Followers

Thursday, September 17, 2009

Tatapan menjelang Syawal


Ramadhan dah nak sampai ke penghujungnya.. lepas ni Syawal pulak datang menjelma.. confirm dah ramai yang balik ke kampung halaman.. and ada jugak yang last menet giler shopping.. tapi majoriti itu anak jati KL/Selangor lah.. coz masa ni dah ramai orang balik kampung kan..

Tahun ni macam yang aku ada mention, memang ala kadar banyak jugak benda buat last minit.. beli baju daddy and Darin last minit.. beli kuih raya last minit and unplanned plak tuh.. tukar duit lagiklah lambat, baru pagi tadik tukar duit, sib baik ada kenal dengan someone.. tu pun sebab ada urusan sket ngan dia, terus dia tolong tukarkan.. sayangnya, sampul duit raya dah abis ye... adalah balance angpow raya tahun lepas.. harapnya cukuplah...

aku dah start cuti esok, tapi baliknya tak taulah lagik.. time nak cuti panjang, time tulah pulak ada je masalah yang timbul.. huwa, pleaselah, aku nak raya tau... tolong jangan call aku masa aku tengah sedap makan rendang, laksa johor dan sebagainya, kang tercekik, sapa nak tanggung??


sambil tu, sempat jugak aku buat transformation baju anak dara aku, dah nak hampir siap.. nekad punya pasal ni... ni pun sebab syok plak tengok member - member buat transformasi kat baju anak - anak dia orang, aku pun nak jugaklah..

oklah, pada semua blogger, sahabat handai, rakan taulan... Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga.. kad raya paling ringkas dari kami tahun ni, x sempat langsung nak edit.. ni pun siap update blog lam surau (sshhhhhh.. )

pandulah kereta dengan berhati - hati, and makan pun kena hati - hati, maklumlah banyak juadah yang menanti.. kalau sakit perut nanti, sapa yang susah hati.. sendiri juga yang merana diri.. cheewaahhhh

oh ya.. jemput datang rumah kami di Shah Alam ok...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...