Followers

Friday, January 6, 2012

Europe Trip - Atomium - Mini Europe

Tak habis lagik cerita kat Brussels ni, ponek eden. ok skip - skip. Keluar rumah laju - laju, naik turun train, terus sapai Haizel. Kat sinilah ada Atomium dan Mini Europe. Kalau dah sampai Brussels, wajib ke sini, nama pun dah Mini Europe, so, imagine jelah Mini Malaysia, korang fahamlah Mini Europe ni yek.

 Sampai dah kami ke sini, 2nd or 3rd time utk daddynya.

Me and Darin berlatar belakangkan Atomium

Masuk kat kawasan ni dia ada bahagi 2 jalan, 1 terus ke Atomium, satu ke Mini Europe, so we all ke Mini Europe dulu. Kena naik tangga tinggi, makin lama makin sejuk. Sampai atas, ada 1 side tu macam ala - ala tempat tengok wayang kot, we all tak masuk sana. We all terus masuk ke dalam Village. Kat dalam tu ada tempat makan, dia buat ala - ala style kampung,  agak besar jugak kawasannya. masa sampai tu tak banyak kedai bukak, hari Ahad kan dia orang malas sikit.

 Penat naik tangga, bergambar depan pintu masuk Village



Darin dan daddy di hadapan deretan kedai

Turun tangga dari Village adalah tempat permainan kanak - kanak yang dia orang buat ikut rekabentuk kapal. Kalau nampak je playground, Darin confirmlah menggelitis nak turun, so layankan aja, bagi dia main seround-dua sebelum agenda seterusnya. Darin excited tengok bebudak tu main kejar - kejar sana - sini, tapi sayangnya dia orang guna 'bahasa ibunda' which is not English, se sepatah haram pun tak faham.

Tempat mainan yang dah macam fantasi

Dah puas main we all pujuk dia masuk Mini Europe.


Gambar wajib depan pintu masuk

Harga untuk Dewasa dan kanak - kanak adalah berlainan, waktu untuk masuk Mini EU ni pun berbeza mengikut musim. Tapi bila muncul musim panas, waktu malam akan ada pertunjukan bunga api, so korang boleh datang petang ke malam. korang boleh tgk harga dia mcm kat dalam gambar ni. Kalau beli online pun boleh yek.


Harga and masa untuk masuk ke Mini Europe.


Sampai je kat pintu masuk, memang akan ada orang amik gambar kita 1 family dengan mascot dia. Aku tak tau menatang apa namanya, tapi aku rasa comel jugaklah dia. Gambar ni nanti dia akan cuci, ada buat keychain, ada yang dia bagi gambar saiz 8R, so korang boleh pilihlah sama ada korang atau tak nak.  Bersama dengan tiket orang dewasa yang korang beli, akan dapat 1 guidebook untuk semua negara yang ada.

 Ini kat Belgium

Yang in confirmlah Netherland


Ini kat Antwerp, masih lagi di Belgium

Darin dah sampai London


Teropong apalah 2 beranak tuh

Korang tatap jelah gambar yek, ada nama negara yang aku ingat, ada yang tak. Bagi setiap negara, kat depan tu akan ada 1 batu tanda yang akan bagi tahu info pasal negara tersebut. Nama negara, bahasa dia orang, bendera dia orang, populasi penduduk dia orang. And yang paling best, siap ada life animatin (betul ke?) macam bila kita picit button, kincir angin bergerak kat Netherland. Kalau tekan button, dengar macam ada bunyi bising tengok orang berlaga lembu kat Spain. Kalau tekan lagik, ada benda bergerak atau lagu kebangsaan dia orang keluar. Kalau ko pijak - pijak atas papan tu, boleh nak polis kejar pencuri or orang kayuh basikal sambil nak kena langgar dengan kereta. Itu yang enjoy, bukan setakat budak kecit, orang besar pun sama.

 Jalan kaki dah sampai Paris

Atomium lagik

 Ini paling best, main polis sentri dengan Darin, memula polis kejar pencuri, pastu pencuri kejar polis The other side, lawan sorang bawak kereta, sorang bawak basikal, bila basikal melintas, kena hon and kereta berenti.


Arc De Triomphe kat Paris

Kalau penat berjalan, korang boleh rehat sekejap kat restoran dia ni. Masuk sini pun takat minum air kotak or air tin je, then beli waffle je, benda lain tak mo makan sebab hhmmm semua pun benda ringan - ringan, baik kat luar nanti carik something else yang lagik best. Harganya pun a bit pricey kan...



Yang ni pulak kalau tekan button tuh, tempat kita pijak akan bergegar, rasa macam gunung berapi nak meletus/gempa bumi

Ni tak pasti pulak negara mana

 Tengah main bot dengan Darin, kena bayar 1 Euro


erk... perut sapa besar tuh

 Condong bersama - sama Leaning Tower of Pisa

At the end of the Europe miniature ni, ada 1 tempat mcm ala - ala pusat sains. ko bolehlah main pusing - pusing, tolak - tolak semua benda tu, tapi ada yang tak function dah. Yang lagik satu ni macam main game bole api, berdiri dalam bulatan, menghadap skrin putih besar, and buat gaya mcm nak campak bola api ke pihak lawan. Nampak cam tipu ke? tapi memang pun, aku pun x tau nak main cemana, main pulak dengan Darin, so belasah kaki tangan semua naik sekali dalam 1 masa.


Tunnel yang ntah hapa - hapa

Tempat keluar dia masih lagi melalui restoran tadi, tapi jangan lupa tinggalkan nama korang kat guest book tuh. Sebagai kenangan katanya. Tak sempat pulak nak selak muka surat lain, manalah tau kot- kot ada lagik orang Malaysia yang dah sampai sana.

Nama kami ada di situ

settle kat dalam, tiba masa kat luar, memang akan nampak gambar kita terpampang kat setiap meja tu, sama nak atau tak nak je, so aku amik sekeping gambar kita org bertiga, dan gambir muka Darin single size 8R, pastu keychain 1 yang ada muka Darin dengan Maskot Mini EU nih. We all tak masuk atomium, sebab nak kena beli tiket lagik. Kalau korang beli secara combo dapat rege kurang sikit kot.

 Here we go

Happy faces

Berbalik pada tempat permainan tadik, paling menarik perhatian Darin of courselah Merry-Go-Round. Tak hingat pulak berapa ringgit tiket dia, tapi part yang paling tak best, aku kena naik sama, biasalah, anak sorang ni bukannya reti nak berenggang. M-G-R ni siap ada 2 tingkat, so aku ajak Darin naik kuda kat atas sebab ada kerusi yang aku boleh duduk. 

two of us

Bila dah puas main, and we all pun dah puas bergambar, we all decide patah balik ke train station, tapi kali ni tak naik Metro train, naik bas pulak. Ke mana nak pegi, aku pun x sure, Tapi yang pastinya, aku pun dah ngantuk sangat dah bahana bangun pukul 4 pagi. Sempat tak tido kejap??? kroh..kroh..zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...............

2 welcoming comments:

Biqque said...

benci, ko tak beli magnet kat aku kerrrrrr...

suka la benda tekan2 tu, if aku gi, harus aku tekan2 main menatang tu...hahaha!

mikamusz said...

biqque, belilah tiket, kalau ko ke paris, boleh je gi Belgium naik train, beli tiket awal.. pegi wei jgn x pegi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...