Followers

Wednesday, February 1, 2012

Europe Trip - High Kensington - Westfield

Salam 1 Malaysia... sebleum pergi jauh, nak sambung cerita pasal Europe Trip.. Brussels sudah... Amsterdam pun sudah.. so kepada sahabat - sahabat baru aku yang bakal ke Holland and Belgium during Spring nanti.. sabar yek.. korang nanti sure lagik gorjes bergambar di sana.. (..eh..)

Ok.. memang we all dah selamat sampai kat stesyen High Kensington... keluar dari station, terus blur nak pergi mana, apa taknya, keluar je dari pintu tiket tu, sebelah kanan dah nampak Mark and Spencer yang besar sangat... menangis tengok... tapi nasib baik pintu keluar stesyen lagik besar, so terus je menuju ke sana. Tadi baru je buat cubaan telefon kawan aku menggunakan baki duit pence masa beli tiket tadik, tapi belum sempat cakap dah putus. Kesudahannya terus keluar je.  Dekat pintu keluar cuaca sangat best, sejuk yang sangat menyamankan. Oh London.. I'm here.. hahaha...


Ok, first step, call balik kawan aku, then dia cakap dari stesyen ke rumah dia takdelah jauh sangat jalan kaki, tapi since we all pun x tau jalan, so we all decide amik cab je. 2nd step, tengok cemana org naik cab.. tapi xde plak sesapa tahan taxi, taxi yang berenti pun cuma turunkan orang je. So tanya jelah orang... dengan penuh gaya dan perasaan orang tu ckp, "Nampak je taci, jerit kekuat "Taxi" nanti dia akan berenti.. yada..yada..yada.." lawak pun ada jugak but thanks to friendly local people. Naik taxi cecepat and terus bagi alamat, duduk diam - diam sampai ke destinasi...




Sampai je kat pintu masuk kawasan tu (my fren duduk apartment)... terus ada orang bukakkan pintu, kelas kan... penjaga apartment duduk kat lobi siap ada meja sendiri macam receptionist, tolong bukakkan pintu untuk kita orang sambil bercakap " Mr Azizul? Flat 11?"... "YES" hahaa.. ok Mr Azizul tu bukan merujuk pada nama husband aku, tapi merujuk kepada tuan rumah.. and Flat 11 tu bukanlah tingkat 11, tapi Tingkat 3, rumah nombor 11... tak sempat pulak nak kaji lebih lanjut, sampai depan pintu lif, dia siap tekan Button Level 3 sambil mention "Flat 11 is on your left, have a good day"... huwwaa.. macam dapat layanan 5 star pulak..


Sampai kat muka pintu, di sambut mesra oleh husband kepada kawan aku, kawan aku keje, husband dia on MC sbb injured kat pergelangan kaki dia, kesian jugak. We all di saji oleh lontong.. hhmm sedap sangat, makan sampai tak hengat, specially Darin sebab dia dapat tengok rancangan kartun dalam bahasa Inggeris, sebelum ni ntah apa - apa bahasa ntah. Sessi mengenali London dengan lebih dekat. Husband aku ingat - ingat lupa, maklumlah 4 tahun yang lepas, mesti ada yang berubah sikit. Then explain punya explian, penat jugak nak ingat... tetiba ada info pasal Justin Bieber buat concert kat Westfield, takdelah aku amik port sebab tak tau pun Westfield tu nama tempat atau apa. Memandangkan musim sejuk, hari cepat gelap, so we all decide nak pergi paling dekat, iaitu Westfield, yang hanya memerlukan we all jalan kaki.



Keluar dari rumah, we all ikut jalan macam yang di arahkan, Fall ke Winter, so daun bertaburan kat tepi jalan. Pekerja sibuk bersihkan daun kering dan basah yang gugur. And macam biasa, bila masuk musim winter, mesti ramai sangat pekerja perbetulkan sistem perpaipan... rasanya sebab dia orang nak letak penebat kot, nak elakkan air beku.. agak je... Jalan punya jalan, then jumpa Hilton Hotel.. oo dah nak dekat sampai dah ni and depan tu dah nampak dah Westfield London Shopping Centre.... yeay, sampai sudah.. Kalau nak naik tube ke sini, korang boleh guna Central Line yang akan berhenti kat Shepherd's Bush atau Hammersmith & City yang akan berhenti dengan Wood Lane.



We all meneruskan perjalanan cuci - cuci mata je masuk dalam ni, tapi apakan daya, masuk - masuk je pintu, sebelah kanan aku nampak Prada, sebelah kiri dah nampak LV, depan tu ada Gucci dengan Burberry.. boleh ke duduk diam.. AKu terus masuk kedai Prada.. takut wo.. tapi sebab ada member pesan beli barang, so masuk jugaklah ke dalam tu.. then teruskan mengusha - usha barang dalam kedai yang lain - lain..




perkara wajib bila masuk shopping complex adalah dengan menyinggah di kedai kanak - kanak ok, tak beli takpe, janji singgah... kedai semua best - best, kalau boleh semua benda pun si kecik ni nak beli, tapi end-up lepas semua pujukan dan sogokan, dia cuma beli barang kat kedai LEGO je, itupun dah habis murah dah aku fikir... yelah, kena jimat jugak, aku ada lagik 2 hari je nak berjalan dan shopping di London, takkanlah semua nak habis sekelip mata...




 Then misi untuk mencarik kasut boot aku dan jugak stokin, akhirnya jumpa jugak yang berkenan di hati, which is flat, warna coklat, tinggi sikit je dari paras buku lali.. yeay.. suka sangat, pastu dapat beli stokin warna pink purple pekat dengan warna hitam yang sangat cantik.. murah je tak sampai 10 pound untuk 3 helai stokin yang berjenama...




Bila lapar, kena carik kedai, so berhenti kat Krispy Creme, tengah elok suap Darin makan, tetiba dengar budak jerit "Justin Bieber".. zaass, terus teringat pasal 2 orang Azizul ada mention Justin Bieber nak datang Westfield sebelum dia org nak tegakkan pokok Krismas.. apakah??  terus cecepat bagi Darin makan and berdesup nak tengok, tapi sayang sgt, kawasan nak masuk tu dah penuh, and dia siap tutup dengan kain putin sampai ke atas ruang legar, so menengoklah ko dari screen besar je.. yelah, tak dapat tengok life, dapat gak dengar dia nyanyi oklah tu... hahaha.. Darin sukalah sangat, ni semua pengaruh kakak sepupu dialah ni. Nak pujuk balik pun susah..




Cakap pasal makan, kedai - kedai kecik kat sini pun ada tau tulis perkataan HALAL, kedai tit-bits pun siap mention HALAL, so jangan risau sangat. Berdepan dengan Westfield ni ada banyak kedai makan and salah satunya kedai Malaysia nama dia "Jom Makan"... tapi we all tak masuk, sebab my friend dah inform, makan kat rumah je..




Time krismas, lampu memang terang - benderang sana sini... best sangat, cuaca waktu malam pun dah mula sejuk, kalau dalam gambar kat atas tuu dah pukul 6 petang dah rasanya, tapi macam dah 8 malamkan.. itulah Kuasa Allah, lain tempat lain cuaca dan caranya..

Oklah, masa untuk bergerak pulang. Darin pun tak sabar nak jumpa Aisyah.. and myself pun dah lama sangat tak jumpa kawan aku tu... lagipun kena rehat jugak, sebab esok dan lusa sure banyak sangat benda nak di terjah.. ok... sambung lain kali ok.

0 welcoming comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...