Followers

Friday, January 20, 2012

Lexis Port Dickson - Karaoke and Free Gift Getaway

aha... ini acara kemuncak.. very the short, lepas makan semua makanan yang ada, termasuk ikan bakar, sotong goreng tepung dan sewaktu dengannya, we all belasah karaoke.. korang ingatkan sebab dan akibat mandi dan berendam berlebihan, Darin dan Kak Intan tido seawal jam 9.15mlm, Kak Intan memula tido dgn Darin kat main bed, tetiba dia pindah tido katil lagik satu. Darin pun tewas jugak lepas dapat susu sebotol + kenyang makan nasi. Untuk tak mengecewakan aku ngan husband aku, mak dengan apak volunteer jaga budak dia orang tu, tapi dia orang nak tido dalam bilik kita orang, so sesiap we all pasangkan TV, bukak lampu apa yg patut, amik access card bilik mak pak, amik rokok sekali, air minum and makanan semua siap, so mak ngan apak lepak lam bilik aku, and aku pulak berbondong - bondong bawak paper beg turun bilik karaoke dengan laki aku.





Sampai kat dalam tu, dia orang dah apilih lagu dah, so we all pun continue jelah dengan pilihan lagu yang lelain, tak nak ketinggalan beb sebab bila lagik nak melalak. Dia ada 3 bilik karaoke kat Lexis ni, 2 yang kecik which is RM65, Kitaorang cuma dapat bilik paling besar which is RM85 yang boleh memuatkan up to 15 peoples, tapi kira oklah, we all yang duduk dalam tu seramai 11 orang pun dah rasa padat dah..Of courselah semua budget nak tarik suara baik punya.. kenalah duduk dalam posisi yang paling best. Memula budget nak 1 jam, at last tambah lagik 1 jam di mana penambahan adalah RM40 sejam. Air boleh order ikut suka, tapi bila tgk menu, rasa nak suruh org tu keluar balik and we all naik atas amik 2 ting air mineral dan 4 kotak air teh bunga.. mahal kedaung ok, tapi tulah, laki aku baik hati, order gak tapi share reramai.



Acara kemuncak selain karaoke adalah cabutan bertuah, which is aku dah plan semua memang dapat, walaupun mak pak aku takde kat situ, they all dah dpt bahagian dia orang, itu memang lucky getaway lah.. Darin ngan Intan diwakilkan oleh mak pak nyalah... ada 12 hadiah semua sekali and we all budak cabutan sebanyak 3 kali, 1 round akan cabut 4 nama.




First round,kena bagi mandat pada Pak Long untuk cabut nama, then keluar nama Aida, so Aida amik hadiah, then lepas Aida pulak orang lain seterusnya sampai org ke-3. And the best part is, bila husband aku cakap, orang ke-2 dan seterusnya boleh amik mana - mana hadiah yang ada atas meja.. DAN boleh tukar dengan mana - mana hadian yang orang lain dapat, sebab tu aku bagi nama Free Gift Getaways.. hahaa.. so first round semua baik hati, takde sapa pun nak tukar hadiah.. kita tunggu round ke-2.

 Perang besar lepas dendam terbalas
Dah puas nyanyi - nyanyi, masuklah round ke-2.. cayalah... 3 orang yang terpilih.. hanya sorang je yang berani buat tindakan....iaitu. mak ngah @ kakak aku, dia tau bang long tak suka amik hadiah panjang which is orang cakap lemang, kalendar and you name it, dia amik hadiah tu and tukar dengan envelope yang bang long dapat.. ok idea sangat menyirap di situ... tetapi.. tapi tak habis kat situ pun... tiba lagik turn dari keluarga pak long nama naik iaitu Adli, terus bang long suruh Adli amik hadiah 'lemang' a.k.a 'calendar' tu and change the gift with mak ngah.. hahaha.. perang besar di situ....

 amik gambar dengan hadiah kemenangan

ok takpe, kasik cool dulu, tak mo semua panas sangat kan... round terakhir pun tiba jua.. ngeh..ngeh..ngeh.. and sekali lagik keluarga pak ngah balas dendam jugak.. and kali ni Aidid pulak nak tukar hadiah dengan family pak long dia... hahaha sampai terkeluar ayat "(*&&^^%$#*)" muahaha.. takpe abaikan ayat lawak di situ... korang suka tak??? ke korang geram?? takpe kita layan lagu "GERAM dulu".. itulah lagu penutup untuk karaoke kita orang malam tu..

 Pak Ngah dapat voucher makan - makan kat Mujha Taman Tun, sila redeemed sebelum 22nd February

 Adli dapat voucher Burger King kat Mid Valley, redeem sebelum 1st of March

 Intan dapat 2 voucher untuk ice-cream kat Sunway Pyramid, redeem sebelum 1st March

 My hubby and Darin dapat voucher Burger King dan Makan kat Mukha Taman Tun

 Kak Tie dapat Note Book.. sesuai untuk cikgu

 Afiq pun dapat Note Book sesuai untuk budak amik PMR

 Pak Long dapat candle.. menerangi semua orang hoyehhh

 Aida dapat frame gambar

 Aidid dapat candle macam pak long jugak

  nilah hadiah korang, dapat 2 set sorang... yang pastinya.. korang punya tetap special tau... suka tak???

last sekali semua orang bukak hadiah masing - masing... hope korang semua suka ok... and thanks to jiran sebelah rumah saya yang bertungkus - lumus carikkan brown paper, riben dan jugak sampul surat warna - warni tu... I lef u sangat - sangat....

0 welcoming comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...