Followers

Friday, May 29, 2009

Thomas dan Darin

Setiap hari tengok CD Thomas and Friends (selain barney and Elmo)... dan setiap hari jugak Darin ikut mummy amik daddy kat Komuter Station.. so memang dia panggil Komuter tu Thomas... tiap kali lalu area macam nak gi Komuter, mesti dia cakap "nak naik Thomas".. dah lama sangat berjanji.. kena tunaikan jugakkan..

Darin tengah excited tunggu "Thomas"nya

dalam sebulan ni cuaca amat terik.. oklah naik Komuter sebab tak hujan, tapi teriknya.. jangan cakaplah.. lupa pulak bawak stroller, so kenalah dukung Darin... masa menunggu kat Station Shah Alam, sikit punya excited.. sekali train datang.. dia takut dah.. biasalah bunyi tren kan kuat semacam... masuk - masuk terus duduk.. dalam tren goyang - goyang... dia diam je, tapi tak nangis.. kelakar sangat.. muka dia serius je.. aku plan nak terus go KL Sentral.. sanakan senang, tak panas.. keluar je terus masuk KL Sentral.. lagipun just nak bawak Darin naik Komuter.. tapi we all sampai Subang je... guna TnG senang nak decide...

Bertiga di Stesyen Komuter Shah Alam

turun kat station Subang.. Darin dah bising + merengek nak naik lagik.. aiyark.. balik nantilah pulak Darin... sepanjang dari Komuter station menapaklah we all ke Subang Parade.. gila punya jauh.. dah nampak Mc D.. terasa dah air coke yang sejuk tuk.. abislah berkarat perut aku...

Dapat jugak duduk

sebelum balik sempat jugak rembat Ice Blended Chocolate kat Coffee Bean... giler tul...

Darin tengah buat - buat cool..

masa balik dapat duduk jugak.. agaknya time ni memang dah penat, terus tertido dia dalam tren.. sampailah rumah... hhmmm sure mimpu naik Thomas lah tu....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...