Followers

Thursday, May 28, 2009

Darin ke Nursery - sekali lagi

Akhirnya aku amik keputusan untuk letak Darin kat Nursery... ramai orang ingat bibik aku dah balik.. belum lagik, dia balik 4/7/2009, lambat lagikkan.. apsal aku hantar awal.. sebab aku tak nak Darin terlalu rapat sangat dengan bibik.. biarlah dia biasakan diri kat nursery jugak.. apsal aku tak amik yang baru.. nantilah dulu, belum terfikir lagik, banyak +ve and -ve, so aku biarkan dulu... demi anak... Ahad pagi aku ke pasar tani stadium Shah Alam.. aku jumpa jugak patung Barney yang ada lagu.. rege cuma RM18... takpe, janji ada lagu, before this aku beli kat TRU takde lagu.. yang ada lagu dah RM90... a night before aku jumpa jugak Beg Barney baru RM20, tapi kat Pasar Shah Alam boleh dapat RM15.. kalau TRU RM60.. semua sebagai pemujuk dia ke Nursery.. katanya "Darin nak gi skul Barney"... mesti dia imagine skul dia tu adalah cikgu ajar lagu Barney yang aku duk nyanyi hari - hari..

pagi - pagi dalam kul 8 lebih aku kejutkan, dia tak meragam... dah lambat sangat hantar, bibik mandikan dia.. bibik nangis.. aku hantar dia kat nursery, memula tak nak masuk, penat jugak aku umpan.. masuk jugak.. dalam 1/2 jam aku tinggalkan.. nangis jugak.. tapi lepas tu aku call dia tak nangis dah..

balik, aku bawak bibik keluar cari barang, dia kan nak balik, so aku tak naklah dia teringat Darin, bawak beli barang dia... balik rumah.. kemas barang, sambil masak.. dia nangis, katanya tak lalu nak makan sebab teringat Darin...

petang aku amik Darin, dia nampak happy.. oklah tu.. harapnya esok pun ok, petang macam biasa bawak main kat taman... dia pun nampak ok.. and dia dah boleh nak main dengan budak - budak yang dia jarang nampak...

waktu makan malam, bibik temankan Darin.. pun bibik nangis... sabar jelah bibik ni.. aku tau, dia start keje ngan aku 2 bulan sebelum Darin keluar... macam manalah dia tak sayangkan... Alhamdulillah dia sayangkan Darin... sebab tu susah sikit nak carik pengganti macam dia.. manalah taukan, kalau dia nak keje lagik ke.. tapi aku tak rasa dia nak keje lagik.. dia dah berumur sangat... jadi biarlah dulu.... hopefully Darin happy kat Nursery...


updates:Darin demam semalam, so tak hantar ke nursery, hari ni still panas lagik... harapnya cepat baik yek sayang..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...