Seawal 5 pagi dah bangun. Embun jantan kat luar pun belum sempat kering. Sambil tengok rumah jiran kat tingkap, sambil berangan, kan bagus kalau bangun tido ni nampak snow turun, boleh Darin merasa apa itu snow. Tapi cukuplah berangan setakat itu.
Terus bangun and bersihkan diri. Then terus ke dapur siapkan air panas untuk husband and myself. And siapkan bekalan makan untuk di bawa pergi. Tak berani nak buat bising sebab takut nanti Aisyah terjaga dari tido. Biliknya terbuka, lampu terang mengadap dapur. Nyenyak dia tido. Mesti penat main dengan Darin malam tadi. Maklumlah malam terakhir mereka bersama. Pernah bersama selama 3 minggu masa berumur seawal 2 tahun, kini jumpa balik untuk 3 malam. Sedih pulak rasanya. Sure dia akan rasa pelik bila bangun tido wajahnya tak seceria biasa bila Darin takde. Tak seperti hari pertama dia nampak kami yang baru balik dari Westfield, penuh dengan keseronokan dan kegembiraan. Tapi aku tau dia faham, yang datang pasti akan pergi.
Kami kemaskan barang apa yang patut. Kemaskan tempat tidur. Darin pun kami siapkan pakai baju sejuk dan stokin. Angkat terus masuk dalam stroller. Teksi pun dah siap sedia tunggu kat bawah. Azizul, husband Rohaya bangun pagi tu untuk ucapkan selamat jalan walaupun kakinya masih lagik belum sembuh akibat terjatuh sabtu lepas. Kenangan malam tadi dengan Rohaya, buat aku rasa sebak, aku tahan supaya dia tak nampak ada air mata aku yang jatuh. Aku nak dia tahu yang kami gembira dapat tinggal di sana. Sebelum keluar secebis nota aku tinggalkan di atas meja, tanda terima kasih dari kami kepada keluarga kecil itu.
Dalam gelap pagi, kami meninggalkan Serlby Court menuju ke St Pancras International Station. Destinasi seterusnya menunggu kami. Berbekalkan pound yang tinggal, kami beli makanan untuk buat bekalan dalam train sehingga dapat tiba ke hotel. Seperti hari sebelumnya, stesyen itu penuh dengan manusia yang pelbagai urusan. Apabila pengumumam di buat, keretapi sudah sedia untuk bergerak, kami terus ke platform untuk sama - sama bergerak dengan penumpang yang lain. Hati meruntun sedih tapi kegembiraan tetap dalam hati, kerana pengembaraan seterusnya pasti ada banyak perkara yang bakal dipelajari.
Selamat tinggal Kota London. Tak pernah mimpi untuk tiba ke sini dengan keadaan yang tidak disangka. Mungkin aku bakal sampai bila Darin dah besar, tapi setiap rezeki itu Allah dah tentukan. Kita perlu usaha untuk capai ke arah itu. Alhamdulillah....
Followers
Monday, March 5, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 welcoming comments:
Post a Comment