darin dah sibuk nak pelampung macam kak Intan n abang Adli. Dulu omak kau sughuh boli camni tak nak... Dan jugak selipar untuk anak buah aku, bagus kau Afiq, pegi PD tak bawak selipar.. kasut cantik tu simpan.. selipar tu penting..
Kita orang siap terlajak plak simpang nak masuk Lexis, hahaha.. lawak tul, tapi bolehlah pusing - pusing balik, park elok - elok sambil panggil Bell Boy "Kereta Merah tu yek"... angkat barang bawak masuk lobi. semua orang turun, hanya kereta dan driver je naik parking.
Macam biasa, lepas settlekan deposit (walaupun payment dah siap), dapat kunci semua, bergegas pergi ke Lif dengan 3 troli besar. Macam nak duduk 3 hari gamaknya. Boleh pulak out of 3, 2 je boleh pakai, 1 je rosak, kalau 2 rosak, alamak, lagik penat nak kena tunggu Lif.
Yeah, semua pun dah dapat bilik, cuma aku je kena tunggu sebab dia orang still lagik buat last inspection. Darin tak kisah tak dapat bilik, janji boleh berendam dalam tub tuh. Terus melepak kat bilik Mak Ngah dia dengan 2 lagik kekanak riang yang lain, sementelah bilik Wan ngan Atuk penuh dengan segala makanan. Ye.. Akak aku bawak gulai Udang masak lemak cili api dengan sayur.. sayur apa tak ingat pulak dah.. sapa mau makan?? sila pergi bilik Wan dan Atuk... Ehem... siap ada Lemang 2 batang tau, tak taulah mana Wan ngan ATuk tu beli.. adoi....
Followers
Wednesday, January 18, 2012
Lexis Port Dickson-New Year Trip
Something about
Lexis,
Malaysia-Port Dickson,
Our Big Family,
Travel and Vacation
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 welcoming comments:
Post a Comment