Followers

Monday, September 7, 2009

Tasik Shah Alam Seafood

Masa mula - mula pindah Shah Alam, tiap kali lepas dinner, mesti bawak Darin keluar jalan - jalan.. ada 1 masa tu tau - tau dha tembus seksyen 36, pastu jumpa federal, tak tau lokasi sebenarnya, sebab malam, actually dah sampai kat area Jusco Bukit Raja.. huh...


kalau berpusing kat bandar Shah Alam jangan cakaplah, sebab dekat sangat dengan rumah... and selalunya we all ronda kat Masjid dan akan lalu kat Restoran seafood ni.. x sangka plak one day husband aku ajak makan sini... actually they all nak celebrate birthday my MIL... hati tgh sedih lagik sebab pagi tu kan baru hantar bibik balik.. so malam tu agak biasa - biasa jelah..


we all dapat seat tepi sekali, and bawah tu confirmlah air tasik tu, amatlah susah nak control si kecik tu, maklumlah bibik dah takde.. so maknya kenalah lebih sket monitor anaknya.. punyalah tak duduk diam.. lompat sana, lompat sini..



makanan agak lambat sampai, ramai orang, malam minggu pulak tu, so aku bawak budak - budak ni duduk kat area depan tu, coz situ boleh tengok ikan, ketam secara life.. seronok plak dia orang tengok ikan tu, specially bila pekerja restoran tu tangkap ikan untuk di masak...


ada 1 adegan tuh, boleh plak ikan tu melompat keluar dari baldi.. menggelabah masih - masih.. ha..ha.. Insya Allah, itu bukan ikan we all, sebabnya, ada panggilan yang menandakan makanan dah sampai.. x sempat kot nak siang ikan tuh..


makanan ok - oklah kot... siap ada baki lagik, aku sih SIL aku tapau bawak balik, sayang plak sebab agak banyak lagik, walaupun order small size... berapa harga, maaf, saya tak tahu, tp rasanya mana - mana pun lebih kurang sama kot yek...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...