Followers

Friday, January 13, 2012

SAMUN.. ROMPAK.. PERAS UGUT..


Baru 3 hari lepas ada kejadian tembak menembak kat area Melati, kawan aku update kat facebook dia, siap ada adegan kejar - mengejar sehingga melibatkan kawasan PUTRA lrt.. kawasan awam tu... masa kejadian, kawan aku 'work from home'.. nasib baik dia kat rumah takde apa - apa.. buatnya si perompak tu masuk menyorok dalam rumah dia cemana kan..

Semalam pulak kes rompak kat rumah Wardina Safiyah di mana link ni pun aku pinjam dari blog Alw!z b3 my baby... bila dengar cerita dia takut sangat, bayangkan ko tengah tido, tetiba yg tarik selimut ko perompak, siap pegang pistol atau parang panjang... padahal rumah dah kunci rapi dan dah siap bergrill.. kalau kita duk ckp "Pintu dah kunci, takpe" tapi kalau perompak tegar ni, kunci segala bagai pun dia boleh bukak.

tak payah tunggu lama pun, pagi tadik pun dah ada kes 'cubaan menyamun'... dalam pukul 7.10am - 7.20am kot, aku dah kuar keje seawal jam 7am, rasanya time tu dah nak terang sikit dah... itupun husband aku tepon tadik.. dia tetiba dengar ada perempuan jerit kekuat and bunyi motor berlegar, bila dia jerit, orang tu lari. Bila turun and tanya dengan budak perempuan tu. Kisahnya, budak tu keluar dari rumah dia lorong bekanag rumah kita org, lalu depan rumah kita org sbb nak keluar ke pintu utama, tetiba ada motor keluar dari celah pokok, which is depan rumah kosong, sebelah rumah aku, so dia mcm terlanggar sikit. Bila dia keluar, org tu macam nak rompak dia, bergelut sekejap and cecepat dia jerit...

So mana - mana kawasan pun tak selamat skang, kita semua hati - hatilah ok. Specially ladies with anak kecik. Ada masa kita lupa dan alpa.. tapi bila jadi macam ni, pasti ada sesuatu yang ingin 'Dia' kita ingat.

Untuk penduduk Taman Canting1, Canting2 and coming soon Canting3, kita kena naikkan pagar jugak, kalau tak semua org boleh access dari jalan tepi tu, and tak lama lagik tanah kosong tu ada projek Dewan, Taska dan jugak Sekolah, so lagik ramai ' pekerja asing' ye... sila lunaskan 'hutang' anda.. chewwaahh..

0 welcoming comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...